NEW YORK: Duta Khas Petubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Asia Barat memaklumkan usaha diplomasi kini dilaksanakan, untuk menamatkan konflik tujuh bulan antara Israel-Hamas di Gaza.

Menurut Tor Wennesland, diplomasi itu diharap dapat membantu mengurangkan konflik daripada merebak lebih luas.

“Apabila menyentuh mengenai dinamik serantau, saya boleh katakan wujud diplomasi serantau, yang mungkin boleh mengelak konflik merebak, dan ia melibatkan banyak individu.

“Negara-negara utama terlibat dan saya juga terlibat dalam usaha ini. Jika tiada diplomasi di rantau ini, kita mungkin melihat dinamik yang berbeza, “jelasnya.

Wennesland memberitahu Majlis Keselamatan PBB, ada keperluan untuk bersetuju kepada beberapa pendekatan lebih luas, untuk merealisasikan penyelesaian dua negara.