KUALA LUMPUR: Ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 yang dijadualkan pada jam 9.30 malam ini dijangka memberi impak positif kepada negara.
Menurut Penganalisis Dasar Politik, Ekonomi dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib, pelbagai isu menjadi inti pati antaranya usaha Malaysia dalam menangani krisis iklim serta situasi ekonomi dunia ketika ini.
"Kita lihat pembangunan Malaysia dari tahun 1957 sampai sekarang, kita berjaya menzahirkan satu jenama yang cukup kuat di persada antarabangsa melalui penglibatan aktif kita dalam pelbagai pertubuhan.
"UNGA ini adalah merupakan satu platform di mana pemimpin yang dipilih mewakili sesebuah negara itu membawa isu-isu yang penting untuk perhatian pemimpin-pemimpin dunia," katanya.
Mengulas lanjut ujar Md Shukri, beliau yakin ketokohan dan personaliti Perdana Menteri akan memberi impak kepada 193 negara ahli UNGA.
"Kalau kita tengok keperibadian PM itu, pidato menjadi sebahagian personaliti diri beliau sebagai pemimpin politik dan Perdana Menteri.
"Dalam hal ini yang paling utama perlu dibawa, kesungguhan dan manifestasi idea supaya bakat berpidato dan berucap itu dapat membawa satu impak besar kepada negara dan boleh membawa Malaysia ke depan.
" Ia boleh membawa aspirasi yang baharu, boleh dilihat dan ditonton masyarakat dan pemimpin antarabangsa," katanya lagi.
Anwar dijadual menyampaikan Kenyataan Negara di UNGA ke-78 pada pukul 9.30 malam ini dan boleh disaksikan secara langsung melalui saluran media tempatan dan Facebook.
Beliau yang juga Menteri Kewangan dilapor berkata, antara inti pati yang akan disuarakan Malaysia ialah mengenai usaha negara dalam menangani krisis iklim untuk mencapai Agenda 2030.
Mengikut giliran debat umum sesi pagi yang dijadual bermula pukul 9 pagi waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia), Malaysia berada di giliran keempat daripada 16 negara.
Debat umum tersebut akan bermula dengan Republik Macedonia Utara, Israel, Mauritius, disusuli Malaysia sebelum Malta, Belanda, Pakistan dan Barbados.
Lapan lagi negara ialah Thailand, Andorra, Saint Lucia, Fiji, Luxembourg, Bangladesh, Iraq serta Antigua and Barbuda.
Ini adalah kemunculan pertama Anwar sebagai Perdana Menteri pada perhimpunan tahunan tersebut.
Tema perbahasan umum tahun ini ialah 'Membina semula kepercayaan dan menghidupkan semula perpaduan global: Mempercepatkan tindakan Agenda 2030 dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) ke arah keamanan, kemakmuran, kemajuan dan kemampanan untuk semua.
Fareez Azman
Fri Sep 22 2023

Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual akan menyampaikan Kenyataan Negara di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 pada pukul 9.30 malam ini. - Gambar/ BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

UNGA luluskan resolusi bagi rakyat palestin tentukan nasib sendiri dengan majoriti besar
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada Selasa meluluskan resolusi yang mengiktiraf hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri dengan majoriti besar.

Malaysia kecam tindakan Israel, gesa campur tangan PBB dalam krisis Gaza
431 hari telah berlalu sejak serangan bermula, mengakibatkan lebih 44,000 kematian, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

UNGA 79: Malaysia gesa PBB aktifkan semula Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Apartheid
Malaysia mengulangi gesaannya bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengaktifkan semula Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Apartheid.

UNGA 79: Delegasi Malaysia tinggalkan dewan, saat kemunculan Netanyahu
Kesemua negara yang menyatakan sokongan kepada Resolusi Palestin yang berpandukan keputusan ICJ dan UNSC, turut melakukan tindakan sama.

Malaysia gesa PBB ambil tindakan segera tangani isu Palestin, Myanmar
Beliau turut menyatakan kebimbangan mendalam Malaysia terhadap konflik yang berterusan dan pencabulan hak asasi manusia di Palestin dan Myanmar.

Delegasi Turkiye dan lain-lain keluar Perhimpunan Agung PBB, protes PM Israel
Delegasi yang diketuai oleh wakil tetap Turkiye ke PBB, Duta Ahmet Yildiz, meninggalkan dewan sebelum Netanyahu memulakan ucapannya.

'Saya hairan tindakan 14 negara menentang Resolusi Palestin' - Mohamad
Mohamad menyifatkan tindakan tersebut sebagai sesuatu yang tidak wajar di saat dunia sedang berusaha mencari penyelesaian.

Presiden Turkiye kecam kehadiran Perdana Menteri Israel di PBB
Recep Tayyip Erdogan menyifatkan kehadiran Benjamin Netanyahu sebagai 'memalukan'.

Ancaman rentas sempadan, tindakan kolektif dunia diperlukan tangani isu Myanmar – Mohamad Hasan
Tindakan secara kolektif melalui pendekatan ASEAN adalah penting untuk menangani isu Myanmar, khususnya berkaitan dengan krisis kemanusiaan dan kezaliman terhadap umat Islam.

UNGA 79: Malaysia gesa hadkan kuasa veto UNSC, tuntut pelaksanaan resolusi Palestin
Kuasa veto tidak seharusnya digunakan untuk menghalang resolusi yang bertujuan menegakkan undang-undang antarabangsa dan melindungi orang awam yang tidak bersalah.