MOZILLA kini hadir dengan sebuah pemalam khusus yang membawakan sejumlah ciri kecerdasan buatan untuk pelayar web Mozilla Firefox, dinamakan sebagai Orbit.


Ringkasan AI
  • Mozilla memperkenalkan pemalam Orbit untuk Firefox, yang menawarkan ciri kecerdasan buatan seperti merumuskan artikel, emel, dokumen, dan video di web.
  • Orbit menjawab soalan berkaitan halaman web dan menggunakan Mistral LLM (Mistral 7B), namun hanya menyokong bahasa Inggeris buat masa ini.
  • Orbit boleh dimuat turun dan digunakan tanpa akaun berdaftar, dan Mozilla menekankan bahawa privasi pengguna tidak dikorbankan.


Orbit masih pada peringkat beta dan menawarkan ciri yang memudahkan pengguna merumuskan sesuatu artikel ketika sedang melayari web, termasuk boleh merumuskan emel, dokumen, dan juga video di web.

Mozilla mengatakan perkara ini dilakukan oleh Orbit tanpa mengorbankan sebarang privasi pengguna.

Di samping itu, melalui Orbit juga, pengguna boleh bertanyakan soalan berkaitan sesuatu halaman dan mendapatkan jawapan terus daripada Orbit.

Mozilla menggunakan Mistral LLM (Mistral 7B) untuk menguasakan Orbit ini.

Melalui percubaan kami, ia masih menggunakan bahasa Inggeris dalam merumuskan dan menjawab persoalan.

Sementara untuk video, ia tidak boleh digunakan sekiranya sesuatu video tidak mempunyai transkrip.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat turun pemalam Orbit hari ini dan menggunakannya dalam membantu pelayaran web anda.

Orbit boleh digunakan melalui pelayar web Firefox tanpa perlu sebarang akaun berdaftar. -Amanz