JUMLAH korban Tsunami Selat Sunda yang terjadi pada Sabtu malam kini meningkat kepada 281 orang sementara 1,016 lagi cedera.
Ketua Pusat Data & Informasi Badan Bencana Nasional Indonesia (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho melaporkan perkembangan terkini setakat jam 7 pagi waktu tempatan (8 pagi waktu Malaysia) melalui akaun Twitter miliknya.
“Hingga 24 Disembar, 7 pagi, data sementara angka korban dari bencana tsunami di Selat Sunda merekodkan 281 meninggal dunia, 1,016 orang cedera dan 57 hilang,” katanya.
Menurut Sutopo, jumlah kemusnahan sehingga pagi tadi melibatkan 611 buah rumah, 69 hotel-vila, 60 warung dan 420 perahu yang mengalami kerosakan.
"528 unit rumah rosak teruk, 1 unit rumah musnah dihanyut ombak, 82 unit rumah rosak,” ujarnya.
Terdahulu, sehingga tengah malam tadi, angka korban Tsunami Selat Sunda meningkat kepada 229 orang.
Kejadian tersebut berlaku akibat gelombang tinggi yang dilaporkan melanda pantai barat wilayah Banten sekitar jam 9.27 malam (waktu tempatan) pada Sabtu.
Isabelle Leong
Mon Dec 24 2018
Orang ramai memeriksa keadaan tempat kediaman mereka yang rosak akibat tsunami di Carita, Indonesia, 23 Dis, 2018. (Foto AP)
Kerajaan ada obligasi sempurnakan Titah Adendum - Ketua Pembangkang
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, rakyat juga berhak untuk mengetahui hakikat sebenar tentang kewujudan Titah Adendum, yang sebelum ini dkaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak bagi menjalani baki hukuman penjara di rumahnya.
Imigresen tahan 53 pendatang tanpa izin sekitar pusat beli belah Ampang
Mereka yang ditahan terdiri daripada 33 lelaki dan 20 wanita dari pelbagai negara, berumur 14 hingga 65 tahun.
Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri hingga 5 petang ini
Di Perak, ia melibatkan kawasan Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim, manakala di Selangor, ia diramalkan melanda Hulu Selangor, Gombak serta Petaling.
AWANI Ringkas: Penyu hampir reput
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rizky Febian, Mahalini nikah kali kedua susulan kontroversi perkahwinan tidak sah
Rizky Febian, Mahalini menjalani akad nikah kedua di Hotel Raffles, Kuningan, Jakarta Selatan pada 27 Disember lalu.
Situasi COVID-19, influenza di Malaysia terkawal - KKM
Tiada kes varian baharu dikesan, dan varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di Malaysia merupakan varian Omicron dan subvariannya.
SPRM perkukuh kepakaran siasat rasuah melibatkan mata wang kripto
Suruhanjaya itu akan membangunkan kepakaran dalaman sebagai langkah memperkasa aspek penyiasatan melibatkan mata wang kripto.
3 Pagi ERA: Thalita bawa lagu arwah ibunya 'Kesetiaan', sentuh emosi lebih 5,000 hadirin
Thalita memikat hati penonton dengan lagu "Kesetiaan", nyanyian asal arwah ibunya Allahyarham Siti Sarah yang berjaya menyentuh emosi semua yang hadir.
Saya akan hadir untuk sokongan moral kepada Najib - Ketua Pemuda UMNO
Datuk Muhamad Akmal Saleh berkata Pemuda UMNO menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dan sebagai ahli parti, beliau akur dan menghormati yang dinyatakan oleh parti Melayu itu.
53 PATI ditahan imigresen Selangor dalam Ops Kutip
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor berjaya menahan seramai 92 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi bersepadu OPS kutip di sebuah pusat beli-belah di Ampang pada Jumaat malam
COVID-19: Angka korban cecah 100,000 seluruh dunia, 1.67 juta dijangkiti
Itali kekal menjadi negara dengan angka kematian tertinggi pada 18,849 kes, diikuti Amerika Syarikat, Sepanyol dan Perancis.
COVID-19: 1.33 juta positif, lebih 50,000 pertambahan kes dalam sehari
Amerika Syarikat kekal menjadi negara paling terjejas teruk akibat wabak itu apabila mencatatkan 356,942 kes positif.
COVID-19: 263,000 kes positif dalam tiga hari, empat negara cecah angka 100,000
Hanya tiga hari pertambahan sebanyak 260,000 kes sejak kes positif melepasi angka 1 juta, Jumaat lalu.
COVID-19: Amerika Syarikat kini nombor satu di dunia, dengan lebih 82,000 kes positif
Angka kematian di Amerika Syarikat pula melepasi paras 1,000 mangsa dengan keseluruhan sebanyak 1,178 kes.