Ramadan kali ini pastinya memberi seribu makna bagi vokalis kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Ameng, kerana dibebaskan dari Penjara Kluang, hari ini.
Dia yang terkenal dengan lagu Bourgenvilla disambut isteri, Sabariah Zakariah dan anak, Wan Amar Haikal kira-kira 12 tengah hari.
Sebaik melangkah keluar dari penjara berkenaan, terbit rasa kekesalan di wajahnya.
Ketika ditemui, Ameng yang berusia 48 tahun, bersyukur kerana segalanya dalam keadaan baik untuk dia meneruskan hidup baharu.
"Saya rasa apa saya alami sekarang ini ataupun sebelum ini adalah satu masa yang paling sukar dalam hidup saya, dan saya bersyukur dengan rahmatNya.
"Pada awalnya, saya rasa saya gagal untuk memulakan hidup baru macam hari ini. Tetapi dengan rahmat Allah, sokongan keluarga, kawan-kawan dan semua pihak, saya berjaya mengharunginya.
"Alhamdulilah, saya masih lagi boleh keluar dalam keadaan biasa. Keluarga saya sihat, saya pun sihat dan rasanya tidak ada masalah sampingan," Ameng memberitahu pemberita hari ini.
Penyanyi yang terkenal di era 90an itu turut bercadang menerbitkan album singlenya bertajuk ‘Tiga Penjuru’.
Menurut Ameng, kehidupan di penjara juga memberikan sinar baharu bagi dirinya kerana menjalani pemulihan yang cukup bermanfaat, termasuk mempelajari ilmu agama.
Ameng dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada 12 April 2011 kerana kesalahan penyalahgunaan dadah.
Bagaimanapun hukuman itu dipendekkan berikutan kelakuan dan disiplin cemerlang sepanjang menjalani hukuman tersebut.
Astro Awani
Tue Jun 14 2016
Ameng melambai tangan sebaik melangkah keluar dari Penjara Kluang dengan diringi Pengarah Penjara Kluang Zawari Abd Rashid hari ini. - fotoBERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
“Sahur pukul 11 malam..." - Ameng kenang sambut Ramadan di penjara
Ameng Spring berkongsi kenangan menyambut puasa sebagai warga penjara sewaktu di tahan di balik tirai besi tidak lama dahulu.
Terima cek tendang RM30,000 di majlis VVIP, Ameng Spring dakwa sering ditipu ‘orang tengah’
Ditanya adakah serik dengan kejadian menimpanya, Ameng berkata, dia akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.
Puteri sulung sah bergelar Isteri, A Aida bercucuran air mata beri ucapan
Dengan sekali lafaz, Wan Az Aleesa sah bergelar isteri kepada Zain pada majlis pernikahan yang berlangsung di Kasturi DManggis kira-kira jam 11.15 pagi.
'Tiga bulan diganggu suara ghaib?' - Ameng Spring
Jangan sesekali cuba dadah kerana selama-lamanya anda akan terjebak, demikian perkongsian penyanyi popular, Ameng Spring.
"Dia minta saya berhijab kerana ..." A.Aida tunai permintaan suami
Produser Datuk A. Aida menunaikan janjinya kepada suami, Aiff Aziz, 29, yang meminta untuk kekal berhijab selepas berkahwin.
Azharina bakal terbit album 'live recording'
Pelantun lagu Elegi Sepi, Azharina Azhar, 31, bakal menerbitkan album baharu secara 'live recording' tahun depan.
Cabaran sertai GV 3, Azharina korban masa bersama anak
Azharina mendedahkan antara cabaran yang dihadapi sepanjang menyertai GV 3 adalah berkorban masa bersama anaknya, Rahmat Azharin Azhar.
Azharina dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza musim ketiga
Azharina berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan trofi.
Ramalan juara GegarVaganza 3, kekuatan dan kekurangan finalis
Konsert minggu akhir GV 3 yang bakal berlangsung pada malam ini (Ahad, 4 Disember) dijangka akan menjadi sebuah konsert hebat.
10 sebab anda perlu tonton konsert akhir GV3
Program GegarVaganza 3 (GV3) sudah menghampiri kemuncaknya. Enam bintang bakal bersaing untuk merebut tempat pertama.