TEHRAN: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran mengenai kesan malnutrisi terhadap wanita hamil dan bayi baharu lahir di Gaza yang diserang Israel.
Menurut Agensi Berita Republik Islam (IRNA) yang memetik media Palestin pada Ahad malam, Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) menerusi hantarannya di akaun media sosial X dalam Bahasa Arab bahawa "malnutrisi di Gaza menimbulkan bahaya besar kepada wanita hamil dan bayi baru lahir, di tengah-tengah peningkatan kes lahir mati dan kanak-kanak mempunyai berat badan rendah yang mengalami kekurusan dan pertumbuhan terbantut."
"Kelahiran bayi yang mempunyai berat badan rendah menjadi semakin biasa di Gaza," katanya, sambil menambah bahawa ramai kanak-kanak tidak membesar dengan baik akibat malnutrisi yang dialami oleh wanita hamil dan bayi baru lahir.
Pejabat media kerajaan di Gaza sebelum ini melaporkan bahawa 34 kanak-kanak mati akibat kelaparan, manakala 3,500 kanak-kanak berisiko mati akibat malnutrisi dan kebuluran, lapor IRNA.
Sejak Gaza diserang, rakyat Palestin dan kumpulan bantuan berulang kali mengatakan bahawa rejim Zionis telah menggunakan kebuluran sebagai alat peperangan.
Tentera Israel terus menghalang konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza walaupun penduduk di sana menghadapi ancaman kebuluran.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 22 2024
Malnutrisi di Gaza menimbulkan bahaya besar kepada wanita hamil dan bayi baru lahir, di tengah-tengah peningkatan kes lahir mati dan kanak-kanak mempunyai berat badan rendah yang mengalami kekurusan dan pertumbuhan terbantut. -Gambar fail/Reuters
Koperal polis didakwa minta rasuah RM40,000 berhubung kes dadah
Seorang anggota polis berpangkat koperal tidak mengaku salah selepas didakwa atas tiga pertuduhan meminta dan menerima rasuah.
Rusuhan Bangladesh: Kerajaan gerakkan pelan evakuasi, bawa semua rakyat Malaysia keluar
Kerajaan akan menggerakkan pelan evakuasi bagi membawa semua pelajar, pekerja dan rakyat Malaysia di Bangladesh untuk pulang ke Malaysia.
Malaysia pertimbang sertai OECD, pelihara hubungan baik dengan rakan dagang - Tengku Zafrul
Malaysia sedang mempertimbang untuk menyertai beberapa organisasi antarabangsa lain termasuk Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) sejajar usaha memelihara hubungan baik dengan semua rak
[TERKINI] Sidang media situasi pelajar Malaysia di Bangladesh
Ikuti langsung sidang media Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan susulan rusuhan di beberapa bandar di Bangladesh.
Suspek kes bunuh di hentian bas disambung reman
Reman terhadap suspek kes pembunuhan di kaki lima sebuah perhentian bas, disambung enam hari.
Enam syarikat penerbangan baharu pacu aliran penumpang MAHB naik 40 peratus
Aliran pergerakan antarabangsa di rangkaian lapangan terbang tempatan kendalian Malaysia Airports Group meningkat 40 peratus tahun ke tahun dalam separuh pertama 2024.
Kes Nur Farah Kartini: Unit Forensik jumpa kunci kereta
Kunci itu ditemukan kira-kira jam 11.20 pagi pada jarak 50 meter dari jambatan kecil yang dipercayai menjadi lokasi suspek membuang barangan milik mangsa.
TPM, menteri ucap Selamat Hari Sarawak
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Persekutuan antara yang mengucapkan Selamat Hari Sarawak yang disambut hari ini.
Tiada perbincangan kerjasama UMNO - Pas dalam PRU16 - Asyraf Wajdi
Tidak wujud sebarang perbincangan antara kepimpinan UMNO dan Pas bagi membentuk kerjasama dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.
Kematian Zulfarhan: Keputusan rayuan 18 bekas penuntut UPNM esok
Keputusan itu dijangka diumumkan oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail, Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin pada 9 pagi.
Wanita hamil, bayi baru lahir di Gaza berdepan ancaman malnutrisi
Malnutrisi di Gaza menimbulkan bahaya besar kepada wanita hamil dan bayi baru lahir, di tengah-tengah peningkatan kes lahir mati dan kanak-kanak mempunyai berat badan rendah.
Kepresidenan Palestin tolak rancangan Gaza Washington, tegaskan keabsahan PLO
Kepresidenan Palestin pada Sabtu menegaskan bahawa Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) adalah wakil sah tunggal rakyat Palestin dan memegang hak eksklusif untuk menentukan masa depan mereka.
Penduduk Lubnan protes tanda solidariti terhadap rakyat Gaza
Peserta protes menyifatkan perhimpunan di Sidon pada Jumaat sebagai satu usaha kecil yang boleh dilakukan untuk penduduk Gaza.
'Penting untuk Israel kawal Lintasan Rafah' - Netanyahu
Katanya, tekanan oleh tentera Israel itu dapat memberi tekanan supaya Hamas mempercepat rundingan untuk membebaskan tahanan.
Tentera AS tamatkan misi dermaga terapung untuk bantuan Gaza
Tentera Amerika Syarikat umum penamatan projek dermaga terapung yang ditubuhkan untuk menghantar bantuan ke Semenanjung Gaza.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel sekat bekalan minyak ke Gaza - PBB
Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric berkata bahawa berpuluh-puluh orang awam terbunuh dan yang lain cedera dalam serangan terbaharu Israel ke atas Gaza.
Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB
Beliau berkata tahap pertempuran dan kemusnahan yang melampau di Gaza tidak dapat difahami dan tidak boleh dimaafkan.
UAE hantar 3 tan bekalan perubatan ke Gaza
Ia sebagai reaksi terhadap rayuan daripada sektor kesihatan, termasuk Hospital Nasser di Khan Younis yang menekankan keadaan kekurangan ubat-ubatan.
Pengarah UNRWA di Gaza kongsi kisah mengerikan krisis perubatan
Anderson berkata pasukan UNRWA dari komuniti kemanusiaan melakukan segala yang mungkin untuk meningkatkan kapasiti perubatan di Gaza.