Tindakan Australia itu yang turut melibatkan dua warga Australia, Andrew Chan dan Myuran Sukumaran telah menyebabkan Canberra menarik semula dutanya.
Pihak berkuasa Indonesia telah menjalankan hukuman tembak mati ke atas tujuh warga asing dan seorang rakyat Indonesia pada 1700 GMT Selasa di penjara kawalan paling ketat itu.
Sekurang-kurangnya lima ambulans kelihatan di Port City Cilacap, dipercayai membawa mayat banduan itu.
Ambulans tiba di Pelabuhan Wijaya Pura lebih daripada empat jam selepas hukuman dilaporkan.
Kenderaan itu didakwa telah berada di lokasi penjara, iaitu Pulau Nusakambangan sejak Selasa.
Kesemua banduan itu telah diberi notis 72 jam pada hujung minggu lalu mengenai hukuman yang akan dilaksanakan oleh skuad menembak.
Pada masa yang sama, hukuman terhadap seorang lagi banduan Filipina, Mary Jane Veloso, ditangguhkan selepas seorang wanita yang mengaku merekrutnya menjadi keldai dadah, menyerah diri kepada pihak berkuasa.
(Ambulans yang membawa mayat banduan warga asing yang dihukum tembak mati atas kesalahan dadah - AFP)