Ketua Editor Time, Sam Jacobs, menyatakan Trump dipilih kerana memacu kebangkitan luar biasa, membawa perubahan politik jarang berlaku, mengubah institusi presiden dan mempengaruhi peranan AS di Dunia.
Majalah tersebut pernah memberikan gelaran sama kepada Trump pada 2016 selepas kemenangannya dalam Pilihan Raya Presiden.
Pada tahun 2020, gelaran itu diberikan kepada Joe Biden dan Kamala Harris, manakala tahun lalu bintang pop Taylor Swift menerima pengiktirafan serupa.
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Dalam wawancara itu, Trump mengkritik penggunaan peluru berpandu oleh Ukraine terhadap Rusia.
Beliau juga menyatakan akan berbincang dengan Robert F. Kennedy Jr Mengenai penamatan program vaksinasi kanak-kanak dan menyemak semula beberapa vaksin.
Sebagai memperingati gelaran tersebut, Trump membunyikan loceng pembukaan di Bursa Saham New York.