Memasuki usia kehamilan yang sudah melewati lapan bulan, Sarimah mengakui dirinya aktif bersenam ketika mengandung.
"Saya akui saya aktif bersenam dan kehamilan tidak menjadi alasan untuk saya tidak mengeluarkan peluh.
"Saya juga makan seperti biasa... Semuanya berpada-pada dan saya mengikut nasihat doktor untuk melebihkan vitamin dan zat yang diperlukan ibu hamil.
"Biarpun di awal fasa kehamilan saya mengalami alahan yang agak serius, saya gagahkan diri juga untuk bersenam kerana saya sudah terbiasa untuk melakukan aktiviti kecergasan.
"Apa yang penting, sebelum saya bersenam dan mengeluarkan peluh, saya sudah mendapatkan nasihat doktor. Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja," katanya.