PELAKON Syafiq Kyle mengakui kini merupakan masa yang sesuai untuk memikirkan soal jodoh memandangkan usianya semakin dewasa.
Syafiq atau nama sebenar Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 25, berkata, dia tidak tertekan mengenai soal jodoh namun berharap dapat bertemu seseorang yang istimewa dan memahami pekerjaannya sebagai seorang selebriti.
"Mungkin ramai yang sering mengaitkan saya dengan Hannah memandangkan pencapaian kami dalam drama bersiri Mencintaimu Mr. Photographer.
"Namun itu merupakan perkara biasa kerana saya pernah jadi penonton dan saya sendiri akan berharap agar pelakon itu betul-betul bercinta. Bila saya berlakon, apa yang orang rasa di luar, tidak sama dengan apa yang kami rasa.
"Mungkin sekarang merupakan masa yang sesuai untuk saya mula fikir tentang percintaan dan mencari pasangan hidup, tetapi bukan dengan Hannah.
"Hannah masih muda selain masih banyak yang ingin dicapai olehnya dan saya hormati (perkara itu).
"Saya tak nafikan bahawa dia memang cantik namun bila berbicara tentang soal hati perkara itu tidak boleh dipaksa," katanya kepada Astro Gempak.
Syafiq berkata demikian ketika ditemui pada program #SmileSelangor, di Black Box SACC Mall, Shah Alam, baru-baru ini.
Gempak
Wed Oct 04 2017

Syafiq mula fikir tentang cinta dan pasangan hidup tetapi bukan dengan Hannah. - Gambar Astro Gempak

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Shawn Mendes dedah tarikh bercinta dengan Camila Cabello
Perkara itu terjawab apabila Shawn sendiri mengesahkannya.