ISTERI kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, Bella Astillah akui suaminya tidak mendedahkan anak lelaki mereka, Mohamad Ayden Adrean kepada barangan elektronik.
Menurut Bella, dia tidak mahu anak mereka yang baru berusia lima bulan ketagih dengan alat tersebut.
"Saya faham setiap ibu bapa mempunyai cara tersendiri untuk mendidik anak, cuma Aliff memilih untuk tidak mahu mendedahkan Ayden kepada gajet.
"Lagipun usia Ayden baru sahaja lima bulan dan masih kecil, jangan diajar takut nanti dia ketagih dan tidak mahu berenggang dengan gajet.
"Dia juga pernah berpesan jika Ayden menangis sekalipun jangan tunjukkan telefon pintar ataupun iPad.
"Jadi kalau Ayden menangis, kami akan pujuk dan berbual dengannya. Ayden jenis yang sukakan perhatian dan mahukan orang sentiasa bercakap dengan dia.
"Kami menggunakan pendekatan seperti itu, untuk dedahkan gajet rasanya belum tiba masanya lagi untuk Ayden," katanya kepada Astro Gempak.
Dalam pada itu, Bella memberitahu buat masa ini dia lebih selesa menjadi surirumah sepenuh masa dan meluangkan masa bersama keluarga.
"Tak apa, rezeki ada di mana-mana. Ayden masih kecil jadi biarlah saya fokus pada dia dahulu.
"Sebenarnya saya juga ada merancang untuk memulakan perniagaan, mungkin berkaitan dengan fesyen. Tetapi bukanlah dalam masa terdekat," ujarnya.
Foto: Instagram @bellaastillah
Teks oleh: Mya Amri
Gempak
Wed Dec 20 2017

Aliff Aziz dan Bella Astillah tidak mahu anak mereka, Mohamad Ayden Adrean yang berusia lima bulan, ketagih dengan gajet seperti iPad.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Tidak merokok dan bukan artis antara ciri lelaki idaman Bella Astilah
Andai demikian ciri yang disenaraikan, tentu sekali ahli politik tiada masalah untuk mencuri hati Bella kan?

Kes khalwat: Hanya berlalu pergi, Aliff Aziz dan Ruhainies diam membisu
Aliff dan Ruhainies terus diam membisu usai mahkamah menetapkan kes khalwat yang melibatkan mereka berdua ditangguhkan Februari depan.

Kes khalwat Aliff Aziz, Ruhainies Februari tahun depan
Perbicaraan kes khalwat membabitkan pelakon, Aliff Aziz dan Ruhainies di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini, ditetapkan pada Februari tahun depan.

Bella Astillah berangkat tunai umrah, doa urusan dipermudahkan
Bella juga memohon maaf kepada semua yang mengenali dirinya serta meminta urusannya dipermudahkan.

Dakwaan bertunang dengan Aliff merepek - Ruhainies
Ruhainies memberitahu dia tidak tahu daripada mana berita rancangan bertunang ini bermula.

Aliff, Ruhainies mengaku tidak bersalah berkhalwat, minta dibicara
Pasangan artis terkenal, Aliff Aziz dan Ruhainies mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhawat pada Mac lalu.

Kes khalwat: Aliff Aziz, Ruhainies hadir bersama ke mahkamah
Aliff ketika ditemui media memohon agar semua orang mendoakan yang baik-baik untuk segala urusan prosiding pada hari ini.

"Andai Alif Aziz, Ruhainies bertemu jodoh, kita aminkan..." - Ibu
"Bukankah jodoh, pertemuan, ajal, maut, perkahwinan dan penceraian itu semua Allah yang tentukan? Bersabar, okey!" - Siti Hafiza

"Mohon maaf khilaf anakanda kami..." - Ibu Aliff Aziz akan terus nasihat hingga tutup mata
Seorang pengguna media sosial mendoakan Siti Hafiza terus tabah menghadapi ujian yang melanda dirinya dan keluarga ketika ini.

“Saya tak tuntut apa-apa dari Aliff, harta paling berharga adalah anak-anak” - Bella Astillah
Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah tidak menuntut sebarang nafkah daripada bekas suaminya, Aliff Aziz selepas mereka sah bercerai pada Khamis.