ABU DHABI: Peguam Negara Emiriah Arab Bersatu (UAE), Dr Hamad Saif Al Shamsi telah mengarahkan siasatan segera terhadap warga Bangladesh yang ditahan kerana berkumpul dan menghasut rusuhan di beberapa jalan di UAE pada Jumaat.
Agensi Berita Emirates (WAM) melaporkan bahawa pasukan pendakwaan telah mula menyiasat terhadap suspek yang ditahan.
Siasatan yang dijalankan di bawah penyeliaan langsung Peguam Negara UAE mendedahkan bahawa suspek melakukan jenayah berkumpul di tempat awam dan membantah kerajaan negara asal mereka dengan niat untuk menghasut kekacauan, menghalang penguatkuasaan undang-undang dan peraturan serta mengganggu kepentingan individu.
Suspek didapati telah menyebabkan kecederaan dan bahaya kepada orang lain, melanggar hak mereka, mengganggu lalu lintas serta merosakkan harta awam dan persendirian.
Mereka juga dengan sengaja mengganggu pengangkutan, menyeru dan menghasut demonstrasi serta merakam dan menyebarkan rakaman audio visual perbuatan berkenaan dalam talian. Tindakan itu merupakan kesalahan terhadap keselamatan negara dan ketenteraman awam, membahayakan kepentingan UAE.
Berdasarkan keputusan siasatan awal, pasukan pendakwaan telah mengarahkan penahanan praperbicaraan mereka sementara menunggu siasatan lanjut.
Selain itu, Peguam Negara telah mengarahkan supaya suspek dirujuk untuk perbicaraan yang dipercepatkan.
Al Shamsi menggesa orang ramai di negara ini untuk mematuhi undang-undangnya dan tidak terlibat dalam merancang serta melaksanakan aktiviti sedemikian kerana ia merupakan jenayah berat dengan impak yang besar terhadap masyarakat, dengan hukuman berat bagi pelaku.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 20 2024
Peguam Negara UAE telah mengarahkan supaya suspek warga Bangladesh yang ditahan kerana berkumpul dan menghasut rusuhan dirujuk untuk perbicaraan yang dipercepatkan. - Foto Federal Public Prosecution UAE
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Disember 2024]
Fokus Awani Pagi Bersama Syazwani Saiful Sham & Farhan Hakimi
1. PDRM laksana Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
2. Koc wanita diperluas ke LRT Ampang/Sri Petaling mulai 31 Dis - Rapid Rail
3. Pensyarah UM terpalit dakwaan hantar mesej jelik seksual telah ditahan kerja
1. PDRM laksana Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
2. Koc wanita diperluas ke LRT Ampang/Sri Petaling mulai 31 Dis - Rapid Rail
3. Pensyarah UM terpalit dakwaan hantar mesej jelik seksual telah ditahan kerja
#AWANIRingkas 24 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Disember 2024
1️⃣ 7 maut, 33 yang lain cedera
2️⃣ Penipuan melibatkan MyPR di Facebook
3️⃣ Pendedahan tingkatkan ketegangan Iran-Israel
#awaniringkas
1️⃣ 7 maut, 33 yang lain cedera
2️⃣ Penipuan melibatkan MyPR di Facebook
3️⃣ Pendedahan tingkatkan ketegangan Iran-Israel
#awaniringkas
Bangladesh minta ekstradisi Sheikh Hasina dari India
Pihaknya menghantar nota rasmi kepada kerajaan India mengatakan bahawa kerajaan Bangladesh mahu Hasina kembali untuk proses kehakiman.
Bumitra, TH anjur Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan pada 3-5 Jan 2025
Karnival bakal berlangsung di Movenpick Hotel Convention Centre KLIA di Sepang, Selangor, dengan menyasarkan kehadiran 20,000 pengunjung.
Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan
Hanif berkata pengoperasian pusat penyelarasan itu tertangguh kerana menunggu pemeteraian perjanjian oleh Thailand, Vietnam dan Filipina.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Kolonel Nadav Shoshani menyebut, terdapat begitu banyak senjata tersebut yang berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.
Rundingan bebaskan tebusan capai kemajuan - Netanyahu
Netanyahu mendakwa tekanan ketenteraan kini menyebabkan kumpulan Hamas semakin berlembut dalam hal tuntutan mereka.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
UAE nyatakan solidariti dengan mangsa banjir di Malaysia - Duta
UAE telah menyatakan solidariti kepada Malaysia ketika banjir yang melanda beberapa negeri mengakibatkan kematian.
Pembunuh rabai di UAE akan diburu - Netanyahu
Pegawai Kementerian Luar Israel turut menasihatkan rakyat Israel dan komuniti Yahudi di UAE agar sentiasa berwaspada.
Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.
Malaysia-UAE kukuhkan komitmen hubungan dua hala
Antara yang turut dibincang adalah potensi kerjasama dalam sektor logistik dan pengurusan pelabuhan khususnya dalam penggunaan teknologi AI.
NADMA jalin kerjasama dengan NCEMA UAE - TPM Ahmad Zahid
pengalaman emiriah arab bersatu (uae) dalam menangani cabaran bencana dan krisis agak kompleks berbanding bencana yang kerap berlaku di malaysia seperti banjir, tanah runtuh dan jerebu akibat kemarau
TPM Zahid tiba di Abu Dhabi, lawatan rasmi pertama ke UAE
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selamat tiba di Abu Dhabi, bagi memulakan kerja ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).
TPM Ahmad Zahid lakukan lawatan rasmi ke UAE bermula 13 Nov
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan lawatan rasmi ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 13 hingga 19 November ini.
190 tawanan dibebas susulan usaha perantaraan kesembilan UAE
Pertukaran tawanan baharu antara Rusia dan Ukraine menyaksikan pembebasan seramai 190 tawanan, menjadikan jumlah keseluruhan pertukaran menerusi usaha Emiriah Arab Bersatu (UAE) kepada 2,184 orang.
UAE hantar tiga lagi pesawat bersama 120 tan bantuan untuk Lubnan
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.
Malaysia dijangka meterai FTA dengan UAE akhir tahun ini - Tengku Zafrul
Malaysia dijangka menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada akhir tahun ini.