EMIRIAH Arab Bersatu (UAE) pada Ahad melancarkan satu pelan utama untuk merangsang ekonomi negara itu dan melonggarkan peraturan tempat tinggal (residensi) yang ketat untuk golongan ekspatriat.
Langkah diambil ketika negara teluk itu berusaha memperbaiki kedudukan kewangannya dan menarik kedatangan warga luar dan pelaburan asing.
Sempena ulang tahun ke-50 negara itu, UAE kini berusaha mempercepatkan pembaharuan ekonomi dan sosialnya untuk menjenamakan semula masa depannya pasca wabak COVID-19.
Antara lain, UAE mengumumkan visa baharu yang membolehkan warga asing bekerja di negara itu tanpa ditaja majikan.
Warga asing di UAE, negara yang kaya dengan hasil minyak, biasanya diberi visa terhad yang berkaitan dengan pekerjaan mereka.
Status residensi jangka panjang juga sukar untuk diperoleh.
Namun, kini mereka yang memegang ‘visa hijau’ baharu boleh bekerja tanpa penajaan syarikat dan bawa bersama ibu bapa mereka serta anak-anak yang berusia 25 tahun ke bawah.
Bercakap pada sidang media di Dubai pada Ahad, Menteri Perdagangan Luar Negara Thani Ahmed al-Zeyoudi berkata, visa tersebut menyasarkan individu berkemahiran tinggi, termasuk pelabur, ahli perniagaan, pelajar serta lepasan universiti.
"Kami mengumumkan 'visa hijau', yang merupakan satu sistem residensi baru, yang memisahkan antara permit tempat tinggal dan permit kerja.
"Ia menjadikan tempat tinggal itu ke atas pekerja, dan bukan syarikat.
"Residensi ini akan merangkumi beberapa faedah baru yang berbeza dari residensi biasa, seperti kebenaran ke atas pemegang visa hijau untuk menaja anak-anak mereka sehingga berusia 25 tahun, dan juga menanggung ibu bapa mereka," katanya.
Negara teluk yang kaya sumber asli seperti UAE semakin berusaha untuk mempelbagaikan ekonomi mereka dan mengurangkan pergantungan kepada minyak.
Pandemik COVID-19 juga mempengaruhi pelancongan dan perniagaan di UAE, yang menyaksikan ekonominya merosot dalam beberapa tahun terakhir kerana harga minyak rendah.
Pada 2019, UAE melancarkan 'visa emas' 10 tahun untuk menarik individu kaya dan pekerja berkemahiran tinggi, skim pertama seumpamanya di negara teluk.
Program serupa turut dilancarkan di negara teluk lain yang kaya dengan sumber asli seperti Arab Saudi dan Qatar.
Astro Awani
Mon Sep 06 2021
![UAE umum visa baharu bolehkan warga asing bekerja tanpa ditaja majikan UAE umum visa baharu bolehkan warga asing bekerja tanpa ditaja majikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41630890556_AbdullabinTouq.jpg)
Menteri Ekonomi UAE Abdulla Touq al-Marri bercakap pada satu majlis mengumumkan program ekonomi baharu di Dubai, UAE, 5 Sept, 2021. (Foto AP)
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![85 pesakit dari Gaza dipindahkan ke UAE untuk terima rawatan 85 pesakit dari Gaza dipindahkan ke UAE untuk terima rawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722393968_evacuated.jpg)
85 pesakit dari Gaza dipindahkan ke UAE untuk terima rawatan
Pemindahan pesakit itu menandakan operasi terbesar seumpamanya sejak Oktober 2023.
![Kapal bantuan keempat UAE untuk Gaza tiba di pelabuhan Al Arish Kapal bantuan keempat UAE untuk Gaza tiba di pelabuhan Al Arish](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722133498_tbaidforGaza.jpg)
Kapal bantuan keempat UAE untuk Gaza tiba di pelabuhan Al Arish
Kapal bantuan keempat UAE untuk Gaza tiba di pelabuhan Arish sebagai persediaan untuk memasukkan kargonya ke Semenanjung Gaza.
![Peguam Negara UAE arah siasatan terhadap warga Bangladesh ditahan kerana merusuh Peguam Negara UAE arah siasatan terhadap warga Bangladesh ditahan kerana merusuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721512194_UAEPublicProsecuti.jpg)
Peguam Negara UAE arah siasatan terhadap warga Bangladesh ditahan kerana merusuh
Pasukan pendakwaan UAE telah mula menyiasat terhadap suspek yang ditahan.
![Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660792602_jokowi.jpg)
Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama
Presiden Jokowi dijadual bertemu rakan sejawatannya dari UAE pada 17 Julai.
![UAE hantar 3 tan bekalan perubatan ke Gaza UAE hantar 3 tan bekalan perubatan ke Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721032513_TBUAEGAZA.jpg)
UAE hantar 3 tan bekalan perubatan ke Gaza
Ia sebagai reaksi terhadap rayuan daripada sektor kesihatan, termasuk Hospital Nasser di Khan Younis yang menekankan keadaan kekurangan ubat-ubatan.
![UAE antara destinasi pelancongan terkemuka, kata Mastercard UAE antara destinasi pelancongan terkemuka, kata Mastercard](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707713302_dubaigeneric.jpg)
UAE antara destinasi pelancongan terkemuka, kata Mastercard
Emiriah Arab Bersatu (UAE) menduduki tempat kesembilan antara destinasi yang paling sohor kini di dunia sepanjang 12 bulan lepas.
![Malaysia perlu contohi kecekapan Negara-Negara Teluk mudahkan perniagaan - Penganalisis Malaysia perlu contohi kecekapan Negara-Negara Teluk mudahkan perniagaan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51633161967_TBZOKHRIjpg.jpg)
Malaysia perlu contohi kecekapan Negara-Negara Teluk mudahkan perniagaan - Penganalisis
Malaysia perlu mencontohi amalan terbaik Negara-Negara Teluk dalam memudahkan urusan menjalankan perniagaan.
![Malaysia, UAE memuktamadkan CEPA tahun ini - MITI Malaysia, UAE memuktamadkan CEPA tahun ini - MITI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716980836_Zafrul.jpg)
Malaysia, UAE memuktamadkan CEPA tahun ini - MITI
Malaysia dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) telah mengesahkan komitmen mereka untuk menandatangani Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif (CEPA) menjelang tahun ini.
![Masdar UAE berminat melabur dalam industri tenaga hijau Sarawak - Abang Johari Masdar UAE berminat melabur dalam industri tenaga hijau Sarawak - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715773497_tbAbangJohariTun.jpg)
Masdar UAE berminat melabur dalam industri tenaga hijau Sarawak - Abang Johari
Syarikat tenaga bersih di UAE, Abu Dhabi Future Energy Company PJSC-Masdar (Masdar) berminat untuk melabur dalam industri tenaga hijau khususnya solar di Sarawak.
![Rusia, Ukraine saling bertukar tawanan perang Rusia, Ukraine saling bertukar tawanan perang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51648356009_benderaukraineru.jpg)
Rusia, Ukraine saling bertukar tawanan perang
75 anggota tentera Rusia telah ditukar dengan 75 anggota tentera Ukraine, yang telah dipindah ke Kyiv selepas usaha UAE selaku pengantara.