Salah seorang mangsa kemalangan permainan ngeri roller-coaster di Taman Tema Alton Towers, England terpaksa dipotong kakinya hari ini, lapor Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan, (NHS) negara itu.
Memetik laporan Metro.UK, Leah Washington merupakan salah seorang daripada empat mangsa yang mengalami kecderaan parah apabila enjin rolle-rcoaster yang sedang dinaikinya mengalami kerosakan pada Selasa minggu lepas.
Difahamkan, Lea telah berkunjung ke taman tema permainan tersebut bersama rakannya, Joe Pugh sebelum ditimpa kemalangan itu.
Bagaimanapun, Alton Towers dibuka semula hari ini untuk kunjungan orang ramai tetapi permainan roller coaster 'The Smiler' ditutup buat sementara berikutan siasatan masih dijalankan.
Menurut jurucakap taman tema permainan itu, mereka agak sedih dan terkejut dengan berita tersebut, sambil menambah bahawa mereka akan memberi sokongan penuh kepada semua mangsa yang terlibat.
Difahamkan, 16 orang terperangkap selama lebih empat jam sementara menunggu pasukan penyelamat untuk mengeluarkan mereka daripada permainan rollercoaster tersebut.
Ketua Eksekutif Merlin Entertainments, Nick Varney berkata kejadian itu merupakan satu kemalangan yang mengerikan buat semua mangsa yang terlibat.
Nick turut mengatakan pihaknya akan sentiasa memberi sokongan moral kepada mangsa yang tercedera dan keluarga mereka.
Dalam perkembangan sama, para netizen turut sampaikan sokongan dan doa buah Leah Washington dan mangsa - mangsa yang lain.
Mangsa nahas rolle- coaster di Alton Towers dilapor akan menerima wang pampasan selepas pemilik taman tema itu berkata mereka akan bertanggungjawab sepenuhnya atas kejadian tragis itu.
Kohilah Sekaran
Tue Jun 09 2015

Salah seorang mangsa kemalangan permainan roller coaster di Alton Towers, England telah mengalami amputasi kaki hari ini, lapor NHS. - Gambar Facebook
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Wanita cantik kudung kaki susulan nahas roller-coaster
Salah seorang mangsa kemalangan permainan roller coaster di Alton Towers, England telah mengalami amputasi kaki hari ini, lapor NHS.