PETALING JAYA: Terpalit dengan kontroversi sejak bergelar anak seni, vokalis kumpulan OAG, Radhi mengakui, risau dengan tanggapan masyarakat terutama para peminatnya.
Radhi ketika ditemui Astro AWANI menyifatkan segala kejadian yang menimpa dirinya sebelum ini sebagai ujian dalam kehidupan.
“Tipulah kalau saya cakap tak risau dengan hal-hal yang berlaku sebelum ini.
“Kes perbicaraan saya dan bekas isteri masih berjalan. Beberapa kali juga saya ajak dia berbincang secara baik tetapi dia yang pilih jalan begini. Yang penting sekarang saya nak bersihkan nama saya,” katanya.
Radhi berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang akhbar Festival Konsert OAG 30 Tahun Generasiku di Restoran Atsky, di sini, semalam.
Dalam pada itu, Radhi atau Muhammad Radhi Razali, 45, berkata, kes perbicaraan atas tuduhan mencederakan bekas isterinya, Nur Shaira Ayu Zahiri akan bersambung pada 14 Februari 2023.
Harapan Radhi, kebenaran akan terbukti apabila sampai masanya kelak.
“Kalau betul saya buat, saya akan terus mengaku orangnya. Tetapi dalam hal ini saya serahkan semuanya kepada pihak berkuasa.
“Saya tak nak fight di ruang yang salah. Saya juga dah maafkan apa yang dia buat dan saya juga berharap dia maafkan saya. Kita sama-sama move on. Saya anggap ini semua ujian dari Allah SWT untuk saya.
“Kalau saya cakap tak risau kes ni akan beri kesan pada penjualan tiket konsert itu nanti, tipulah kan. Saya akan usaha sebaik mungkin untuk membuat persembahan terbaik pada malam itu nanti. Saya janji akan clean dan sihat sepenuhnya untuk konsert nanti,” akhirinya.
Festival Konsert OAG 30 Tahun Generasiku akan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 25 Disember ini sempena 30 tahun pembabitan OAG dalam industri muzik.
Faida Rahim
Wed Dec 14 2022
Radhi atau Muhammad Radhi Razali, berkata, kes perbicaraan atas tuduhan mencederakan bekas isteri, Nur Shaira Ayu Zahiri akan bersambung pada 14 Februari 2023. - Gambar Astro AWANI
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
"Bila dah ada cap di dahi sebagai penagih" - Radhi OAG luah isi hati
Menurut Radhi, dia memberikan komitmen sepenuhnya untuk menjalani proses pemulihan bagi mendapatkan rawatan ketagihannya.