Pengeluar vaksin COVID-19 Pfizer-BioNtech yakin bahawa vaksin yang dihasilkannya berkesan untuk melawan varian dari India.

Jelas pengasas bersama BioNtech, Ugur Sahin, pihaknya sedang menguji varian India itu di mana vaksin Pfizer berfungsi melawannya.

Tambahnya, vaksin Pfizer dibangunkan dengan teliti untuk menjadi benteng pertahanan dan sentiasa akan mengkaji untuk menguatkan lagi tahap pertahanan itu.

India menghadapi lonjakan kes dan kadar kematian baharu ketika ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa varian B1617 COVID-19 yang pertama kali dikesan di India kini dilaporkan di 17 buah negara.

Namun kini WHO masih lagi belum mengesahkan sama ada virus itu mudah menular dan beri kesan lebih teruk.

Vaksin Pfizer merupakan yang pertama mendapat kelulusan di negara barat dan sejak itu ia digunakan di berpuluh negara seluruh dunia.

Tambah Sahin, China berkemungkinan akan bersetuju meluluskan penggunaan vaksin berkenaan menjelang Julai.