NEW HAMPSHIRE: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mendaftar untuk pemilihan calon presiden di New Hampshire.
Beliau menjadi individu pertama yang pernah berkhidmat sebagai presiden memfailkan pencalonan secara peribadi lebih daripada sekali.
Secara tradisinya, setiap calon akan menghantar wakil, tetapi kehadiran Trump pada hari pendaftaran adalah sesuatu yang baharu bagi senario politik AS.
Sebelum ini Trump memfailkan kertas pencalonan bagi persaingan pada 2016 dan pada tahun 2020 Trump menghantar Naib Presiden Mike Pence untuk memfailkan pencalonan bagi pertandingan pada tahun itu.
"Saya akan mengatakan mesej mudah. Undi Trump dan selesaikan masalah anda. Itu sahaja caranya.
"Dengan cara itu anda boleh melakukan banyak mesej. Undi Trump dan selesaikan masalah anda," katanya.
Pendekatan baharu juga dilakukan bagi keselamatan ketika kehadirannya apabila hanya penyokong yang dipilih oleh kempen dibenarkan untuk berbaris di lorong ke pejabat Setiausaha Negara di Dewan Perwakilan.
Trump sebelum ini memenangi kedua-dua pemilihan utama bagi calon Presiden Republikan 2016 dan 2020 di New Hampshire.
Calon tahun ini mempunyai masa sehingga 27 Oktober untuk mendaftar secara rasmi dan puluhan calon dijangka akan berbuat demikian.
Prosesnya mudah, mereka hanya perlu memenuhi keperluan asas untuk menjadi presiden, mengisi borang satu halaman dan membayar yuran pemfailan AS$1,000.
Pada tahun 2020, 33 calon Demokrat dan 17 calon Republikan telah mendaftar.
Pendaftaran tertinggi pernah direkodkan adalah pada tahun 1992 dengan 61 pencalonan.
Astro Awani
Tue Oct 24 2023
Calon presiden parti Republikan dan bekas Presiden AS Donald Trump berucap ketika berkempen di New Hampshire, AS. - Foto REUTERS
'Zhuhai Airshow' kembali menemui pencinta aeronautik
Pertunjukan penerbangan dan pameran aeroangkasa antarabangsa terbesar China kembali menemui peminat industri aeronautik yang membuka tirainya pada Selasa. Pertunjukan udara Zhuhai yang kembali bagi tahun ke-15 itu mempamerkan pelbagai jenis pesawat berteknologi tinggi yang dihasilkan oleh China dan pelbagai negara lain, termasuk aset ketenteraan.
Tumpuan Rabu – 13 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
China terus beri tekanan kepada Filipina
Isu laut China Selatan terus memuncak antara Filipina dengan China. Filipina mendakwa China tidak berhenti memberi tekanan untuk menyerahkan hak kedaulatannya di lautan itu.
10 Berita Pilihan - (12 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Aktor Korea Selatan, Song Jae Rim, meninggal dunia
Punca kematian masih disiasat, namun polis memaklumkan tidak menemui sebarang unsur jenayah setakat ini.
New Zealand buat permohonan maaf
New Zealand menawarkan permohonan maaf kepada mangsa dan keluarga ratusan ribu orang muda dan golongan rentan yang mengalami penderaan fizikal dan seksual di institusi jagaan sejak 70 tahun lalu.
Israel bawa bencana alam sekitar di Gaza - Erdogan
Erdogan menuntut agar mereka yang bertanggungjawab dibicarakan di mahkamah antarabangsa dan diberi hukuman setimpal.
Anugerah usaha tegas cungkil bakat kesenian artis muda
Seni bukan hanya sekadar karya perhiasan semata-mata tetapi ia adalah simbol mengungkap banyak mesej tersirat dalam setiap coretan lukisan.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Siasatan kerugian pelaburan diguna tambah baik tatakelola
Dapatan audit dalaman dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dalam FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), akan digunakan untuk menambah baik tatakelola Khazanah Nasional Bhd (Khazanah)
Pengamal media bantu bendung elemen negatif di media sosial - Fadillah
Pengamal media sebagai rakan komunikasi strategik kerajaan perlu bersama membantu membendung elemen negatif di media sosial termasuk buli siber dan menangkis berita palsu.
Trump 2.0 dijangka mampu tingkatkan hubungan ekonomi dan keselamatan Malaysia-AS - Penganalisis
Pendekatan 'America First' Trump mungkin sebenarnya boleh buka peluang ekonomi lebih besar untuk Malaysia.
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung
Bursa Malaysia ditutup rendah pada hari pertama dagangan minggu ini terjejas akibat aktiviti pengambilan untung, terutamanya dalam saham Tenaga Nasional dan sektor perbankan.
Malaysia akan pantau dasar ekonomi baharu AS
Malaysia akan memantau dasar ekonomi baharu yang akan dikeluarkan oleh Kabinet yang bakal terbentuk di Amerika Syarikat (AS) susulan kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya presiden negara itu.
Trump, Putin berbincang ketika Biden merancang untuk melobi Trump agar terus sokong Ukraine
Donald Trump menasihati Vladimir Putin agar tidak meningkatkan peperangan di Ukraine.
Haley, Pompeo tidak sertai kabinet Trump
Presiden Amerika Syarikat (AS) terpilih Donald Trump memberitahu bekas calon presiden Parti Republikan, Nikki Haley dan bekas Setiausaha Negara Mike Pompeo tidak akan dijemput menyertai kabinetnya.
Trump raih kemenangan di Arizona, lengkapkan perebutan di 'swing state'
Donald Trump berjaya memenangi negeri Arizona dalam pilihan raya presiden pada Sabtu, menewaskan pencabarnya dari Parti Demokrat Kamala Harris.
Trump kembali ke White House, apa masa depan rakyat Gaza?
Amerika patut berhenti salur bantuan ketenteraan pada Israel dan perlu patuhi undang-undang antarabangsa yang sama tidak mengira siapa yang memegang jawatan nombor satu negara itu.
Donal Trump akan bertemu Joe Biden di Pejabat Oval pada Rabu
Mesyuarat di White House merupakan tradisi dalam pentadbiran Washington - kecuali pada 2020 apabila Trump kalah dalam pilihan raya menentang Biden.
Iran nafi dakwaan rancang bunuh Trump
Iran menafikan sekeras-kerasnya bahawa ia telah merancang untuk membunuh Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berikutan tuduhan oleh Jabatan Kehakiman AS pada Jumaat.
Ringgit dijangka diniagakan tinggi minggu depan
Kebimbangan terhadap dasar Presiden Donald Trump tahun depan boleh mendorong peniaga dan pelabur mengambil pendekatan lebih berhati-hati.