KOTA BHARU: Adegan panas 'teaser' drama Perempuan Itu yang menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen ketika ini, tidak sesuai dengan budaya tempatan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary.
Beliau berkata pemain industri hiburan seharusnya mematuhi peraturan ditetapkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM).
"Kita serah kepada K-KOMM untuk mengambil sebarang tindakan.
"Dari sudut panduan agama, budaya seperti itu tidak sepatutnya dibawa ke dalam negara kita," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Muaythai Kebangsaan di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini semalam.
Ahmad Marzuk berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan K-KOMM bagi mencari satu ketetapan, garis panduan dan solusi supaya perkara sama tidak berulang pada masa hadapan.
Sementara itu, Ahmad Marzuk meminta orang ramai merujuk mufti di negeri masing-masing bagi menjawab persoalan sama ada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pengeluaran khas sebanyak RM10,000 perlu membayar zakat 2.5 peratus.
Pada Rabu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media mengumumkan kerajaan membenarkan pengeluaran khas caruman KWSP sebanyak RM10,000 bagi meringankan beban Keluarga Malaysia yang masih terkesan susulan pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 20 2022
AHMAD: Dari sudut panduan agama, budaya seperti itu tidak sepatutnya dibawa ke dalam negara kita. - Gambar fail/BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiada isu berbangkit jemaah tidak dibenar bawa pulang air zamzam - Ahmad Marzuk
Tiada isu berbangkit mengenai jemaah tidak boleh membawa pulang air zamzam kerana ada agensi tertentu atau Lembaga Tabung Haji (TH) yang akan menguruskannya bagi pihak jemaah.
Polemik tarekat Tasawuf dan Timbalan Menteri Ahmad Marzuk: Apa yang kita tahu setakat ini...
Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah Syeikh Nazim al-Haqqani dibenarkan untuk diamalkan di Malaysia selepas melalui proses pemulihan beberapa tahun semenjak 2014.
Adegan panas drama 'Perempuan Itu' tidak sesuai budaya tempatan - Ahmad Marzuk
Beliau berkata pemain industri hiburan seharusnya mematuhi peraturan ditetapkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM).
Ambil vaksin COVID-19 tanggungjawab hidup bermasyarakat - Ahmad Marzuk
Suntikan vaksin ialah bagi mencapai imuniti kelompok dan mengurangkan mereka yang dijangkiti terdedah dengan risiko kematian.
Ahmad Marzuk mohon maaf kenderaan dipandu langgar peraturan
"Sekiranya dikenakan hukuman, semoga ia menjadi asbab kebaikan dan penambahbaikan buat beliau dan saya sendiri," kata Ahmad Marzuk.
Hukuman lebih berat terhadap LGBT sedang dipinda - Ahmad Marzuk
Setakat hari ini hukuman yang ada menggunakan enakmen sedia ada.
Pas mahu UMNO elak kenyataan tunjuk rasa curiga - Ahmad Marzuk
Ahmad Marzuk berkata, Pas kekal dengan pendirian mempertahankan MN dan memperkukuhkan PN seperti yang ditegaskan kepimpinan parti sebelum ini.