SAN FRANCISCO: X Corp yang dimiliki oleh bilionair Elon Musk berhadapan dengan satu lagi kes mahkamah, kali ini syarikat berkenaan sebagai plaintif yang membuat tuntutan berhubung sewa yang tidak dibayar.
X Corp telah mendakwa sebuah syarikat perkhidmatan kewangan untuk mendapatkan semula lebih AS$713,500 (RM3.35 juta) yang tertunggak dan bayaran lain hasil daripada perjanjian penyewaan semula ruang pejabat di San Francisco.
X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Atlas Exploration di Mahkamah Agung San Francisco pada Khamis dalam satu tuntutan pelanggaran kontrak.
Atlas dan X telah memasuki perjanjian penyewaaan semula bagi ruang di 650 California Street di pusat kewangan San Francisco pada bulan April 2021, menurut tuntutan tersebut.
Aduan tersebut, bagaimanapun, mendakwa Atlas cuba untuk mengakhiri perjanjian itu lebih awal tahun lalu.
X turut mendakwa, Atlas berhutang lebih daripada AS$340,263 (RM1.6 juta) iaitu bayaran sewa dari September hingga November tahun lalu.
Dalam masa sama, X mendakwa, Atlas gagal membayar sebarang bayaran penamatan awal.
Peguam yang telah mewakili Atlas dalam pertikaian ini, Kevin Hill, enggan memberi sebarang ulasan.
Hill berkata dalam surat kepada X pada bulan April bahawa syarikat tersebut meminta sewa untuk beberapa bulan tahun lalu secara tidak adil selepas Atlas sudah membuat pembayaran untuk ruang pejabat baharu mereka.
X telah menghadapi pelbagai tindakan undang-undang berkenaan sewa yang tidak dibayar dan invois lain selepas pembelian akaun media sosial itu oleh Musk bernilai AS$44 bilion (RM191.44 bilion) ketika itu pada Oktober tahun lalu.
Dalam satu kes, pemilik ibu pejabat utama X di 1355 Market Street di San Francisco telah mendakwa X berhubung lebih daripada AS$3.1 (RM14.57 juta) juta sewa yang tidak dibayar.
X sedang mempersoalkan tuntutan tersebut di mahkamah.
Pada bulan Januari pula, Crown Estate Britain, yang menguruskan portfolio harta milik monarki, telah mengemukakan tuntutan terhadap X berkenaan sewa yang tidak dibayar di ibu pejabat London mereka.
Secara berasingan, X menghadapi pelbagai tuntutan pekerja yang mencabar pemutusan, faedah pemutusan dan manfaat lain yang tidak dibayar.
Peguam X, Jonathan Hawk juga tidak mengeluarkan sebarang maklum balas ketika diminta mengulas mengenai hal itu. - Agensi
Agensi
Fri Sep 29 2023

X Corp yang dimiliki oleh bilionair Elon Musk berhadapan dengan satu lagi kes mahkamah, kali ini syarikat berkenaan sebagai plaintif yang membuat tuntutan berhubung sewa yang tidak dibayar. - Gambar fail Twitter ELON MUSK
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

X milik Elon Musk ke mahkamah lagi, kali ini sebagai plaintif
Kali ini mengenai tuntutan sewa ruang pejabat yang tidak dibayar bernilai lebih AS$713,500 (RM3.35 juta).