Ringkasan AI
- WhatsApp kini membolehkan pengguna memberikan reaksi emoji dengan hanya mengetik dua kali pada mesej.
- Proses ini lebih mudah berbanding sebelum ini, di mana pengguna perlu mengetik seketika untuk membuka tetingkap emoji.
- Pengguna boleh mengemas kini aplikasi WhatsApp mereka untuk menggunakan ciri baharu ini.
Namun, ia boleh dikatakan agak sukar, dan pengguna perlu mengetik seketika sehingga tetingkap emoji hadir sebelum memilih emoji yang ingin ditekan.
Terbaharu, WhatsApp memudahkan lagi proses berkenaan, dengan hanya perlu mengetik dua kali pada sesuatu mesej sahaja.
Melalui kemas kini terbaharu WhatsApp Messenger, pengguna hanya perlu mengetik dua kali pada sesuatu mesej, dan tetingkap untuk emoji akan hadir sebelum anda memilih.
Secara tidak langsung, proses ini lebih memudahkan pengguna, berbanding perlu mengetik sesuatu mesej untuk seketika.
Kami sendiri telah mencubanya, dan proses baharu ini lebih mudah berbanding sebelumnya.
Bagi anda yang menggunakan WhatsApp, boleh mengemas kini aplikasi anda hari ini, dan menggunakan ciri baharu ini. -Amanz