Bekas perdana menteri Thailand, Yingluck Shinawatra membuka kediamannya kepada media antarabangsa semalam untuk memberi peluang kepada mereka meninjau kehidupannya setelah tersisih daripada arena politik negara ini.
Dilarang daripada membabitkan diri dengan politik selama lima tahun, perdana menteri wanita pertama Thailand ini berkata, kini beliau mempunyai lebih banyak masa untuk melakukan perkara yang amat diminatinya iaitu menanam salad.
"Di samping membuat persiapan mengenai kes mahkamah, saya juga mengisi masa saya dengan berkebun untuk hidangan keluarga dan memberinya kepada rakan-rakan yang sukakan sayur-sayuran," katanya kepada media.
Adik kepada Thaksin, yang juga bekas perdana menteri Thailand ini, juga mengisi masa lapangnya dengan berkunjung ke kuil dan berjumpa sahabat handai.
"Saya ingin tahu perkembangan terkini (mengenai rakan-rakan)," kata Yingluck, yang menerima celaan daripada Dewan Perundangan Nasional dan kemudian dilarang daripada bergiat dalam politik selama lima tahun.
Beliau juga berdepan dengan pertuduhan jenayah di Mahkamah Agung kerana peranannya dalam skim pembelian padi di negara ini. Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukuman tidak lebih 10 tahun penjara.
Mengenai pelan tindakan yang disediakan Kerajaan Thailand yang diterajui tentera, Yingluck berkata pilihan raya perlu diadakan kerana ia merupakan sebahagian daripada asas penting dalam sistem demokrasi, di samping untuk kebaikan ekonomi dan bagi memelihara keyakinan rakyat.
Beliau juga menyentuh tentang draf perlembagaan yang dibentangkan baru-baru ini oleh suruhanjaya yang dilantik kerajaan dan menegaskan bahawa draf itu perlulah sesuatu yang boleh diterima semua pihak serta bersifat berpaksikan rakyat.
Yingluck berkata Thaksin juga mahu keadaan di Thailand kembali seperti biasa dan pilihan raya serta pemindahan kuasa kepada rakyat dilakukan dengan secepat mungkin.
Pada akhir sesi perjumpaan dengan media itu, Yingluck menjelaskan bahawa tindakannya mengundang media antarabangsa ke kebun sayurnya tidak mempunyai sebarang niat tersembunyi.
"Saya tidak ada sebarang agenda tersembunyi apabila membuka pintu kediaman saya ini (kepada media)," katanya dan menjelaskan bahawa apa jua komen beliau mengenai perkara berkaitan politik sepanjang perjumpaan dengan media itu adalah secara kebetulan sahaja, bukan dirancang.
Bernama
Sat Feb 13 2016
![Yingluck gantikan politik dengan berkebun Yingluck gantikan politik dengan berkebun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/71455357080_YingluckShinawatra.jpg)
Berkebun nampaknya membawa tenang kepada Yingluck yang membuka rumahnya kepada media antarabangsa semalam. - fotoBERNAMA
![Wanita racun lima orang sebelum bunuh diri dengan sianida - Polis Bangkok Wanita racun lima orang sebelum bunuh diri dengan sianida - Polis Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721208356_Bangkokhotel.jpg)
Wanita racun lima orang sebelum bunuh diri dengan sianida - Polis Bangkok
Polis percaya seorang daripada enam pelancong, dua daripadanya juga memegang pasport Amerika Syarikat, adalah dalang di sebalik tragedi itu.
![Tiada dokumen buktikan Guan Eng batal pengecualian cukai Yayasan Albukhary - Saksi Tiada dokumen buktikan Guan Eng batal pengecualian cukai Yayasan Albukhary - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51679899391_MASHUP.jpg)
Tiada dokumen buktikan Guan Eng batal pengecualian cukai Yayasan Albukhary - Saksi
Tiada dokumen yang menunjukkan bahawa Lim Guan Eng telah membatalkan pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary semasa beliau memegang jawatan Menteri Kewangan.
![Kes bunuh Nur Farah Kartini: 26 saksi dirakam keterangan - KP Selangor Kes bunuh Nur Farah Kartini: 26 saksi dirakam keterangan - KP Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720605165_tbHusseinOmarKhan.jpg)
Kes bunuh Nur Farah Kartini: 26 saksi dirakam keterangan - KP Selangor
Datuk Hussein Omar Khan berkata antara saksi yang dirakam keterangan mereka termasuklah rakan Allahyarham Nur Farah Kartini, rakan sekerja suspek dan saksi awam.
![27 anjing mati disyaki diracun, JPV kesal tiada aduan awal 27 anjing mati disyaki diracun, JPV kesal tiada aduan awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721213446_HngMooiLye.jpg)
27 anjing mati disyaki diracun, JPV kesal tiada aduan awal
Tiada tindakan lanjut dapat diambil termasuk siasatan punca kematian haiwan berkenaan kerana kelewatan melaporkan insiden itu.
![Biden akan tarik diri jika doktor dedahkan ada masalah kesihatan Biden akan tarik diri jika doktor dedahkan ada masalah kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721019915_JoeBiden.jpg)
Biden akan tarik diri jika doktor dedahkan ada masalah kesihatan
Biden sebelum ini berkata keadaan kesihatannya tidak memerlukan pemeriksaan tambahan, tetapi beliau bersedia jika doktor memintanya.
![Perundangan baharu diperkenal kawal selia Badan Berkanun Persekutuan - Pejabat PM Perundangan baharu diperkenal kawal selia Badan Berkanun Persekutuan - Pejabat PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696910524_PUTRAPERDANA.jpg)
Perundangan baharu diperkenal kawal selia Badan Berkanun Persekutuan - Pejabat PM
Satu perundangan baharu akan diperkenalkan bertujuan mengawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) serta syarikat-syarikat di bawahnya.
![MCMC siasat empat lagi individu, didakwa buat komen jelik dan provokatif MCMC siasat empat lagi individu, didakwa buat komen jelik dan provokatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721211871_MCMCKomenJelik.jpg)
MCMC siasat empat lagi individu, didakwa buat komen jelik dan provokatif
Secara keseluruhan enam suspek disiasat berhubung komen jelik dan provokatif menerusi siaran ulangan sesi Parlimen di platform media sosial
![Harga petrol, diesel kekal hingga 24 Julai Harga petrol, diesel kekal hingga 24 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717993469_RON.jpg)
Harga petrol, diesel kekal hingga 24 Julai
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
![38 makmal dianugerah status BNP Labs, usaha perkasa usahawan dan keupayaan inovasi 38 makmal dianugerah status BNP Labs, usaha perkasa usahawan dan keupayaan inovasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721211198_BNPLabs.jpg)
38 makmal dianugerah status BNP Labs, usaha perkasa usahawan dan keupayaan inovasi
38 buah makmal dianugerahkan status Bionexus Partners Laboratories (BNP Labs) ke arah memperkasakan keusahawanan dan keupayaan inovasi dalam industri bioteknologi dan berasaskan bio di Malaysia.
![Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721210176_TBFARAHMAYAT.jpg)
Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis
Polis percaya kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang di sini adalah lokasi Nur Farah Kartini Abdullah, dipercayai dibunuh.
![PM Thailand tamatkan lawatan kerja ke Malaysia PM Thailand tamatkan lawatan kerja ke Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697078017_SretthaThavisin.jpg)
PM Thailand tamatkan lawatan kerja ke Malaysia
Srettha tiba di Malaysia pada Rabu untuk lawatan sulung selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 5 Sept lepas.
![Agong terima menghadap PM Thailand Srettha di Istana Negara Agong terima menghadap PM Thailand Srettha di Istana Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697009792_YDPA.jpg)
Agong terima menghadap PM Thailand Srettha di Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin di Istana Negara hari ini.
![PM Thai Srettha Thavisin tiba untuk lawatan kerja dua hari ke Malaysia PM Thai Srettha Thavisin tiba untuk lawatan kerja dua hari ke Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697000311_SretthaThavisin.jpg)
PM Thai Srettha Thavisin tiba untuk lawatan kerja dua hari ke Malaysia
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin tiba di Malaysia untuk memulakan lawatan kerja dua harinya.
![PM Srettha arah pindah segera rakyat Thailand dari Israel PM Srettha arah pindah segera rakyat Thailand dari Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696738245_SretthaThavisin.jpg)
PM Srettha arah pindah segera rakyat Thailand dari Israel
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin telah mengarahkan pemindahan segera warga Thailand dari Israel.
![UNGA: Thailand komited ke arah keamanan, hak asasi manusia dan alam sekitar UNGA: Thailand komited ke arah keamanan, hak asasi manusia dan alam sekitar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695446063_SretthaThavisin.jpg)
UNGA: Thailand komited ke arah keamanan, hak asasi manusia dan alam sekitar
Thailand komited dalam usaha memajukan keamanan yang mampan, hak asasi manusia dan pemeliharaan alam sekitar.
![PM adakan mesyuarat dengan rakan sejawat dari Thailand, Iraq PM adakan mesyuarat dengan rakan sejawat dari Thailand, Iraq](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695347097_AnwarIbrahim.jpg)
PM adakan mesyuarat dengan rakan sejawat dari Thailand, Iraq
Anwar turut hadiri sesi perbincangan dengan badan pemikir dan penerbit bebas bukan partisan, yang mempromosikan pemahaman mengenai hubungan antarabangsa.
![Isu selatan Thailand: Cabaran besar menanti Kabinet Srettha Isu selatan Thailand: Cabaran besar menanti Kabinet Srettha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693907412_thailandPM.jpg)
Isu selatan Thailand: Cabaran besar menanti Kabinet Srettha
Pentadbiran Perdana Menteri Srettha Thavisin dikhuatiri berdepan cabaran besar dalam menyantuni isu selatan Thai, jelas mantan penasihat kepada Thaksin Shinawatra.
![Kenali jutawan hartanah yang kini bergelar Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin Kenali jutawan hartanah yang kini bergelar Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692709268_TBTHAINEWPM.jpg)
Kenali jutawan hartanah yang kini bergelar Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin
Srettha yang juga muka baharu dalam arena politik itu menerima 482 undi, manakala 165 tidak bersetuju dan 81 lagi berkecuali.
![Kepulangan Thaksin tiada kena mengena dengan politik - Anak perempuan Kepulangan Thaksin tiada kena mengena dengan politik - Anak perempuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-10/81444656447_ThaksinShinawatra.jpg)
Kepulangan Thaksin tiada kena mengena dengan politik - Anak perempuan
Keputusan Thaksin untuk kembali adalah demi menjaga cucunya selepas meninggalkan negara itu selama lebih 15 tahun.
![Bekas PM Thailand, Thaksin pulang ke tanah air Selasa depan Bekas PM Thailand, Thaksin pulang ke tanah air Selasa depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691141383_ThaksinShinawatra.jpg)
Bekas PM Thailand, Thaksin pulang ke tanah air Selasa depan
Bekas perdana menteri Thailand Thaksin Shinawatra akan pulang ke tanah airnya pada Selasa, hari yang sama sidang Parlimen mengundi perdana menteri baharu.