Bantuan WeMalaysia Amerika Syarikat (AS) kepada pelarian-pelarian Syria di kawasan sekitar Washington dilihat platform menghayati maksud di sebalik sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.
Koordinator WeMalaysia AS Nasnoor Juzaily Mohd Nasiruddin berkata, ia sekali gus aktiviti sokongan kepada program 'Month of Blessings: Here for Refugees' anjuran Persatuan Pelajar Malaysia Washington-DC (MASA DC).
"Kami ingin mengajak semua muslimin muslimat terutamanya pelajar-pelajar Malaysia di bumi AS untuk menghayati maksud di sebalik sambutan Hari Raya Aidilfitri. Aidilfitri merupakan simbol kemenangan selepas kita berjaya melawan lapar dan dahaga serta dalam masa yang sama membentuk diri untuk lebih bersifat sabar, bersemangat dan kekal cergas.
"Dalam kita bergembira meraikan kemengan ini, jangan pula dilupa kepada yang kurang bernasib baik. Program ini telah berjaya mengumpul sumbangan wang tunai hampir RM26,000 (US$6,000) dari pelbagai pihak dan individu bagi membantu pelarian-pelarian Syria di kawasan sekitar Washington.
"Wang sumbangan ini telah digunakan untuk membeli barang-barang keperluan makanan yang dijangka mampu bertahan untuk sebulan kepada lebih 100 keluarga pelarian Syria," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
BACA: Ihya Ramadan WeMalaysia bawa bubur lambuk ke Australia
BACA: Pelajar ejen promosi budaya Malaysia di luar negara - Fiona Kee
Jelasnya, majlis penyerahan sumbangan telah diadakan pada 24 Jun 2017 di Charities Diocese of Arlington, Vienna.
Ketika ditanya mengenai sambutan Hari Raya Aidilfitri di AS, Nasnoor menjelaskan;
"Walaupun berada beribu batu dari tanah air, Hari Raya Aidilfitri masih disambut dengan meriah di AS. Rumah terbuka Kedutaan Besar Malaysia Washington DC menjadi tumpuan apabila lebih 500 warga Malaysia pelbagai agama dan bangsa yang hadir memeriahkan sambutan.
"Inilah keunikan yang ada pada Malaysia, semangat hidup secara harmoni berbilang bangsa masih kuat walau berada di bumi asing.
"Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah bersyukur dan merasa bertuah kerana dapat hidup bersama-sama secara harmoni dan bertoleransi di antara kaum di dalam sebuah negara yang aman dan makmur."
Katanya lagi, kesedaran semangat perpaduan itu hendaklah dikekalkan dan dipegang teguh untuk diwariskan kepada generasi akan datang yang bakal menggalas tangunggjawab memimpin dan memacu kemajuan negara.
"Di kesempatan ini, WeMalaysia AS ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua rakyat Malaysia samada di tanah air atau di perantauan.
"Semoga budaya muhibbah antara kita berkekalan selamanya," ujarnya.
WeMalaysia merupakan sebuah gerakan terbuka yang digerakkan pelajar Malaysia di luar negara.
Sehingga kini, WeMalaysia mempunyai cawangan di Amerika Syarikat (AS), Australia dan United Kingdom (UK).
Astro Awani
Sun Jul 02 2017
![WeMalaysia AS bantu pelarian Syria sempena Aidilfitri WeMalaysia AS bantu pelarian Syria sempena Aidilfitri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/81498952968_WEMALAYSIA.jpg)
Bantuan WeMalaysia AS kepada pelarian Syria di kawasan sekitar Washington dilihat platform menghayati maksud di sebalik Aidilfitri. - Gambar WeMalaysia
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Lima negara, Kesatuan Afrika, PBB komited teruskan rundingan damai Sudan Lima negara, Kesatuan Afrika, PBB komited teruskan rundingan damai Sudan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723696855_TBSUDAN.jpg)
Lima negara, Kesatuan Afrika, PBB komited teruskan rundingan damai Sudan
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Amerika Syarikat (AS), Switzerland, Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kesatuan Afrika dan PBB.
![AS rayu keputusan beri pingat gangsa kepada gimnas Romania AS rayu keputusan beri pingat gangsa kepada gimnas Romania](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723446151_JordanChiles.jpg)
AS rayu keputusan beri pingat gangsa kepada gimnas Romania
Gimnastik AS mengemukakan bukti tambahan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) untuk menyokong kes atlet Jordan Chiles harus mendapat pingat gangsa.
![Lelaki ada hubungan dengan Iran rancang pembunuhan ahli politik di AS Lelaki ada hubungan dengan Iran rancang pembunuhan ahli politik di AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723007965_Handcuff.jpg)
Lelaki ada hubungan dengan Iran rancang pembunuhan ahli politik di AS
Seorang lelaki Pakistan yang dipercayai mempunyai hubungan dengan Iran didakwa atas tuduhan merancang pembunuhan seorang ahli politik atau pegawai kerajaan di Amerika Syarikat (AS).
![Houthi berjaya jatuhkan dron AS di Yaman Houthi berjaya jatuhkan dron AS di Yaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722813178_USMQdrone.jpg)
Houthi berjaya jatuhkan dron AS di Yaman
Pergerakan Houthi di Yaman berjaya menjatuhkan dron AS -MQ-9- di wilayah utara Saada di negara itu pada Ahad.
![Operasi tebang pokok henti kebakaran merebak di California Operasi tebang pokok henti kebakaran merebak di California](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722747878_tbwildfirei.jpg)
Operasi tebang pokok henti kebakaran merebak di California
Anggota bomba menjalankan operasi menebang pokok di sekitar Taman Mill di California dalam usaha menghentikan kebakaran hutan merebak pada Sabtu.
![Menteri Palestin mahu AS desak Israel buka lintasan Rafah Menteri Palestin mahu AS desak Israel buka lintasan Rafah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51717033376_MajedAbuRamadan.jpg)
Menteri Palestin mahu AS desak Israel buka lintasan Rafah
Majed Abu Ramadan berkata tidak ada petunjuk bahawa pihak berkuasa Israel akan berbuat perkara berkenaan dalam masa terdekat.
![Pesawat turun mendadak kurang dari 10 saat - Penumpang SIA Pesawat turun mendadak kurang dari 10 saat - Penumpang SIA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716342889_TBSIADIES.jpg)
Pesawat turun mendadak kurang dari 10 saat - Penumpang SIA
Salah sorang penumpang pesawat penerbangan Singapore Airlines (SIA) yang mengalami keadaan gelora udara (turbulent) kuat, Dzafran Azmir memberitahu kejadian berlaku dengan sangat pantas.
![Microsoft minta pekerja mereka di China untuk berpindah negara Microsoft minta pekerja mereka di China untuk berpindah negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716025950_ChinaUSA.jpg)
Microsoft minta pekerja mereka di China untuk berpindah negara
Antara pilihan yang diberikan termasuk AS, Ireland, Australia, dan New Zealand.
![Mayat lelaki ditemui di sempadan Mexico- AS, cetus ketakutan migran lain Mayat lelaki ditemui di sempadan Mexico- AS, cetus ketakutan migran lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715993230_tbdeathofmigrant.jpg)
Mayat lelaki ditemui di sempadan Mexico- AS, cetus ketakutan migran lain
Pejabat pendakwa raya di utara Mexico menyiasat kematian seorang migran di sebuah lokasi bersempadan dengan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
![Baj langgar jambatan di AS akibatkan tumpahan minyak Baj langgar jambatan di AS akibatkan tumpahan minyak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715840247_barge.jpg)
Baj langgar jambatan di AS akibatkan tumpahan minyak
Sebuah baj melanggar jambatan di Galveston, bandar di Pantai Teluk di negeri Texas Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menyebabkan tumpahan minyak ke teluk dan sebahagian jambatan itu runtuh.