TERGAMAKNYA!

Seorang wanita bertindak tidak berperikemanusiaan apabila melemparkan seekor anak kucing yang berusia lapan bulan milik jirannya ke hadapan pintu jirannya itu, selepas bengang dengan kucing yang sering mendekati kawasan rumahnya.

Tindakan April Hawes yang berusia 38 tahun itu telah mengakibatkan anak kucing yang dinamakan Shadow itu mengalami kecederaan di bahagian tisu lembut.

Perbuatan kejam tersebut telah dibuktikan selepas kamera litar tersembunyi (CCTV) merakam aksi Hawes yang berjalan dari rumah seberang lalu mencampak kucing itu sambal menjerit “saya akan belasah kucing ini!”

Rakaman video turut menunjukkan Hawes menjerit dengan harapan pemilik kucing Kevin Yarham, 33, dan rakannya, Sophie Baker, 26, dapat melihatnya di CCTV.

Menurut laporan portal, The Sun, Kevin bagaimanapun mendakwa bahawa Shadow kucing jagaannya itu bukan sahaja dilempar sekali, malah sebanyak dua kali.

Ekoran itu, Hawes muncul di majistret Raja Lynn, di Norfolk, di mana dia mengaku mengambil kucing itu dan melemparkannya ke rumah jirannya.

Mahkamah mendengar dakwaannya dan mengaku bersalah kerana menyebabkan penderitaan kepada haiwan yang dijaga itu pada 1 Mac.

Sewaktu dalam sesi perbicaraan, Hawes berkata dia tiada niat untuk melakukan perkara tersebut.

Walau bagaimanapun, Kevin menambah bahawa “Shadow memang berhampiran rumahnya. Kucing melakukan apa yang mereka lakukan, mereka adalah haiwan yang merayau dan mereka bebas berkeliaran.

“Saya tiada niat untuk melakukan perkara itu dan saya memang sangat kesal."

Sehubungan dengan itu, majistret menjatuhkan hukumah kepada Hawes dengan melakukan aktiviti kemasyarakatan selama 12 bulan dan perlu melalui proses pemulihan selama 30 hari.

Dia juga diperintahkan membayar £85 (RM397) dalam kos dan surcaj korban £85 (RM397) sekaligus menjadikan ia sebanyak RM794 bayaran denda yang dikenakan.

Walau bagaimanapun tidak berpuas hati dan menganggap hukuman tersebut merupakan satu penghinaan kepada pemilik haiwan dan juga kepada mereka yang mengalami post traumatic stress disorder (PTSD).