Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Elon Musk telah disaman oleh penyelam gua British, Vernon Unsworth, yang memainkan peranan penting dalam misi menyelamat sekumpulan remaja dan jurulatih yang terperangkap di dalam sebuah gua yang banjir di Thailand.
Musk menggelarkan Unsworth sedemikian selepas penyelam itu mengkritik cadangan penggunaan 'kapal selam' milik Musk untuk membantu usaha menyelamat mangsa yang terperangkap di dalam Gua Tham Luang.
Musk kemudiannya bertindak balas mengeluarkan satu kenyataan dengan memanggil Unsworth seorang pedofil tanpa bukti yang kukuh dan sejurus itu, Unsworth mengancam untuk menyaman Musk atas sebab menfitnahnya
"Saya berharap dia menyaman saya," kata Musk dalam e-mel yang dihantar kepada wartawan Buzzfeed News pada akhir Ogos yang lalu.
Sejurus kenyataan itu dikeluarkan, Unsworth telah mengemukakan saman fitnah terhadap Musk di mahkamah Los Angeles. Unsworth kemudiannya meminta ganti rugi sekurang-kurangnya AS$75,000 (RM310,000) dan berkemungkinan jumlah tersebut akan bertambah.
Pada Julai lalu, jurutera yang bekerja untuk Musk membina sebuah kapal selam kecil yang diharapkan dapat membantu usaha menyelamat. Kapal selam kecil tersebut ternyata tidak diperlukan kerana misi menyelamat itu hampir selesai sebelum Musk boleh menghantar alat tersebut ke Thailand.
Unsworth memberitahu CNN bahawa alat itu 'sama sekali tidak mempunyai peluang untuk beroperasi', walaupun ia tiba tepat pada waktunya. Ini kerana ia terlalu panjang dan sukar untuk memasuki ruang sempit di dalam gua tersebut, katanya.
Musk yang marah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Unsworth, menulis di Twitternya untuk membuktikan bahawa kapal selam itu boleh memasuki gua.
"Maaf lelaki pedo, awak benar-benar memintanya," dia tweet.
Musk meminta maaf untuk tweet tersebut beberapa hari kemudian, tetapi beliau menafikan permintaan maaf tersebut pada minggu berikutnya.
Dalam satu permintaan daripada Buzzfeed untuk mengulas tentang isu tersebut pada awal September, Musk dilaporkan sekali lagi menggunakan perkataan menghina terhadap Unsworth.
Buzzfeed bertindak mendedahkan komen terbaharu Musk terhadap Unsworth itu kerana tidak pernah terikat untuk merahsiakannya.
Dalam e-mel tersebut, Musk berkata: "Saya mencadangkan awak menghubungi orang yang awak kenal di Thailand dan cari apa yang sebenarnya berlaku, serta berhenti untuk menyebelahi 'perogol kanak-kanak' itu."
Musk juga menggunakan kata-kata kesat untuk mengakhiri komennya itu.
Agensi
Tue Sep 18 2018
![Wira gua Tham Luang digelar pedofil, Elon Musk akhirnya terima saman fitnah Wira gua Tham Luang digelar pedofil, Elon Musk akhirnya terima saman fitnah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/41537248476_ElonMusk.jpg)
Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk. - Reuters
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [16 Julai 2024]
[LANGSUNG] Fokus #AWANIpagi 16 Julai 2024 7.30 pagi,
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
1. Perkembangan kes bunuh Nur Farah Kartini
2. Waspada taktik penipuan gunakan teknologi AI, 'deepfake'
3. Pindaan Akta Antilompat Parti perlu dikaji secara teliti
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
1. Perkembangan kes bunuh Nur Farah Kartini
2. Waspada taktik penipuan gunakan teknologi AI, 'deepfake'
3. Pindaan Akta Antilompat Parti perlu dikaji secara teliti
![Penyasaran subsidi bukan untuk menyusahkan rakyat - Rafizi Penyasaran subsidi bukan untuk menyusahkan rakyat - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721091161_subsidi.jpg)
Penyasaran subsidi bukan untuk menyusahkan rakyat - Rafizi
Rafizi mengakui jika penyasaran subsidi tidak dibuat segera kadar unjuran ekonomi negara akan menjadi lebih teruk.
![Usah tertipu tawaran kontrak bekalan makanan di balai bomba Usah tertipu tawaran kontrak bekalan makanan di balai bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721091171_scammer.jpg)
Usah tertipu tawaran kontrak bekalan makanan di balai bomba
JBPM Johor menerima beberapa laporan daripada pengusaha makanan mengenai penipuan tawaran tersebut.
![Kerajaan jimat RM10.5 bilion tenaga kumulatif dalam Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara - PETRA Kerajaan jimat RM10.5 bilion tenaga kumulatif dalam Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara - PETRA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713155982_KementerianPeraliha.jpg)
Kerajaan jimat RM10.5 bilion tenaga kumulatif dalam Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara - PETRA
Sehingga Dis 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang dicapai adalah 5.9 peratus atau 8,667 GWj, bernilai lebih daripada RM2.1 bilion.
![Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721052525_Fujianconvention.jpg)
Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar
Penganjuran Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 akan meningkatkan pemahaman pertukaran budaya dalam kalangan masyarakat Fujian dari luar negara.
![Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721087087_AgendaAWANI.jpg)
Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis
Manimaran berkata, Parlimen perlu dipertanggungjawabkan kerana menggubal undang-undang yang lompang dan lemah untuk dicabar mana-mana pihak.
Jenayah: Suspek dikait penemuan mayat Nur Farah Kartini direman hari ini
Seorang penjawat awam yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25 tahun, akan direman, pada pagi, hari ini.
![Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61635915618_economylaptop.jpg)
Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan
Menurut MOF, defisit fiskal pada 2024 diunjur untuk terus berkurang kepada 4.3 peratus KDNK iaitu RM85.4 bilion.
Negara jimat RM10.5 bilion pelan tindakan kecekapan tenaga
Sehingga kini Negara berjaya melakukan Penjimatan tenaga kumulatif dalam tempoh pelaksanaan Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara (NEEAP) sebanyak 39,382 Gigawatt jam (GWj) bersamaan dengan RM10.5 bilion.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata Sehingga Disember 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang telah dicapai adalah sebanyak 5.9 peratus atau 8,667 GWj yang bernilai lebih daripada RM2.1 bilion.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata Sehingga Disember 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang telah dicapai adalah sebanyak 5.9 peratus atau 8,667 GWj yang bernilai lebih daripada RM2.1 bilion.
Peralihan tenaga, pelaburan hijau tingkat daya saing - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaksanaan peralihan tenaga dan pelaburan hijau yang lebih berkesan, teratur dan sistematik amat perlu bagi mengangkat imej, reputasi dan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan hijau pilihan.
Beliau berkata usaha ke atas pelan tindakan ini berkemampuan meningkatkan kedudukan daya saing negara.
Beliau berkata usaha ke atas pelan tindakan ini berkemampuan meningkatkan kedudukan daya saing negara.
![Suruhanjaya Eropah dapati X milik Elon Musk langgar undang-undang digital EU Suruhanjaya Eropah dapati X milik Elon Musk langgar undang-undang digital EU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718408932_XTwitter.jpg)
Suruhanjaya Eropah dapati X milik Elon Musk langgar undang-undang digital EU
Platform media sosial Elon Musk, X, didapati melanggar undang-undang digital EU kerana menipu pengguna dan kegagalan dalam ketelusan, kata Suruhanjaya Eropah dalam satu penemuan awal.
![Pendapatan X merosot teruk, bakal lancar sistem pembayaran sendiri Pendapatan X merosot teruk, bakal lancar sistem pembayaran sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718408932_XTwitter.jpg)
Pendapatan X merosot teruk, bakal lancar sistem pembayaran sendiri
Pendapatan X dalam enam bulan pertama 2023 ialah $1.48 billion yang bersamaan penyusutan 40 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
![Indonesia sedia haramkan X jika tidak halang kandungan lucah Indonesia sedia haramkan X jika tidak halang kandungan lucah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714708473_tbGENERICPHONE.jpg)
Indonesia sedia haramkan X jika tidak halang kandungan lucah
Menteri berkenaan telah menghantar surat amaran kepada X berkaitan perkara ini.
![Menteri Indonesia ancam tutup X kerana kandungan lucah Menteri Indonesia ancam tutup X kerana kandungan lucah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718408932_XTwitter.jpg)
Menteri Indonesia ancam tutup X kerana kandungan lucah
Kerajaan Indonesia akan menghantar lebih banyak surat amaran sebelum memutuskan kemungkinan penutupan.
![Elon Musk tarik tuntutan saman ke atas OpenAI, Sam Altman Elon Musk tarik tuntutan saman ke atas OpenAI, Sam Altman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710843810_ElonMusk.jpg)
Elon Musk tarik tuntutan saman ke atas OpenAI, Sam Altman
Tiada sebab diberikan mengapa saman ditarik dan pihak Elon Musk belum mengemukakan sebarang kenyataan rasmi mengenainya.
![Elon Musk mahu haramkan penggunaan peranti Apple di syarikat miliknya Elon Musk mahu haramkan penggunaan peranti Apple di syarikat miliknya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713929876_ElonMuskjpg.jpg)
Elon Musk mahu haramkan penggunaan peranti Apple di syarikat miliknya
Pada pandangan Musk, ini akan mendatangkan risiko sekuriti yang serius.
![Elon Musk mungkin tinggalkan Tesla jika tidak dibayar $56 bilion Elon Musk mungkin tinggalkan Tesla jika tidak dibayar $56 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713929876_ElonMuskjpg.jpg)
Elon Musk mungkin tinggalkan Tesla jika tidak dibayar $56 bilion
Robyn Denholm, salah seorang lembaga pengarah berkata, Tesla perlu mengotakan janji jika ingin Elon Musk kekal bersama syarikat.
![Nilai pasaran Nvidia cecah AS$3 trilion Nilai pasaran Nvidia cecah AS$3 trilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717639416_NVIDIA.jpg)
Nilai pasaran Nvidia cecah AS$3 trilion
Nilai pasaran Nvidia melonjak ke paras tertinggi, mencecah $3 trilion pada Rabu.
![Angkasawan bersedia untuk penerbangan pertama Starliner Angkasawan bersedia untuk penerbangan pertama Starliner](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717260956_BoeingsStarliner.jpg)
Angkasawan bersedia untuk penerbangan pertama Starliner
CST-100 Starliner dengan dua orang angkasawan dijangka berlepas pada jam 12:25 tengah hari dari Pusat Angkasa Kennedy NASA di Florida.
![xAI Milik Elon Musk raih suntikan dana pelaburan berjumlah AS$6 bilion xAI Milik Elon Musk raih suntikan dana pelaburan berjumlah AS$6 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689226648_ELONMUSKXAI.jpg)
xAI Milik Elon Musk raih suntikan dana pelaburan berjumlah AS$6 bilion
Ia termasuk daripada Sequoia Capital, Prince Alwaleed Bin Talal and Kingdom Holding, dan beberapa pihak yang lain.