Won Korea merosot kepada serendah 1,430 won setiap dolar dalam dagangan luar pesisir malam tadi, selepas Yoon membuat pengisytiharan itu dalam siaran langsung mengejut pada lewat malam, dengan menuduh pihak pembangkang menguasai parlimen dan melumpuhkan kerajaan melalui "aktiviti anti-negara."
Ia adalah paras terendah sejak 26 Okt 2022, apabila mata wang tempatan itu jatuh kepada 1,432.4 won semasa dagangan dalam sesi harian.
Dalam dagangan domestik, mata wang tempatan itu didagangkan pada kadar 1,402.9 won berbanding dolar AS pada 3.30 petang, turun 1.6 won berbanding sesi sebelumnya. - BERNAMA