"Perdana Menteri, Justin Trudeau, hari ini menubuhkan semula Jawatankuasa Kabinet Hubungan Kanada-AS. Susulan pemilihan semula Presiden Donald Trump untuk penggal kedua, Jawatankuasa Kabinet akan memberi tumpuan kepada isu-isu penting Kanada-AS," menurut kenyataan pejabat Trudeau yang dipetik oleh Sputnik.
Menurut kenyataan itu, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Chrystia Freeland akan mempengerusikan jawatankuasa berkenaan, manakala Menteri Keselamatan Awam Dominic LeBlanc bertindak sebagai naib pengerusi.
Jawatankuasa itu juga akan dianggotai oleh Presiden Perbendaharaan dan Menteri Pengangkutan Anita Anand, Menteri Pertahanan Bill Blair, Menteri Inovasi, Sains dan Industri Francois-Philippe Champagne, serta Menteri Luar Melanie Joly.
Pilihan Raya Presiden AS berlangsung pada 5 Nov.
Semua rangkaian utama mengisytiharkan calon Republikan Donald Trump, yang pernah berkhidmat sebagai presiden dari 2017 hingga 2021, sebagai pemenang.
Calon Demokrat, Kamala Harris, mengakui kekalahan dalam ucapannya kepada para penyokong dan berjanji akan memastikan peralihan kuasa yang aman.
-- BERNAMA