PROGRAM komedi game show terbaharu Astro, Gelak 90 Saat bakal mencabar selebriti-selebriti popular tempatan untuk membuat Target Misteri (juri) daripada latar belakang yang berbeza ketawa dalam masa 90 saat.
Daripada selebriti, pempengaruh media sosial, BBNU, atlet, pekerja profesional sehinggalah ke orang awam, hanya tawa mereka sahaja yang boleh menentukan nasib selebriti-selebriti ini untuk mara ke pusingan akhir.
Menurut Ketua Saluran Astro Warna, Norzeha Mohd Salleh, pihaknya teruja untuk mempersembahkan rancangan ini kepada para peminat komedi Astro dengan format yang belum pernah diketengahkan.
“Dalam tekanan masa yang singkat, pastinya pelbagai kerenah akan ditunjukkan. Lagi-lagi apabila diberi tema atau props yang berlainan.
“Gelagat peserta yang bakal membuat persembahan pasti akan menghiburkan para penonton. Gelak 90 Saat merupakan sesuatu yang baharu. Padat dan cepat, di mana peserta-pesertanya perlu bertindak dengan bijak.
“Tetapi nasib mereka untuk menang bergantung kepada satu gelakan. Format unik ini pasti dapat menarik ramai penonton komedi serta peminat genre yang lain ke saluran Astro Warna,” katanya.
Antara nama-nama selebriti yang menyertai rancangan ini sebagai peserta termasuklah Namie, Achey, Dewa, Has, Ieda Moin dan Norkhiriah.
Manakala target atau juri terdiri daripada selebriti tempatan, pempengaruh media sosial, atlet serta orang awam.
Dalam pada itu, Datuk AC Mizal pula diberikan tanggungjawab untuk memeriahkan program ini sebagai pengacara.
Juara setiap episod akan memenangi wang berjumlah sehingga RM5,000, manakala juara keseluruhan akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 di peringkat akhir.
Gelak 90 Saat bakal menemui para penonton Astro setiap Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Warna (saluran 107).
Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO. -Gempak
Alami pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. Untuk melanggan Pek Primary, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838.
Gempak
Sun Oct 22 2023

Antara selebriti yang menyertai rancangan ini termasuk Namie, Achey, Dewa, Has, Ieda Moin dan Norkhiriah. Datuk AC Mizal pula diberikan tanggungjawab sebagai pengacara. -Gempak

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Achey, Nookhiriah, Ieda Moin dan Namie antara yang sahut cabaran Gelak 90 Saat
Datuk AC Mizal pula diberikan tanggungjawab untuk memeriahkan program ini sebagai pengacara.