Filem Captain Marvel sudah mula ditayangkan di pawagam negara ini dan kebetulan pula watak ikonik itu selari dengan sambutan Hari Wanita di seluruh dunia.

Watak utama dalam filem itu, Carol Danvers, memaparkan imej wanita perkasa dengan kuasa luar biasa, yang menentang kejahatan berdasarkan prinsip yang diyakininya.

Pengenalan watak ini amat penting terutamanya bagi penggemar filem-filem terbitan Marvel, kerana kuasa di alam semesta dan dunia adiwira ini saling berhubung kait.

Malah, mengenali Captain Marvel ini adalah ibarat 'pemanas' sebelum penonton menghayati filem Avengers: Endgame tidak lama lagi.

Berikut merupakan lima fakta berkaitan tayangan filem Marvel itu:

Tiket Captain Marvel percuma untuk wanita pada Hari Wanita Antarabangsa

TGV Cinemas meraikan Hari Wanita Antarabangsa dengan penyiaran percuma Captain Marvel. Acara yang eksklusif untuk wanita itu akan diadakan pada 8 Mac pada pukul 8 malam di semua pawagam TGV di seluruh negara, dan penebusan tiket akan bermula dari 10 pagi hingga 7 malam di kaunter tiket TGV pada hari yang sama. Idea ini adalah untuk membantu wanita untuk lebih mengenali ikon wanita yang kuat di layar perak.

Simbol harapan wanita

Carol Danvers bukan sahaja seorang wira yang berani tetapi juga seorang wira untuk wanita, khususnya ketika dia menggunakan nama Ms. Marvel. Pada masa itu, ia dilihat sebagai simbol feminis dan hak wanita. Apabila seorang wira wanita mengguna panggilan ‘Ms.’, itu menyampaikan mesej yang kuat dan menaikkan semangat bagi wanita dari semua peringkat umur.

Sejarah dalam pembuatan

Walaupun Black Widow adalah seorang ahli Avengers yang telah muncul sejak filem Iron Man 2, dan Scarlet Witch telah beraksi sejak Age of Ultron, tidak seorang pun daripada mereka diraikan dalam filem solo. Ini menjadikan Captain Marvel filem MCU pertama yang 'dikuasai' watak wanita.

Membuka jalan sendiri

Carol Danvers menyertai Angkatan Udara Amerika Syarikat pada usia 18 tahun untuk menampung kos pengajian kolejnya. Bapanya pula enggan membantu, kerana dia percaya bahawa Danvers seharusnya menjadi seorang suri rumah dan bukan membuang masa mendapatkan ijazah kolej. Jalan cerita itu membawa mesej besar tentang cabaran wanita dalam meraih peluang pendidikan dan juga persaingan dalam kerjaya yang selama ini didominasi lelaki. Semua itu membawa isu yang bersifat universal dalam mana-mana masyarakat di dunia ini.

Banyak wajah Captain Marvel

Danvers bukanlah satu-satunya adiwira yang menggunakan nama Captain Marvel, dan selain dari Mar-Vell. Watak-watak lain yang megguna nama Captain Marvel termasuk Sharon Ventura, Karla Sofen, dan Kamala Khan. Khan juga memainkan peranan sebagai watak Muslim yang pertama untuk mengetengahkan komik Marvel.



WANITA DALAM FILEM POPULAR LAIN

Sebelum ini, watak-watak wanita dalam budaya filem popular memang banyak yang diingati. Dalam filem-filem Harry Potter, selain perhatian tertumpu kepada pada watak-watak utama, jangan dilupakan watak-watak wanita yang bukan sahaja membantu Harry, tetapi mempunyai pencapaian tersendiri.

Selain daripada penulis novel Harry Potter sendiri iaitu JK Rowling, yang ternyata memberi inspirasi kepada ramai wanita di seluruh dunia, ini adalah antara watak-watak wanita yang menyerlah dalam filem aksi fantasi tersebut:

Hermione Granger

Bukan rahsia lagi bahawa Hermione adalah ‘otak’ dalam kumpulan yang terdiri daripada dirinya, Harry dan Ron. Cara pemikirannya yang cepat dan cekap berjaya membawa Harry ke arah philosopher’s stone. Selain sangat pintar, Hermione juga tidak takut untuk bertarung, seperti yang dapat dilihat beberapa kali dalam buku dan filem.

Walaupun Hermione seorang yang mengikut peraturan, dia tidak takut mengambil risiko demi kebaikan.

Ini dapat dilihat apabila dia membantu menyusun Tentera Dumbledore. Keberanian, kekuatan dan kebaikan Hermione secara tidak langsung membuktikannya ahli Gryffindor yang benar.

Hermione semestinya merupakan salah satu penyokong terbesar Harry. Di samping itu, dia berjaya mencari masa untuk memulakan S.P.E.W. (Persatuan untuk Promosi Kebajikan Elfish) selepas melihat keadaan kerja house elves yang tidak adil.

Luna Lovegood

Luna Lovegood adalah salah satu watak yang kuat, paling pintar dan kreatif dalam siri ini. Tidak seperti personaliti logik Hermione, kebijaksanaan Luna berasal dari kreativiti dan intuisinya.

Dia berfikir di luar kotak dan tidak merasakan keperluan untuk mengikut norma masyarakat. Dia juga seorang kawan yang sangat setia dan menunjukkan kebaikan tidak terhingga kepada semua orang di sekelilingnya.

Satu contoh yang baik adalah ketika Luna membahasakan Dobby sebagai ‘tuan’ ketika dia cuba melarikan diri dari Malfoy Manor.

Walaupun hal ini mengelirukan Dobby yang merupakan seorang elf rumah bertaraf rendah, Luna tidak menganggap perbuatannya salah. Baginya, semua orang adalah sama tanpa mengira kelas atau pekerjaan.

Ginny Weasley

Ginny Weasley pula watak yang berpandangan jauh dan kuat selain salah satu pejuang yang paling berbakat dalam tentera Dumbledore.

Seperti yang ditunjukkan oleh pelaksanaan bat-bogey hex yang mengagumkan, Ginny adalah penyihir luar biasa.

Molly Weasley

Bagi watak Molly Weasley pula, dia bukan sahaja pandai memasak, membersih dan menjaga tujuh anaknya, tetapi dia juga mengambil Harry sebagai anak angkat dan menganggapnya sebagai anak kandungnya sendiri.

Molly adalah definisi ibu yang penyayang dan kuat. Dia sentiasa berada di sisi Harry, di saat kemenangan dan juga kejatuhan.

Profesor Minerva McGonagall

Profesor Minerva McGonagall merupakan sumber kekuatan Harry sepanjang kehidupannya.

Dia amat mengambil berat akan kesejahteraan Harry dan berada bersamanya semasa permulaan filem, menghantarnya ke Dursleys dan pada akhirnya, bertarung bersama Harry semasa Pertempuran Hogwarts.