KONVENSYEN Star Wars Celebration yang berlangsung di London dari 15 hingga 17 Julai lalu membuatkan para peminat ternanti-nanti perkembangan terbaharu tentang francais tersebut.
Oleh kerana komunikasi dalam konvensyen dikawal ketat, tidak banyak pendedahan yang diketahui oleh para peminat.
Namun terdapat lima perkara yang diketahui daripada konvensyen tersebut:
1- Poster baharu Rogue One: A Star Wars Story
Poster sementara filem spin-off itu menampilkan pertempuran manusia, droid, dan Stormtroopers di pantai. Pesawat X-Wings dan Death Star turut kelihatan dalam latar belakang poster.
2- Darth Vader kembali
Bunyi nafas di hujung video Star Wars Celebration sudah cukup membuat peminat teruja dan kemunculan Darth Vader selepas itu mengesahkan penampilan karakter itu dalam Rogue One, 11 tahun selepas penampilannya dalam Revenge of the Sith.
3- Episode VIII menyambung cerita The Force Awakens
Buat pertama kali dalam sejarah francais ini, sekuel tidak akan melangkau mana-mana plot. Filem arahan Rian Johnson akan menyambung adegan yang ditinggalkan oleh J.J. Abrams dalam The Force Awakens: saat Rey dan Luke Skywalker bertemu.
4- Memperkenalkan Han Solo baharu, Alden Ehrenreich
Pelakon berusia 26 tahun ini akan melakonkan watak Han Solo pada usia mudanya yang bertemu dengan Rebel Alliance. Alden yang sebelum ini muncul dalam filem arahan adik-beradik Coen “Hail, Caesar!” diperkenalkan secara rasmi dalam Star Wars Celebration.
5- 2017 bakal meriah
Walaupun tidak banyak yang didedahkan dalam Star Wars Celebration tahun ini, konvensyen yang bakal berlangsung di Orlando tahun hadapan dijangka lebih meriah kerana bakal menyambut ulang tahun francais tersebut yang ke-40.
Agensi
Tue Jul 19 2016

Rogue One merupakan filem spin-off bagi francais Star Wars yang bakal ditayangkan tahun hadapan - Foto Star Wars
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

'Mereka hanya mahu Ip Man dalam Star Wars' - Donnie Yen
Bagi pelakon yang dikenali menerusi trilogi Ip Man ini, mwe tidak ada bezanya dengan watak yang diberikan Hollywood kepadanya.

Rogue One: A Star Wars story, terbaik selepas The Force Awakens
Prekuel filem sains fiksyen Star Wars, iaitu Rogue One: A Star Wars Story memang sangat dinanti oleh para peminat dan pengikut setianya di seluruh dunia.

5 perkara dari Star Wars Celebration, termasuk Han Solo baharu
Konvensyen Star Wars Celebration di London mendedahkan beberapa penting mengenai francais tersebut, termasuk pelakon Han Solo baharu.