KUALA LUMPUR: Keguguran semakin meningkat dalam kalangan wanita hamil di Gaza disebabkan oleh tekanan dan kekurangan makanan, kata ActionAid International.
Menurut pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa itu, doktor di satu-satunya wad bersalin yang masih berfungsi di Gaza mendedahkan bahawa mereka melihat peningkatan kes keguguran.
Ia menyebut bahawa kakitangan di Hospital Al-Awda di Nuseirat, berkata wanita hamil semakin kerap datang ke hospital kerana pendarahan yang banyak dan komplikasi lain.
"Kekurangan makanan dan tekanan akibat bahaya serta perpindahan secara paksa yang berterusan memberi kesan besar kepada wanita hamil," menurutnya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Ketua Obstetrik dan Ginekologi hospital tersebut, Dr. Raed Al Saudi, berkata mereka kini menyambut kelahiran antara 40 hingga 50 bayi setiap hari, walaupun hanya mempunyai 35 katil.
"Keguguran boleh berlaku atas beberapa sebab. Antaranya adalah keletihan wanita hamil akibat perpindahan secara paksa... Malnutrisi adalah antara punca utama.
Sementara itu, Ketua Jabatan 'Inpatient and Maternity' Hospital Al-Awda, Dr Yasmine berkata, kakitangan perubatan melihat banyak kes wanita kehilangan bayi mereka yang belum lahir.
"Ada kalanya terdapat kes pendarahan dan kelahiran pramatang atau keguguran. Ada kemungkinan kes pendarahan selepas bersalin adalah akibat kekurangan sat makanan atau kes anemia.
"Pengeboman menyebabkan penduduk terpaksa berpindah dari rumah ke rumah untuk mengelakkan pengeboman dan kematian. Dengan faktor-faktor ini, mungkin wanita boleh mengalami pendarahan langsung atau mengalami tekanan darah tinggi. Ini boleh menyebabkan pemisahan sepenuhnya janin [Abruption plasenta] dan keguguran. Kami berurusan dengan banyak kes dalam situasi ini.
"Terdapat ramai wanita yang kehilangan (bayi dalam kandungan) akibat pendedahan langsung kepada pengeboman. Seorang wanita hamil dan mengalami kecederaan. Pada hari kedua atau pada hari yang sama, dia mengalami pendarahan. Dia dibawa ke Jabatan Pembedahan. Perkara ini banyak berlaku di sini," katanya.
Dr Yasmine berkata kekurangan makanan yang mencukupi - 95 peratus wanita hamil dan menyusu di Gaza menghadapi 'kemiskinan makanan' yang teruk.
"Kebanyakan kanak-kanak (dilahirkan) dengan berat badan lahir rendah. Kami merujuk ramai kanak-kanak ke Hospital Al-Aqsa Martyrs kerana mereka mengalami kekurangan oksigen atau kesukaran bernafas atau keradangan akibat kekurangan kebersihan atau penyebaran penyakit.
"Pada masa yang sama, wanita itu disebabkan kekurangan zat makanan mengalami anemia. Jadi, dia tidak boleh bersalin atau menanggung tekanan bersalin, kerana dia letih dan lemah," katanya.
Sementara itu, Penyelarasan Advokasi dan Komunikasi di ActionAid Palestine, Riham Jafari, berkata wanita hamil di Gaza bukan sahaja mengalami tekanan dan trauma yang berterusan kerana hidup dalam zon perang, tetapi mereka juga hampir tidak mempunyai apa-apa untuk dimakan.
"Sungguh menyayat hati tetapi tidak mengejutkan bahawa bilangan kes keguguran semakin meningkat, memandangkan keadaan mengerikan yang terpaksa ditanggung oleh wanita hamil di Gaza.
"Apa yang mereka, dan semua orang lain di Gaza, perlukan dengan segera adalah gencatan senjata secara kekal dan segera," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 08 2024

Kekurangan makanan dan tekanan akibat bahaya serta perpindahan secara paksa yang berterusan memberi kesan besar kepada wanita hamil. - Gambar fail/AP

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Tiga termasuk seorang wanita hamil maut, kereta terbabas
Tiga termasuk seorang wanita hamil maut selepas kereta dinaiki terbabas berhampiran IOI Putrajaya.

Kerajaan Australia tanggung subsidi vaksin RSV untuk wanita hamil, bayi
Wanita yang hamil antara 28 hingga 36 minggu layak menerima vaksin percuma mulai Februari.

Ambulans bawa wanita hamil rempuh lembu di Gua Musang
Ambulans itu dalam perjalanan ke Hospital Sultan Sultan Ismail Petra (HSIP) di Kuala Krai ketika kemalangan berlaku pada kira-kira 4 pagi.

Wanita hamil antara 11 individu didakwa tawar pekerjaan tidak wujud
Seorang wanita hamil antara 11 individu didakwa atas pertuduhan menipu dengan menawarkan pekerjaan tidak wujud.

Pesakit mental wanita sarat mengandung maut terjatuh dari bangunan hospital
Seorang wanita sarat mengandung lapan bulan meninggal dunia bersama bayi dalam kandungan selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga Hospital Lahad Datu malam tadi.

Wanita hamil, bayi baru lahir di Gaza berdepan ancaman malnutrisi
Malnutrisi di Gaza menimbulkan bahaya besar kepada wanita hamil dan bayi baru lahir, di tengah-tengah peningkatan kes lahir mati dan kanak-kanak mempunyai berat badan rendah.

Wanita hamil di Gaza hadapi peningkatan kes keguguran akibat tekanan, kekurangan makanan - Laporan
Doktor di satu-satunya wad bersalin yang masih berfungsi di Gaza mendedahkan bahawa mereka melihat peningkatan kes keguguran.

Wanita hamil 5 bulan dicekup khalwat
Menurut PADK, wanita itu bekerja di Kulim manakala suaminya bekerja di Ipoh dan mereka dipercayai baru tujuh bulan berkahwin.

UNRWA bergelut sediakan penjagaan untuk 50,000 wanita hamil di Gaza
Terdapat kira-kira 50,000 wanita hamil di Semenanjung Gaza dengan lebih 180 kelahiran setiap hari.

50,000 wanita hamil di Gaza, 180 kelahiran setiap hari
Doktor dan bidan sedang melakukan segala yang mungkin untuk menyediakan penjagaan wanita hamil selepas bersalin.