NEW YORK: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump tiba di New York pada petang Isnin untuk menghadapi perbicaraan kes jenayah, lapor Agensi Anadolu.

Juri di Manhattan mendakwa Trump atas pertuduhan berkaitan pembayaran "wang menutup mulut" kepada pelakon filem "lucah" Stormy Daniels.

Bekas presiden itu dijangka tidak akan digari, menurut peguamnya Joe Tacopina.

"Kami akan masuk ke kamar mahkamah, kami akan bertemu hakim, mengaku tidak bersalah...," kata Tacopina.

Trump dijangka kembali ke Florida selepas itu.

Beliau adalah bekas presiden AS pertama yang didakwa atas pertuduhan jenayah dalam sejarah negara AS dan menyifatkan pertuduhan ke atasnya sebagai "penganiayaan politik."

Trump menghadapi lebih daripada 30 pertuduhan.

-- BERNAMA