HANOI: Vietnam setakat ini telah menarik 3,500 projek pelaburan langsung asing (FDI) dalam industri pakaian dan tekstil dengan nilai keseluruhan AS$37 bilion, lapor Xinhua yang memetik laporan Agensi Berita Vietnam pada Selasa yang memetik Persatuan Tekstil dan Pakaian Vietnam.

FDI itu menyumbang 65 peratus daripada jumlah keseluruhan perolehan eksport sektor berkenaan, menurut laporan tersebut.

Menurut persatuan itu, banyak syarikat besar FDI melabur dalam membina kilang pakaian dan tekstil moden di Vietnam.

Pakar berkata pembinaan piawaian teknikal dan undang-undang berkaitan penjimatan tenaga dan perlindungan alam sekitar harus diberi pertimbangan yang teliti. Ini akan meletakkan asas yang kukuh untuk pertumbuhan mampan industri itu.

Industri pakaian dan tekstil Vietnam menyasarkan nilai eksport AS$44 bilion pada tahun ini.

-- BERNAMA