KUALA LUMPUR: Malaysia di kedudukan ke-10 dalam kalangan 20 negara teratas sasaran mel hasad atau berniat jahat pada 2022, demikian menurut data Kaspersky.
Syarikat keselamatan siber dan privasi digital global itu berkata, Laporan Spam dan Pancing Data Kapersky 2022 menunjukkan Malaysia mencatat 2.98 peratus daripada kesemua lampiran e-mel hasad di peringkat global -- meningkat daripada 2.62 peratus pada tahun sebelumnya.
Dari segi perbandingan dalam kalangan negara serantau Malaysia, Vietnam di kedudukan keenam dengan 4.43 peratus daripada hantaran mel hasad yang dikesan manakala Indonesia di tempat ke-15 dengan 1.85 peratus daripada bahagian pada tahun lepas.
Menurut Kapersky, sejumlah 48.63 peratus daripada e-mel di serata dunia adalah spam dengan perisian antivirus menyekat 166 juta lampiran e-mel berniat jahat manakala 507 juta cubaan memancing data dapat digagalkan.
Selain itu, peningkatan sebanyak 18 juta lampiran e-mel berniat jahat telah direkodkan pada 2022 berbanding tahun sebelumnya dengan kejadian paling ketara dilaporkan pada Mac, Mei dan Jun.
"Hantaran mel berniat jahat yang diterima oleh rakyat Malaysia wujud dalam penyamaran sebagai urusan perniagaan (dan) bagi menarik perhatian penerima membuka lampiran. Melalui cara ini, penjenayah siber akan cuba meyakinkan bahawa kandungannya adalah maklumat berkaitan perniagaan seperti tawaran komersial, invois atau salinan pemindahan bank.
"Dalam kebanyakan kes, dokumen yang dibuka itu akan turut memuat turun Trojan (virus)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, Pengarah Urusan Kaspersky Asia Pasifik Chris Connell berkata jenayah 'scam' atau penipuan yang menjanjikan pampasan dan bayaran daripada agensi-agensi kerajaan, syarikat besar dan bank, akan kekal popular dalam kalangan penjenayah siber pada 2023.
"Data daripada Kaspersky Secure Network (KSN) turut menunjukkan bahawa ancaman laman sesawang di Malaysia sejak lima tahun lepas berada dalam aliran menurun.
"Bagaimanapun, ini tidak bermakna kita perlu berasa selesa ketika penjenayah siber ini sebaliknya menjadi lebih kreatif dalam memperdayakan mangsa. Oleh itu, perlindungan terhadap peranti adalah sesuatu yang perlu dilakukan," katanya.
Data KSN menunjukkan Malaysia mengalami ancaman web tertinggi pada 2021 iaitu sebanyak 61.3 juta yang turun kepada 37.1 juta pada tahun lepas.
Merujuk gesaan oleh Menteri Komunikasi dan Digital agar kerajaan negeri dan agensi kerajaan bertindak meningkatkan ancaman keselamatan siber, Connell menyifatkan langkah itu sebagai baik dalam usaha ke arah menjadikan Malaysia lebih selamat.
"Bagi pihak kami, Kapersky sentiasa bersedia untuk bekerjasama dan berusaha menerusi perkongsian ilmu dengan sektor awam dan swasta bagi melindungi lebih ramai rakyat Malaysia serta syarikat-syarikat di sini," katanya.
Kaspersky telah menyarankan supaya pengguna memasang penyelesaian keselamatan yang mantap untuk terus dilindungi daripada mel berniat jahat, termasuk memaklumkan pengguna mengenai laman sesawang yang perlu dielak serta perlindungan daripada perisian hasad.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 16 2023
Malaysia di kedudukan ke-10 dalam kalangan 20 negara teratas sasaran mel hasad atau berniat jahat pada 2022, demikian menurut data Kaspersky. - Gambar hiasan/REUTERS
Dasar peralihan tenaga buka peluang pemain OGSE kembang, teroka pasaran baharu
Sektor OGSE perlu melihat dasar peralihan tenaga kerajaan yang kukuh sebagai peluang untuk berkembang dan meneroka pasaran baharu serta kerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur susulan harga minyak mentah stabil
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa disokong oleh penanda aras harga minyak mentah yang stabil serta peningkatan dalam pasaran niaga hadapan getah Shanghai.
Skor Indeks Kesihatan Mental Belia tahap sederhana
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dedahkan skor Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia 2023 mencatatkan tahap sederhana.
#AWANIRingkas 5 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 5 November 2024
1️⃣ Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin
2️⃣ Pengerusi masjid direman enam hari
3️⃣ BN tidak tutup pintu kerjasama dengan parti lain
1️⃣ Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin
2️⃣ Pengerusi masjid direman enam hari
3️⃣ BN tidak tutup pintu kerjasama dengan parti lain
Projek atasi banjir RM316 juta di Sarawak sedang dilaksana
PETRA melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kini melaksanakan Projek Mengatasi Banjir Pantai Negeri Sarawak di bawah RMK12 dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM316 juta.
AWANI Ringkas: Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin enam warga Malaysia
Mahkamah Narathiwat menolak permohonan ikat jamin bagi kesemua enam warga Malaysia, termasuk seorang penyanyi dikir barat dari Kelantan yang ditahan reman pada Isnin kerana disyaki memiliki dadah.
PM Anwar sifatkan Malaysia-China sebagai 'sahabat yang hebat'
Perdana Menteri menyifatkan Malaysia dan China kini seperti 'sahabat yang hebat' ketika kedua-dua negara meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik.
AWANI Borneo [5/11/2024] – PRN Sabah | Di seluruh negara | Mesra rakyat
Awani Borneo Selasa, 5 November 2024 bersama Assim Hassan.
1. PRN Sabah, BN tidak tutup pintu kerjasama dengan parti lain.
2. KKR kenal pasti lebih 1,500 cerun berisiko tinggi.
3. Raja Permaisuri Agong berangkat tiba di Labuan.
1. PRN Sabah, BN tidak tutup pintu kerjasama dengan parti lain.
2. KKR kenal pasti lebih 1,500 cerun berisiko tinggi.
3. Raja Permaisuri Agong berangkat tiba di Labuan.
Pegawai SPRM didakwa salah guna wang sitaan berjumlah RM613,000
Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa di Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan harta dengan curang.
Malaysia antara 20 negara teratas sasaran mel hasad pada 2022 - Kaspersky
Malaysia di kedudukan ke-10 dalam kalangan 20 negara teratas sasaran mel hasad atau berniat jahat pada 2022, demikian menurut data Kaspersky.