BANGKOK: Kelibat wanita dipercayai warga Malaysia yang dilaporkan hilang di daerah Mae Sai di wilayah Chiang Rai dilihat muncul dalam tiga video, membuktikan dia berada dalam keadaan yang 'selamat dan sihat'.
Wanita yang dipercayai Chong Sum Yee, seorang pakar kecantikan berusia 22 tahun, kali terakhir dilaporkan dilihat di Mae Sai, kelihatan tersenyum di dalam video berkenaan.
Media melaporkan Chong berlepas ke Chiang Mai pada 29 Mei dan mengembara ke Mae Sai yang terletak di utara Thailand, berhampiran bandar Tachilek di Myanmar, lokasi insiden pemerdagangan orang dilaporkan sebelum ini.
Video itu dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook bernama 'Moe Aye' di ruangan komen catatan ibu Chong, Chee Choy Wen. Kesemua video itu dipercayai dirakam dari telefon bimbit lain.
Dalam dua video itu, wanita berambut panjang itu berulang kali menyatakan "dia selamat dan sihat". Wanita itu turut merayu polis supaya berhenti mengganggu pemandu yang menghantarnya ke sana kerana pemandu itu langsung tidak tahu-menahu mengenai keadaannya.
Dalam video berdurasi 23 saat, wanita yang memakai baju berwarna gelap itu berkata "Hello. Saya sedang bekerja di sini dan saya selamat. Jangan risau tentang saya."
Menerusi satu lagi video berdurasi 33 saat, wanita itu mengulangi dia baik-baik saja, sihat dan tidak dipukul.
"Rakan-rakan, ahli keluarga dan netizen, tidak perlu risau.... Bye, bye. Saya nak makan sekarang," katanya.
Dalam video lain, wanita itu berdiri di kaunter barangan dan membuat isyarat 'peace".
Video berkenaan mencetuskan perdebatan dan keraguan dalam kalangan netizen.
Menurut Netizen, raut wajah Chong seolah-olah tidak menggambarkan situasi sebenar dan dipercayai beliau dipaksa merakam video itu.
Netizen turut mempersoalkan mengapa Chong tidak terus menghubungi ibunya, sebaliknya menghantar video melalui orang yang tidak dikenali di Facebook.
Terdahulu, polis Thailand berkata siasatan awal mendapati Chong telah menyeberang sempadan ke Tachilek, Myanmar sejak 30 Mei.
Sementara itu, ibu Chong, Chee Choy Wen tiba di Mae Sai hari ini.
Beliau diiringi penterjemah, Choy Wen, dan bertemu pihak polis untuk memberikan maklumat serta dokumen dengan harapan anaknya berjaya ditemukan.
Sementara itu, media tempatan melaporkan, Choy Wen menerima mesej di aplikasi Line mengatakan "Ibu, jangan risau."
Beliau yang kini menginap di sebuah hotel di Mae Sai, mengesyaki mesej itu ditulis oleh orang lain bagi pihak anak perempuannya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 07 2023

Wanita yang dipercayai Chong Sum Yee, seorang pakar kecantikan berusia 22 tahun, kali terakhir dilaporkan dilihat di Mae Sai, kelihatan tersenyum di dalam video berkenaan. - Gambar fail/media sosial/Sinar Harian

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Video wanita Malaysia hilang di Thailand mengatakan dia selamat dan sihat
Kelibat wanita dipercayai warga Malaysia yang dilaporkan hilang di daerah Mae Sai di wilayah Chiang Rai dilihat muncul dalam tiga video, membuktikan dia berada dalam keadaan yang 'selamat dan sihat'.

Polis Thailand bantu kesan wanita Malaysia hilang - PDRM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang bekerjasama dengan Polis Thailand bagi mengesan rakyat Malaysia, Chong Sum Yee, 22, yang hilang di Chiang Mai, Thailand sejak 1 Jun lepas.