ADIBAH Noor meninggal dunia. Begitu, platform laman sosial menjadi trending dan khabar disampai panjangkan dari kiriman WhatsApp ke WhatsApp.
“Betul ke?”, “Adibah Noor meninggal?”, begitu pertanyaan yang mengejutkan datang bertali arus bukan sahaja dalam kalangan karyawan seni dan media massa, tetapi juga seluruh rakyat Malaysia, apatah lagi penggemar penyanyi, pelakon dan hos yang serba versatil ini.
Akhirnya khabar yang sangat mengejutkan itu menyapa kita semua dengan penuh duka cita.
Adibah Noor Mohamed Omar atau cukup terkenal dalam kalangan peminatnya sebagai watak Kak Yam meninggal dunia.
Ya bintang yang pernah membuatkan kita tersenyum sendiri dan ketawa besar lewat persembahan lakonannya dalam filem "Gubra" atau "Sepet", juga "Mukhsin" atau "Buli Balik" serta guru di siri pelajaran "Oh My English!" ini sudah dijemput Ilahi.
Bekas peserta Gegar Vaganza 2021 itu berpulang pada usia 51 tahun di Hospital Gleneagles pukul 7.40 malam selepas bertarung sekian lama dengan penyakit yang disembunyikannya daripada pengetahuan umum, kanser ovari.
Khabar berpulangnya Adibah ke negeri abadi pertama kali disampaikan oleh isteri Datuk AC Mizal, Datin Emylia sebelum pelaku seni yang sangat akrab dalam perjuangan karier mereka, Afdlin Shauki mengesahkan khabar duka itu kepada rakan media.
Namun bertahun-tahun lamanya, kepada keluarga dan sahabat rapatnya, masih, pemilik dua album iaitu "Terlalu Istimewa" (2005) dan "Teman" (2010) ini mahu penyakitnya itu kekal menjadi rahsia.
Kanser ovari yang dihidapi pelantun "Terlalu Istimewa" ini sudah kritikal, di tahap keempat. Malah beliau berada dalam fasa melakukan kimoterapi bagi mengubati penyakit kanser ini.
“Ya, kami sudah lama tahu (beliau menghidap kanser) tapi memegang janji,” ujar pengurus Misha Omar, Mimie Omar penuh kesedihan terhadap Allahyarham kepada Gempak.
Duit untuk umrah
Seorang lagi sahabat yang juga penulis lirik lagu Adibah, "Bahasa Rindu", Opie Sofea, dia mengenang bekas guru bahasa Inggeris yang lahir di Kuala Lumpur ini sebagai figura yang sangat dermawan dan bertimbang rasa.
Menurut Opie, Adibah menjadi penyelamat kepadanya apabila mencukupkan tabungannya mahu ke tanah Suci menunaikan umrah lebih 13 tahun lalu dengan memasukkan duit ke akaun banknya.
“Beliau masukkan duit katanya sebagai bayaran untuk tulis lirik lagu 'Bahasa Rindu'. Dan duit itu saya gunakan untuk menunaikan umrah,” kenang Opie kepada Gempak.
Kurus
Ironi juga, baru 10 hari lalu beliau mengemas kini akaun Instagramnya dengan sekeping foto yang memperlihatkan perubahan fizikal yang gempal menjadi kurus.
Kepada semua yang bertanya mengenai kesihatan dan ‘rahsia kurus’, Adibah masih kental dan berjiwa besar memaklumkan: “Makan enam sudu sehari”.
Tanpa kita semua ketahui, apakah yang dimaksudkan beliau dengan ‘makan senam sudu sehari’ sebagai kesan sakit kepada penyakit yang sudah tidak dapat diselamatkan lagi.
Atau ‘enam sudu sehari’ kerana hanya itu yang mampu ditelan selepas melewati sesi kimoterapi yang amat menyakitkan diri.
Atau beliau memang benar-benar dalam fasa menurunkan berat badan atas apapun alasan; yang sebenarnya betapa hebat seorang Adibah Noor masih mahu khalayak melihat beliau dalam keadaan sihat dan baik baik sahaja bersama senyum lebar dan keramahannya.
Misha Omar menangis
Misha Omar yang merupakan rakan seperjuangan dan sangat akrab dengan Allahyarham termasuk Deejay ERA dan penyanyi Dina serta penyanyi senior Salamiah Hassan, hanya mampu menahan sedih di dada.
“Di awal kimo, beliau sudah tidak lalu makan,” begitu ungkap Misha dalam tangisan.
Di hujung hayatnya, Adibah Noor masih berusaha membuat orang lain bahagia dan memberi semangat kepada dirinya, ‘aku baik baik sahaja’. Meski berusaha, sebagai manusia, kita semua adalah milik yang Esa.
Seperti janjiNya, diambil kembali kita dalam keadaan yang diinginkanNya.
Begitulah akhir perjalanan hidup seorang Adibah Noor. Canda, tawa, keceriaan dan keramahannya menyapa sesiapa yang ditemui sama ada secara spontan atau lewat temujanji, semuanya usai sudah.
Ia hanya tinggal kenangan yang harum buat semua yang pernah mengenali jiwa bersih dan keperibadian ceria seorang wanita hebat seperti beliau.
Semoga segala kebaikan dan amal yang ditinggalkan berbau harum buat kita semua. Dan salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Adibah Noor.
Buat industri hiburan tempatan, bertuahlah kerana pernah mempunyai permata yang sangat berharga seperti Adibah Noor sekaligus menjadi tanda aras dalam dunia glamor, rupa paras bukan segalanya, tetapi sikap membumi, bakat dan kepintaran akan selalu membuat seseorang itu ‘hidup’ biar telah pergi meninggalkan kita semua.
Al Fatihah.
*Artikel asal disiarkan di Gempak
Gempak
Sun Jun 19 2022

Bintang yang pernah membuatkan kita tersenyum sendiri dan ketawa besar lewat persembahan lakonannya sudah dijemput Ilahi. -IG Adibah Noor

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Hilang tiada ganti... pemergian selebriti tanah air sepanjang 2022
Tahun 2022 menyaksikan beberapa selebriti tanah air telah pergi buat selama-lamanya.

'Arwah nampak macam diva, tapi dia sangat baik' - Kru kenang memori bersama Adibah Noor
Menurut Hasliza, Adibah yang membawakan watak Datuk Null dalam HRPP merupakan seorang yang komited dan sangat setia pada watak yang diberikan kepadanya.

"Semoga terus menginspirasi kita semua" - Ini 7 kebaikan Adibah Noor dikongsi Fadzilah Kamsah
Semoga kebaikan mengalir berterusan untuknya.

Adibah Noor dari kaca mata Hetty Koes Endang
Perkara yang akan sentiasa diingat Hetty mengenai Adibah Noor ialah penyanyi itu seorang yang ceria dan humor.

Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Adibah Noor
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.

Bapa sifatkan Adibah Noor sebagai anak yang taat
Adibah Noor juga disifatkan sebagai seorang anak yang tidak kedekut dan pemurah.

Hasrat Adibah Noor terbit album jazz tidak kesampaian - Mokhzani
Mokhzani berkata, beliau bersetuju untuk menerbitkan album dengan lima buah lagu kerana sudah agak lama genre jazz Big Band tidak dikeluarkan.

Jenazah Adibah Noor selamat dikebumikan
Antara rakan selebriti yang hadir memberikan penghormatan terakhir ialah penyanyi dan komposer Datuk M. Nasir, Anuar Zain, Datuk Hans Isaac, dan pelakon Remy Ishak.

Adibah Noor tak pernah mengadu tentang diri, sentiasa 'okay' - Hans Isaac
Malah, ujar Hans, Adibah begitu jarang bercakap mengenai perihal dirinya.

Kenalan artis hadir, beri penghormatan terakhir kepada Allahyarham Adibah Noor
Antara yang terawal tiba ialah penyanyi terkenal Ziana Zain dan adiknya, Anuar Zain