SUAMI kepada pelakon Mawar Rashid, Raf Yaakob tidak meletakkan sebarang syarat untuk karier lakonan isterinya selepas berkahwin 9 November lalu.
Menurut Raf, dia tidak sesekali menghalang kerjaya Mawar kerana memahami berlakon adalah jiwanya.
“Sejak awal hubungan kami pun saya dah beritahu Mawar bahawa saya tidak akan menghalang dia berlakon.
“Itu minat dia dan saya akan sentiasa berikan sokongan kepadanya kerana itu adalah adalah sebahagian daripada sumber rezeki dia.
“Cuma saya beritahu bila dah jadi isteri mungkin dia perlu teliti untuk skrip dan juga jalan cerita perlu ditapis.
“Sebab kalau berlakon tak semestinya kena bersentuhan, ada sahaja pelakon yang tidak memilih untuk melakukan perkara itu seperti sahabat saya Izzue Islam,” katanya kepada Astro Gempak.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Mawar mengakui dia juga akan lebih tegas dan berhati-hati untuk berlakon selepas ini.
“Sebenarnya perkara itu bukanlah syarat daripada Raf sebaliknya kehendak saya sendiri. Saya juga tidak mahu mensia-sia kepercayaan yang Raf berikan.
“Saya juga ada berkata kepada Raf, selepas berkahwin saya tak akan melakonkan babak bersentuhan. Saya akan cuba elakkan dan itu adalah pendirian saya.
“Selepas bergelar isteri saya akan lebih peka, tegas dan berhati-hati dalam pemilihan skrip,” ujarnya.
BACA: Sekali lafaz, Mawar Rashid sah bergelar isteri Raf Yaakob
Foto: Instagram Mawar Rashid / Raf Yaakob
Teks oleh: Mya Amri
Gempak
Tue Nov 21 2017

Pasangan suami ister, Raf Yaakob dan Mawar Rashid yang baru melangsungkan perkahwinan mereka 9 November lalu.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

'Saya mampu lakukan apa sahaja termasuk berlakon' - Jojo
'Saya mampu lakukan apa sahaja termasuk berlakon' - Jojo

UMNO, DAP berlakon terima satu sama lain - Ahmad Faizal
Timbalan Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mendakwa UMNO dan DAP sebenarnya terpaksa berlakon untuk menerima antara satu sama lain.

Bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik kongsi pengalaman berlakon Kudeta
Maszlee membawakan watak sebagai Jamal Banna bekas Perdana Menteri (PM) yang dipenjarakan atas tuduhan jenayah telah berkongsi pengalamannya berlakon dalam Kudeta.

Isteri penasihat terbaik suami! Tiada yang lebih mengenali suami melainkan isteri
Buruk baik diri kita ini hanya isteri sahaja yang tahu. Dia hadap setiap hari 1,001 kelakuan kita tanpa mengeluh.

Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Van Toan layak jadi pelakon lagak ngeri, kata Sathianathan
Seloroh bekas jurulatih kebangsaan itu merujuk kepada Nguyen Van Toan yang dikasari Brendan Gan untuk memenangi sepakan penalti buat kemenangan 1-2 Vietnam awal pagi Sabtu.

Al-Jufferi watak utama filem aksi
Juara dunia tiga kali itu sempat berkongsi pengalamannya membintangi sebuah karya filem silat Melayu.

Lakon watak doktor dalam 'Darah Satria' kenangan manis buat Amir
Beliau yang berkhidmat sebagai pembantu perubatan dalam Kor Perubatan di Kem Terendak, Melaka, ketika itu dipanggil pegawai atasannya dan ditanya jika beliau berminat untuk berlakon.

MB Perak tunjuk bakat berlakon filem
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hanya berlakon satu babak dan penggambaran dijalankan di Taiping yang mengambil masa hanya satu jam.

Saya masih minat bidang seni dan tidak akan berhenti berlakon - Aaron Aziz
Pelakon Datuk Aaron Aziz menafikan dakwaan orang ramai yang mendakwa dirinya sudah berhenti daripada bidang lakonan.

Produksi Malaysia lamar Christine Hakim berlakon drama bersiri buat pertama kali
Pelakon senior itu antara 12 artis dari negara jiran itu yang dipilih berlakon dengan 8 artis tempatan di sini termasuk Erma Fatima dan Lisa Surihani.