Turkiye: Lelaki ditahan selepas tembak pemilik restoran, jadikan pelanggan tebusan
Seorang lelaki bersenjata yang tidak dikenali telah ditahan selepas menembak seorang pemilik restoran dan menjadikan beberapa pelanggan sebagai tebusan pada Isnin di barat laut Turkiye.
Bernama
Mon Feb 24 2025
Seorang lelaki bersenjata yang tidak dikenali telah ditahan selepas menembak seorang pemilik restoran dan menjadikan beberapa pelanggan sebagai tebusan pada Isnin di barat laut Turkiye. - Foto hiasan
ISTANBUL: Seorang lelaki bersenjata yang tidak dikenali telah ditahan selepas menembak seorang pemilik restoran dan menjadikan beberapa pelanggan sebagai tebusan pada Isnin di barat laut Turkiye, lapor Xinhua memetik media tempatan NTV.
Kejadian berlaku kira-kira 12.30 tengah hari waktu tempatan (0930 GMT) di sebuah restoran di kawasan perumahan Osmangazi, daerah Gebze, wilayah Kocaeli, lapor NTV.
Pemilik restoran itu dilaporkan cedera parah dan dikejarkan ke hospital.
Susulan serangan itu, polis dan unit operasi khas segera mengepung kawasan sekitar restoran, sebelum suspek berjaya diberkas. Motif serangan itu masih belum diketahui.