RAKYAT Tunisia yang berjaya menumbangkan pemimpin kuku besi diktaktor Zine El Abidin Ben Ali melalui tunjuk perasaan Arab Spring pada tahun 2011 kerana melakukan pemerintahan secara korup kini berdepan dengan satu lagi krisis demokrasi.
Ini kerana Presiden negara berkenaan, Kais Saied menggantung Parlimen pada Ahad lalu dan menggugurkan Perdana Menteri Hichem Mechichi berikutan satu protes terhadap parti pemerintah oleh rakyat.
Saied membuat pengumuman tersebut setelah mengadakan satu mesyuarat darurat di istananya dengan hon-hon kereta turut dibunyikan di jalan-jalan raya manakala ribuan penduduk Tunisia berarak di beberapa bandar bagi membantah kegagalan kerajaan dalam menurunkan kadar kes Covid-19.
Ia merupakan pergolakan yang terbaharu berlaku di negara Afrika yang miskin itu selepas Zine El Abidine yang pernah memerintah negara tersebut melarikan diri pada 14 Januari 2011 sekali gus mengakhiri pemerintahannya selama kira-kira 23 tahun di negara berkenaan.
Beliau kemudian dilaporkan meninggal dunia dalam buangan pada tahun 2019 di Jeddah, Arab Saudi.
Zine El Abidine melarikan diri selepas seorang penjaja miskin yang juga seorang lulusan universiti, Mohamed Bouazizi terpaksa membakar diri sendiri ekoran menghadapi gangguan daripada polis di bandar Sidi Bouzid sekali gus mencetuskan rusuhan dan protes terhadap kerajaan.
Bouazizi kemudian meninggal dunia akibat kecederaan pada 4 Januari 2011.
Selepas berlaku rusuhan selama berminggu-minggu yang mana seramai 338 orang terbunuh dan Zine El Abidine melarikan diri ke luar negara sehingga menjadikan beliau menjadi pemimpin pertama yang ditumbangkan dalam Arab Spring.
Pada Oktober 2011 pula Tunisia menyaksikan parti Islam Ennahdha memenangi 90 daripada 217 kerusi di Parlimen Baharu.
Ia melantik pemimpin pembangkang, Moncef Marzouki sebagai Presiden pada Disember 2011.
Bagaimanapun, tunjuk perasaan awam sekali lagi berlaku apabila polis bertempur dengan ribuan penduduk yang tidak memiliki pekerjaan di kawasan barat daya perlombongan negara itu.
Lebih banyak tunjuk perasaan berlaku dengan kumpulan-kumpulan jihad turut melakukan serangan.
Satu siri mogok dan tunjuk perasaan memberi kesan kepada pihak industri, perkhidmatan awam, pengangkutan, perniagaan dengan kekacauan lebih banyak menjejaskan ekonomi dalam negara.
Pada Februari, 2013, pemimpim pembangkang, Chokri Belaid dibunuh di Tunis dan pada Julai tahun yang sama, seorang ahli politik yang terkenal, Mohamed Brahmi turut ditembak.
Kumpulan Daesh mengaku melakukan kedua-dua kejadian tersebut sekali gus mencetuskan satu lagi krisis di negara berkenaan.
Pada tahun 2015, Tunisia menghadapi tiga serangan yang didakwa dilakukan oleh Daesh yang menyebabkan 72 orang terbunuh kebanyakannya pelancong asing dan pasukan keselamatan sebuah muzium serta di sebuah resort tepi pantai.
Pada tahun 2016, satu gelombang baharu protes turut meletus selepas kematian seorang penganggur.
Dalam pada itu, pada permulaan tahun 2018, protes juga berlaku selepas bajet berjimat cermat dikuatkuasakan.
Pada Oktober 2019, parti Ennahdha memenangi kerusi paling banyak dalam Parlimen tetapi masih tidak mendapat majoriti untuk membentuk kerajaan.
Seminggu kemudian, seorang ahli akademik dan tiada latar belakang politik dilantik menjadi Presiden iaitu Saied.
Dalam tempoh 10 tahun, sejak Arab Spring, Tunisia telah mempunyai sembilan kerajaan.
Selepas memecat Perdana Menteri, Presiden Tunisia itu melaksanakan perintah berkurung dari jam 7 petang hingga 6 pagi waktu tempatan dan melarang perhimpunan lebih dari tiga orang dilakukan di tempat awam sebagai usaha menurunkan kes Covid-19. - Agensi
Laporan asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jul 28 2021
![Tunisia tenat, 10 tahun sembilan kerajaan Tunisia tenat, 10 tahun sembilan kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51627436453_Policeparliament.jpg)
Anggota polis berkawal di luar bangunan Parlimen di Tunis, Tunisia, 27 Julai, 2021. REUTERS
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![Keputusan awal: Presiden Tunisia Kais Saied dipilih semula Keputusan awal: Presiden Tunisia Kais Saied dipilih semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81728378146_TunisiaElections.jpg)
Keputusan awal: Presiden Tunisia Kais Saied dipilih semula
Keputusan awal menunjukkan Presiden Tunisia, Kais Saied dipilih semula untuk penggal kedua selepas meraih 90.69 peratus undi dalam pilihan raya presiden pada Ahad.
![Presiden Tunisia Kais Saied dijangka menang pilihan raya - Tinjauan Presiden Tunisia Kais Saied dijangka menang pilihan raya - Tinjauan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41728263495_KaisSaied.jpg)
Presiden Tunisia Kais Saied dijangka menang pilihan raya - Tinjauan
Berdasarkan tinjauan, Saied memperoleh 89.2 peratus undi, diikuti Ayachi Zammel dengan 6.9 peratus dan Zouhair Maghzaoui dengan 3.9 peratus.
![Pengundian bermula dalam Pilihan Raya Presiden Tunisia Pengundian bermula dalam Pilihan Raya Presiden Tunisia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41728252224_TunisiaElection.jpg)
Pengundian bermula dalam Pilihan Raya Presiden Tunisia
Pengundian bermula pada pukul 8 pagi dan ditutup pada pukul 6 petang waktu di 5,013 pusat pengundian dan 9,669 stesen pengundian.
![Presiden Tunisia pecat Perdana Menteri Presiden Tunisia pecat Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723084505_TunisiaElections.jpg)
Presiden Tunisia pecat Perdana Menteri
Saied kemudiannya melantik Menteri Hal Ehwal Sosial, Kamel Maddouri sebagai perdana menteri baharu.
![Tunisia catat paras penggunaan tenaga tertinggi berikutan gelombang haba Tunisia catat paras penggunaan tenaga tertinggi berikutan gelombang haba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81689974606_HeatwaveTunis.jpg)
Tunisia catat paras penggunaan tenaga tertinggi berikutan gelombang haba
Rekod tertinggi ketiga penggunaan tenaga direkodkan di Tunisia pada 1148 GMT Khamis, kepada 4,825 megawatt.
![Bekas Speaker Parlimen Tunisia dihukum penjara setahun Bekas Speaker Parlimen Tunisia dihukum penjara setahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684211095_RachedGhannouchi.jpg)
Bekas Speaker Parlimen Tunisia dihukum penjara setahun
Ghannouchi turut didenda 1,000 dinar Tunisia (AS$333) oleh mahkamah di Tunisia.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41680607592_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Malaysia pantau perkembangan di Tunisia - Zambry Malaysia pantau perkembangan di Tunisia - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71681958646_ZambryAbdKadir.jpg)
Malaysia pantau perkembangan di Tunisia - Zambry
Malaysia harap perdamaian dan konsensus nasional akan menjadi jalan ke arah membawa kemajuan dan kemakmuran bagi rakyat Tunisia.
![Tunisia, Syria buka semula kedutaan selepas 11 tahun Tunisia, Syria buka semula kedutaan selepas 11 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681360568_KaisSaied.jpg)
Tunisia, Syria buka semula kedutaan selepas 11 tahun
Tunisia dan Syria memutuskan untuk membuka semula kedutaan masing-masing bagi menyambung semula hubungan diplomatik antara kedua-dua negara, menurut Kementerian Luar Tunisia pada Rabu.
![Dek Wan juarai GP Olahraga Para Dunia di Tunisia Dek Wan juarai GP Olahraga Para Dunia di Tunisia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71675816759_TBDEKWAN.jpg)
Dek Wan juarai GP Olahraga Para Dunia di Tunisia
Mohamad Ridzuan merekodkan masa 12.51 saat untuk meninggalkan pesaing terdekat Abdulsattar Challoob dari Iraq.