PELAKON dan pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim memberitahu dia tidak pernah menghilangkan diri dari dunia industri seni, namun perjalanannya kariernya mula berubah dari semasa ke semasa.
Terima Tawaran Jadi Penyampai Radio
Sarimah berkata perubahan karier bermula selepas dia menerima tawaran menjadi penyampai radio berbahasa Inggeris menyebabkan dia tidak aktif dalam industri bahasa Melayu.
“Saya rasa, sampai 2009 hingga 2010, saya agak aktif… masa itu ada AF. Habis kontrak dengan Astro hujung 2010.
"Lepas itu, saya terima tawaran jadi penyampai radio. Saya berhijrah ke industri bahasa Inggeris.
“Saya tak boleh tolak tawaran masa itu sebab ia satu peluang yang baik. Saya pula ketika itu nak simpan duit lebih banyak untuk diri sendiri, nak beli rumah.
"Kontrak itu berakhir 2012, dapat tawaran stesen radio lain. Radio itu ambil saya selama dua tahun.
"Jadi, saya tak hilang… cuma saya tak muncul dalam industri bahasa Melayu. Saya masih ada, dalam pada masa sama, saya sangat gembira.
“Sebab masa itu, kalau sebelum ini target audience Malay saja, tapi bila untuk radio itu saya dapat kembangkan audience saya… semua rakyat Malaysia yang ada.
"Cuma peminat Melayu ingat saya hilang, sebab mereka tak dengar radio bahasa Inggeris,” katanya kepada Gempak.
Sarimah berkongsi perkara itu ketika ditemui sesi private luncheon bersama media di Red Chinese Cruisine, Hotel Pullman Kuala Lumpur City Centre (KLCC) baru-baru ini.
Rehat Untuk Fokus Keluarga
Dalam pada itu, Sarimah memberitahu dia mula berehat dari industri selama dua tahun sekitar 2015 disebabkan mahu memberi tumpuan kepada rumah tangga dan mengandung.
“Pada penghujung 2015, saya kahwin pula. Saya tinggalkan dunia radio Inggeris untuk fokus kepada rumah tangga selama dua tahun, lepas itu nak hamil pula. Jadi kena usaha, sambil buat kerja pengacaraan.
“Saya ada buat beberapa kemunculan dalam bidang pengacaraan sebab nak fokus kepada keluarga dan cuba hamil. Alhamdulillah, saya hamil 2018… bila bersalin pula COVID-19.
“Lepas itu COVID-19, dua tahun tak buat apa-apa. Tapi saya buat sesuatu yang bermanfaat. Saya mula terlibat dengan kesihatan mental, kerja dengan MIASA dan keluar lagu dengan Damien ‘Harapan’.
“Sambil itu juga saya ada sertai NGO Empaty. NGO yang kecil tapi sangat bersemangat untuk wujudkan skill empati dalam masyarakat kita,” ujarnya. -Gempak
Gempak
Sun May 12 2024
Sarimah (foto) berkata perubahan karier bermula selepas dia menerima tawaran menjadi penyampai radio berbahasa Inggeris menyebabkan dia tidak aktif dalam industri bahasa Melayu. -Gempak
Dua Dekad Tsunami: Penduduk Kota Kuala Muda imbau tragedi, masih trauma
Biarpun sudah dua dekad berlalu, dia tidak pernah melupakan tragedi itu kerana kakak sulungnya menjadi antara 12 mangsa yang terkorban di Kota Kuala Muda.
OpenAI Pertimbang Untuk Bangunkan Robot Berbentuk Manusia
OpenAI juga telah melabur dalam beberapa syarikat robotik seperti Physical Intelligence dan Figure.
Mayat ditemukan di ruang roda pesawat United Airlines di lapangan terbang Hawaii
Mayat itu dilaporkan ditemukan pada sebuah pesawat Boeing 787-10 yang berlepas dari Lapangan Terbang O'Hare di Chicago.
Dua Dekad Tsunami: Aku, Aceh dan tsunami
Program Podcast Tsunami 20 tahun dan resensi buku "Aku, Aceh dan Tsunami" oleh Norazam Abu Samah menjadi tumpuan, menceritakan pengalaman dan semangat juang warga Aceh selepas bencana.
Pantau Belanjawan: Lonjakan Pelaburan Malaysia: Pacu Momentum 2025
Felo Bersekutu Kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin mengupas berkenaan prestasi pelaburan tahun 2024 dan bagaimana momentum kukuh ini boleh diteruskan pada 2025.
The need for Regulation of Property Management Practice under Act 242 & BOVAEP
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
AWANI Ringkas: JPS ramal banjir di sembilan jajahan Kelantan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe, projek perintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona, dalam misi untuk membantu saintis mengetahui lebih lanjut mengenai bintang terdekat Bumi.
Penumpang pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Lima wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara
Lima wartawan terbunuh awal pagi Khamis apabila kenderaan mereka terbakar dalam serangan udara di sekitar Hospital Al-Awda di Nuseirat di tengah Gaza.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Astro One tawar tiga pakej hiburan lebih fleksibel serendah RM49.99 sebulan
Astro One menggabungkan saluran televisyen terbaik, aplikasi penstriman popular dan pilihan jalur lebar berkelajuan tinggi.
Kami Care Misi Banjir: 40 penyampai dari 13 stesen Astro Radio turun padang
Astro Radio dengan kerjasama Yayasan Astro Kasih telah menganjurkan kempen Kami Care Misi Banjir yang berlangsung pada 7 Disember 2024 di kawasan parkir LOTUS Cheras, dari jam 10 pagi hingga 5 petang.
ZAYAN raih anugerah Sahabat Dakwah di Majlis Anugerah Pendakwah Negara 2024
ZAYAN dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sahabat Dakwah pada Majlis Anugerah Pendakwah Negara 2024 di Putrajaya.
Astro lancar kempen ‘Astro’s Big Thank You’ sebagai penghargaan buat pelanggan setia
Astro, peneraju hiburan terkemuka di Malaysia, hari ini melancarkan kempen terbesar baharu Astros Big Thank You sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia.
Ananda Krishnan, hartawan bijak, 'cap jari' di serata sudut
To make money, you have to find tomorrow's business, make tomorrow's money. Itu pegangan taikun perniagaan Ananda Krishnan yang dikenali sebagai seorang hartawan self-made yang tersohor.
Astro raih RM75,000 ganti rugi berkanun pertama untuk pelanggaran hak cipta
Measat Broadcast Network Systems Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat Astro Malaysia Holdings Berhad, mencatat sejarah dengan menerima ganti rugi berkanun pertama.
Astro S+V bantu kandungan video capai standard antarabangsa
Astro SoundVision merupakan satu-satunya penyedia fasiliti perkhidmatan Dolby Atmos bersepadu di Malaysia untuk pawagam, penyiaran, dan penstriman berteknologi tinggi.
Persembahan penuh emosi, Sarkas juara Muzikal Lawak Superstar 4, bawa pulang RM150,000
Kumpulan yang dianggotai Danial Zaini, Acap S dan Shashic, yang turut menjemput pelawak Shuib sebagai artis jemputan, mendapat markah tertinggi.