ANKARA: Pihak Berkuasa Persaingan Turkiye memutuskan untuk mengenakan denda harian melebihi AS$160,000 ke atas Meta kerana gagal mematuhi kewajipan pertukaran data, lapor Sputnik pada Rabu.
Pihak berkuasa telah mengeluarkan injunksi interim yang memerintahkan Meta berhenti menggunakan data pengguna WhatsApp dalam perkhidmatan Meta lain di Turkiye dan untuk memaklumkan kepada semua pengguna tentang perkara itu.
Selain itu, pihak berkuasa telah meminta syarikat itu untuk mencadangkan penyelesaian baharu bagi menangani kebimbangan mereka menjelang 11 Dis 2023 tetapi tiada sebarang penyelesaian diberikan sehingga kini.
Sehubungan itu, pihak berkuasa memutuskan untuk mengenakan denda 4,796,152 lira (lebih AS$160,000) ke atas pendapatan kasar syarikat pada 2022 untuk setiap hari mulai 12 Dis 2023 sehingga penyelesaian pematuhan diserahkan, menurut laporan itu.
Sehingga kini, denda telah melebihi 140 juta lira (lebih AS$4.6 juta) dan akan terus meningkat setiap hari.
Pada awal Disember 2023, pihak berkuasa melancarkan siasatan terhadap Meta selepas syarikat itu memutuskan untuk menggabungkan akaun pengguna di Instagram (dimiliki oleh Meta) dan Threads.
Hasil siasatan mendapati bahawa tindakan syarikat itu melanggar undang-undang perlindungan persaingan Turkiye.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 11 2024
![Turkiye kenakan denda AS$160,000 ke atas Meta Turkiye kenakan denda AS$160,000 ke atas Meta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61688442231_TBmeta.jpg)
Pihak berkuasa telah mengeluarkan injunksi interim yang memerintahkan Meta berhenti menggunakan data pengguna WhatsApp dalam perkhidmatan Meta lain di Turkiye. - Foto Reuters
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
![Mengimbas kembali cubaan rampasan kuasa khianat 2016 di Turkiye Mengimbas kembali cubaan rampasan kuasa khianat 2016 di Turkiye](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721038261_Turkey.jpg)
Mengimbas kembali cubaan rampasan kuasa khianat 2016 di Turkiye
Banyak institusi dan organisasi negara, terutama Majlis Agung Kebangsaan Turkiye, Kompleks Presiden dan Direktorat Polis Wilayah Ankara, dibom.
![Turkiye tidak luluskan kerjasama dengan Israel dalam NATO - Erdogan Turkiye tidak luluskan kerjasama dengan Israel dalam NATO - Erdogan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714719117_TayyipErdogan.jpg)
Turkiye tidak luluskan kerjasama dengan Israel dalam NATO - Erdogan
Cubaan untuk bekerjasama dengan Israel dalam NATO adalah tidak boleh diterima, kata Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.
![EURO 2024: Belanda bangkit benam Turkiye untuk ke separuh akhir EURO 2024: Belanda bangkit benam Turkiye untuk ke separuh akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720307382_VirgilvanDijk.jpg)
EURO 2024: Belanda bangkit benam Turkiye untuk ke separuh akhir
Belanda akan berdepan cabaran skuad The Three Lions dalam saingan peringkat separuh akhir saingan EURO 2024 minggu depan.
![EURO 2024: Dua gol Merih Demiral pacu Turkiye ke suku akhir tewaskan Austria EURO 2024: Dua gol Merih Demiral pacu Turkiye ke suku akhir tewaskan Austria](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719961066_EURO.jpg)
EURO 2024: Dua gol Merih Demiral pacu Turkiye ke suku akhir tewaskan Austria
Dua jaringan Merih Demiral mengangkat beliau sebagai watak penting dalam memacu Turkiye melangkah ke pusingan suku akhir EURO 2024.
![EURO 2024: Gol lewat Tosun bawa Turkiye ke pusingan 16 atasi Czechia EURO 2024: Gol lewat Tosun bawa Turkiye ke pusingan 16 atasi Czechia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719460581_CenkTosun.jpg)
EURO 2024: Gol lewat Tosun bawa Turkiye ke pusingan 16 atasi Czechia
Gol lewat permainan Cenk Tosun memastikan Turkiye akan bertemu Austria dalam pusingan 16 Euro 2024.
![EURO 2024: Portugal tidak ragui kecergasan Cristiano Ronaldo EURO 2024: Portugal tidak ragui kecergasan Cristiano Ronaldo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718142891_CristianoRonaldo.jpg)
EURO 2024: Portugal tidak ragui kecergasan Cristiano Ronaldo
Roberto Martinez tidak meragui keupayaan Cristiano Ronaldo untuk beraksi sepanjang 90 minit dalam kempen EURO 2024.
![EURO 2024: Masya-Allah, masya-Allah - reaksi penyerang Turkiye terhadap gol Arda Guler EURO 2024: Masya-Allah, masya-Allah - reaksi penyerang Turkiye terhadap gol Arda Guler](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718781990_tbArdaGuler.jpg)
EURO 2024: "Masya-Allah, masya-Allah" - reaksi penyerang Turkiye terhadap gol Arda Guler
Persembahan berkualiti Guler itu disempurnakan melalui gol cantik dari jarak jauh pada minit ke-65.
![Lawatan kerja ke Turkiye capai matlamat, bermanfaat untuk negara - Mohamed Khaled Lawatan kerja ke Turkiye capai matlamat, bermanfaat untuk negara - Mohamed Khaled](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718312767_KhaledNordin.jpg)
Lawatan kerja ke Turkiye capai matlamat, bermanfaat untuk negara - Mohamed Khaled
Beliau berkata hasil lawatan itu dapat mengukuhkan lagi hubungan pertahanan antara kedua-dua negara.
![Johari ketuai lawatan kerja ke Mesir, Turkiye Johari ketuai lawatan kerja ke Mesir, Turkiye](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41709192807_TBJOHARIABDULGHA.jpg)
Johari ketuai lawatan kerja ke Mesir, Turkiye
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesir dan Turkiye dari 27 Mei hingga 1 Jun, 2024.
![Turkiye: 190 penumpang berdepan detik cemas tayar pesawat pancit semasa mendarat Turkiye: 190 penumpang berdepan detik cemas tayar pesawat pancit semasa mendarat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715288756_TayarPesawat.jpg)
Turkiye: 190 penumpang berdepan detik cemas tayar pesawat pancit semasa mendarat
Semua 190 penumpang selamat dipindahkan susulan insiden kecemasan kira-kira 11 pagi waktu tempatan itu.