Tatkala pengarang 50 Shades of Grey, EL James mengumumkan akan membuat satu sesi soal jawab di Twitter, dia tentunya tidak menyangka tindakan itu akan membawa 'padah' kepada dirinya sendiri.

James menjadualkan sesi soal jawab dengan peminat pada Isnin dan respon yang diterima memang baik, dan banyak soalan diajukan kepadanya.

Namun apa yang mencuit hati adalah bentuk soalan yang diterima penulis berusia 52 tahun itu.

Banyak soalan yang membanjiri Twitter dengan hashtag #AskElJames, seolah-olah menyindir penulis itu serta karyanya.





Ada juga yang mengaitkan penulis siri Twilight, Stephenie Meyer dalam soalan mereka.




Hubungan kedua-duanya menjadi kurang baik selepas Meyer memberitahu media karya James "terlalu kotor" untuk menjadi bahan bacaannya.

James kini dalam rangka promosi novel terbaharunya, Grey. Ia menampilkan jalan cerita yang sama dengan 50 Shades of Grey, tetapi diceritakan dari sudut pandangan watak utamanya, Christian Grey.