PELANTIKAN sebagai panel penasihat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) disifatkan aktor ternama, Bront Palare sebagai peluang untuk beliau melunaskan hutang budi baik agensi kerajaan itu yang membentuknya menjadi seorang anak seni.
Kata pelakon Ola Bola dan Terbaik Dari Langit itu, Finas telah memainkan peranan yang cukup besar dalam kerjaya seninya kerana agensi itu menjadi titik permulaan dia membina nama dalam gelanggang lakonan.
"Saya melihat diri saya sebagai anak Finas. Bermula dari zaman sebagai penuntut di Akademi Filem sampailah ke fasa menjadi penerbit, peranan Finas dalam membantu menggerakkan industri filem tidak dapat disangkal.
"Pelantikan ini saya lihat sebagai peluang untuk 'give back to the industry'. Membantu menambahbaikkan dan meningkatkan kemampuan dan fungsi Finas selari dengan keperluan industri filem tempatan dan arus perkembangan dunia filem antarabangsa," katanya dalam temubual bersama Astro Awani.
Bront yang kini berada di Manila, Filipina kerana terikat dengan penggambaran berkata, komitmen yang bakal digalasnya sebagai panel penasihat Finas ialah memberi maklum balas berhubung realiti sebenar industri filem tempatan.
Menyifatkan kepercayaan yang diberikan Finas kepadanya sebagai satu penghormatan, Bront juga melihat pelantikan ini sebagai 'national service' buatnya.
"Saya cuma melihat ini sebagai 'national service'... kesempatan untuk menggunakan pengalaman, pengamatan dan ilmu yang dikecapi selama penglibatan di peringkat tempatan dan serantau untuk membantu pengurusan baru Finas.
"Kita semua ingin melihat industri kita lebih maju, sebagai satu ekosistem yang kondusif untuk pekerja, karyawan dan pelabur. Kita semua harus sama-sama bekerja ke arah itu. Kita ini bukan sahaja merujuk kepada Finas, malah juga semua warga industri," jelas Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin.
Pelakon, penulis lakonlayar, pengarah filem, penerbit, pengacara
Astro Awani
Tue Dec 11 2018
![Bront Palare mahu bayar budi Finas Bront Palare mahu bayar budi Finas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/61544505886_BrontPalare.jpg)
BRONT PALARE berikrar membantu menambahbaikkan dan meningkatkan kemampuan dan fungsi Finas selari dengan keperluan industri filem tempatan dan antarabangsa.
![KPN laksana program rapatkan jurang sosial, raikan kepelbagaian rakyat - Aaron Ago KPN laksana program rapatkan jurang sosial, raikan kepelbagaian rakyat - Aaron Ago](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731596380_AaronAgoDagang.jpg)
KPN laksana program rapatkan jurang sosial, raikan kepelbagaian rakyat - Aaron Ago
Kementerian Perpaduan Negara mengambil pendekatan melalui pelaksanaan program berasaskan tema untuk merapatkan jurang sosial antara rakyat Malaysia.
![EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739333086_UkrainianArmedForc.jpg)
EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine
Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) membelanjakan sejumlah EUR134 bilion (US$138.8 bilion) bagi menyokong serta membekalkan senjata kepada Ukraine.
AWANI Ringkas: Penyeragaman agensi kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738661163_WongKahWoh.jpg)
KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI
SiPKPM bertujuan untuk mengesan pergerakan murid secara komprehensif, termasuk murid yang berisiko cicir, diperkukuhkan dengan AI
jepun mohon pengecualian tarif keluli dan aluminium AS
Jepun mengemukakan permohonan pengecualian daripada tarif 25 peratus yang dikenakan ke atas produk keluli dan aluminiumnya oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump/
Iran kecam ancaman Trump, tegas akan bertindak balas
Iran memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai ancaman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang didakwa melanggar undang-undang antarabangsa dan menghasut keganasan.
Iran turut memberi amaran bahawa sebarang tindakan agresif akan membawa akibat serius.
Iran turut memberi amaran bahawa sebarang tindakan agresif akan membawa akibat serius.
![Keputusan Trump penting diri sendiri, jejas ekonomi global - PM Kuwait Keputusan Trump penting diri sendiri, jejas ekonomi global - PM Kuwait](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739333893_SheikhAhmadAbdulla.jpg)
Keputusan Trump penting diri sendiri, jejas ekonomi global - PM Kuwait
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump "mengutamakan kepentingan dirinya sendiri dan memberi kesan terhadap ekonomi global," kata Perdana Menteri Kuwait.
Saifuddin Nasution dilantik pengerusi PH Kedah
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan pelantikannya sebagai Pengerusi PH Kedah berkuat kuasa 7 Februari lalu, menggantikan Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mahfuz Omar.
Menurutnya, pelantikan itu adalah hasil kesepakatan dalam gabungan berkenaan.
Menurutnya, pelantikan itu adalah hasil kesepakatan dalam gabungan berkenaan.
![Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726059526_ACPAzmanShariat.jpg)
Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak
Dua lelaki ditahan bersama 18.97 kilogram dadah dalam dua tangkapan berasingan di KLIA Terminal 2.
![Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739337071_NgaKorMing.jpg)
Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September
Jemaah Menteri bersetuju menetapkan hari Sabtu terakhir bulan September sebagai Hari Cuci Malaysia di seluruh negara, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
![Barbarian Invasion dari Malaysia ditabal Filem Terbaik Asean 2023 Barbarian Invasion dari Malaysia ditabal Filem Terbaik Asean 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691195238_BrontPalare.jpg)
Barbarian Invasion dari Malaysia ditabal Filem Terbaik Asean 2023
Ahmad Tamimi Siregar raih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik sementara Hasnul Rahmat pula menang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.
![Kempen Apa Khabar Anak Seni terjemah solidariti pekerja industri kreatif Kempen Apa Khabar Anak Seni terjemah solidariti pekerja industri kreatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41626412927_ApaKhabarAnakSeni.jpg)
Kempen Apa Khabar Anak Seni terjemah solidariti pekerja industri kreatif
Kempen Apa Khabar Anak Seni menjadi ruang untuk kalangan pekerja industri kreatif bertanya khabar dan mengetahui kedudukan masing-masing.
![Peluang berlakon Edge of the World datang dengan tanggungjawab - Bront Palare Peluang berlakon Edge of the World datang dengan tanggungjawab - Bront Palare](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71622877718_EDGEFILM.jpg)
Peluang berlakon Edge of the World datang dengan tanggungjawab - Bront Palare
Bront Palare kongsi jejak perjalanannya dalam filem terbitan Hollywood Edge of the World yang kini ditayangkan di Amerika Syarikat.
![Bront Palare mahu bayar budi Finas Bront Palare mahu bayar budi Finas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/61544505886_BrontPalare.jpg)
Bront Palare mahu bayar budi Finas
Bront sifatkan Finas telah memainkan peranan yang cukup besar dalam kerjaya seninya.