BALI: Perniagaan amat digalakkan mengguna pakai kecerdasan buatan (AI) untuk operasi kerana ia akan meningkatkan langkah-langkah keselamatan siber bagi melindungi organisasi mereka, kata Pengarah Urusan Kaspersky Asia Pasifik (Apac) Adrian Hia.
Memetik laporan daripada International Market Analysis Research and Consulting Group, Hia berkata, saiz pasaran AI di Asia Pasifik dijangka berkembang empat kali ganda kepada AS$87.6 bilion (AS$1=RM4.64) menjelang 2028.
Saiz pasaran AI Asia Pasifik kini berjumlah AS$22.1 bilion memandangkan rantau itu berada di barisan hadapan dalam revolusi AI.
Menurut Hia, kajian terbaharu oleh International Data Corporation juga mengunjurkan perbelanjaan AI untuk rantau Apac dijangka mencecah AS$49.2 bilion menjelang 2026.
Beliau menyatakan, syarikat menyedari cara untuk memanfaatkan kuasa AI bagi meningkatkan kecekapan aset, memperbaiki kualiti produk, dan juga memperkemas rantaian bekalan mereka dalam menjana keuntungan yang lebih baik.
"China, Australia dan India merupakan tiga peneraju utama dalam perbelanjaan AI di seluruh rantau ini, dan saya percaya lebih banyak negara akan mengikut mereka bagi memanfaatkan AI dalam perniagaan.
"Ini menjadikannya matang untuk kami melakarkan pelan hala tuju yang selamat pada masa sekarang apabila melibatkan pelaksanaan dan penggunaan AI di Apac bagi memastikan kami memperoleh kelebihannya tanpa menjejaskan keselamatan siber," katanya pada persidangan Hujung Minggu Keselamatan Siber Kaspersky 2023, di sini, pada Khamis.
Hia menambah, majoriti perusahaan Apac akan mengguna pakai AI untuk kesemua teknologi perniagaan dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi meningkatkan kecekapan dan mengurangkan pergantungan pada kemahiran teknikal.
Dalam pada itu, beliau menyatakan, penggunaan AI yang meningkat di rantau ini menyebabkan ancaman siber juga semakin meningkat, dengan purata 400,000 serangan baharu yang berniat jahat dikesan oleh Kaspersky setiap hari.
"Malangnya, orang jahat pada hari ini juga menggunakan pembelajaran mesin dan AI untuk melakukan benda yang salah.
"Di Kaspersky, 90 peratus daripada semua ancaman yang kami kesan juga dikurangkan oleh mesin yang menggunakan teknologi AI. Inilah sebabnya sebagai sebuah syarikat keselamatan siber global, kami juga perlu menggunakan kuasa AI," tambahnya.
- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 24 2023
![Kaspersky gesa perniagaan guna pakai teknologi AI dalam operasi mereka Kaspersky gesa perniagaan guna pakai teknologi AI dalam operasi mereka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41630941438_TBKASPERSKY.jpg)
Perniagaan amat digalakkan mengguna pakai AI untuk operasi kerana ia akan meningkatkan langkah-langkah keselamatan siber bagi melindungi organisasi mereka. - Gambar hiasan
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![Firma Malaysia perlu tingkatkan keselamatan siber tangani ancaman dalam talian, luar talian Firma Malaysia perlu tingkatkan keselamatan siber tangani ancaman dalam talian, luar talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Firma Malaysia perlu tingkatkan keselamatan siber tangani ancaman dalam talian, luar talian
Yeo berkata, banyak syarikat di Malaysia tidak melihat kepentingan untuk melabur dalam keselamatan siber.
![Aktiviti jenayah siber di Telegram naik sebanyak 53 peratus pada Mei dan Jun 2024 Aktiviti jenayah siber di Telegram naik sebanyak 53 peratus pada Mei dan Jun 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713405340_telegramjpg.jpg)
Aktiviti jenayah siber di Telegram naik sebanyak 53 peratus pada Mei dan Jun 2024
Aktiviti jenayah siber di Telegram meningkat sebanyak 53 peratus pada Mei hingga Jun 2024 berbanding tempoh sama tahun lepas, menurut data Perisikan Jejak Digital Kaspersky.
![Perisian Kaspersky diharamkan di Amerika Syarikat Perisian Kaspersky diharamkan di Amerika Syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718934994_KasperksyLab.jpg)
Perisian Kaspersky diharamkan di Amerika Syarikat
Kaspersky dikatakan mendatangkan risiko sekuriti kerana didakwa mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan Rusia.
![Ancaman serangan siber di Malaysia terus meningkat - Kaspersky Ancaman serangan siber di Malaysia terus meningkat - Kaspersky](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Ancaman serangan siber di Malaysia terus meningkat - Kaspersky
Ancaman serangan siber di Malaysia dijangka terus meningkat pada 2024 membabitkan organisasi yang berurusan dengan data peribadi dalam industri kewangan dan telekomunikasi, menurut firma keselamatan s
![Industri runcit catat serangan siber tertinggi di Asia Pasifik - Kaspersky Industri runcit catat serangan siber tertinggi di Asia Pasifik - Kaspersky](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41630941438_TBKASPERSKY.jpg)
Industri runcit catat serangan siber tertinggi di Asia Pasifik - Kaspersky
Industri peruncitan merekodkan jumlah serangan siber tertinggi di rantau Asia Pasifik sejak 24 bulan lepas, kata firma keselamatan global Kaspersky.
![Kaspersky gesa perniagaan guna pakai teknologi AI dalam operasi mereka Kaspersky gesa perniagaan guna pakai teknologi AI dalam operasi mereka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41630941438_TBKASPERSKY.jpg)
Kaspersky gesa perniagaan guna pakai teknologi AI dalam operasi mereka
Saiz pasaran AI di Asia Pasifik dijangka berkembang empat kali ganda kepada AS$87.6 bilion (AS$1=RM4.64) menjelang 2028.
![Serangan siber terhadap perniagaan di Malaysia meningkat 197 peratus pada 2022 - Kaspersky Serangan siber terhadap perniagaan di Malaysia meningkat 197 peratus pada 2022 - Kaspersky](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41630941438_TBKASPERSKY.jpg)
Serangan siber terhadap perniagaan di Malaysia meningkat 197 peratus pada 2022 - Kaspersky
Semasa pandemik memuncak pada 2020, Kaspersky menghalang 10,200,817 serangan laman web daripada menjangkiti perniagaan di Asia Tenggara.
![Malaysia antara 20 negara teratas sasaran mel hasad pada 2022 - Kaspersky Malaysia antara 20 negara teratas sasaran mel hasad pada 2022 - Kaspersky](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81649264207_CyberAttack.jpg)
Malaysia antara 20 negara teratas sasaran mel hasad pada 2022 - Kaspersky
Malaysia di kedudukan ke-10 dalam kalangan 20 negara teratas sasaran mel hasad atau berniat jahat pada 2022, demikian menurut data Kaspersky.
![Perniagaan Asia Tenggara perlu penyelesaian keselamatan siber komprehensif - Kaspersky Perniagaan Asia Tenggara perlu penyelesaian keselamatan siber komprehensif - Kaspersky](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-12/51576167612_ewallet.jpg)
Perniagaan Asia Tenggara perlu penyelesaian keselamatan siber komprehensif - Kaspersky
Asia Tenggara kekal sebagai ekonomi digital yang mencatat pertumbuhan terpantas di Asia Pasifik dan memerlukan penyelesaian keselamatan siber serba komprehensif serta tenaga kerja bersesuaian.