WASHINGTON: Pihak berkuasa di Birmingham pada Ahad malam sedang memburu suspek dalam dua insiden tembakan maut yang mengorbankan tujuh orang dan mencederakan 10 yang lain pada Sabtu, lapor United Press International (UPI).
Kedua-dua tembakan berlaku dalam jangka masa kurang daripada enam jam pada Sabtu di Bandar Alabama, dengan tiada suspek ditahan polis setakat lewat Ahad.
Tembakan pertama dilaporkan kepada polis sekitar pukul 5:20 petang.
Pegawai yang dihantar ke satu kemalangan kereta di Blok 17000 Indian Summer Drive, mendapati sebuah kenderaan yang terkena tembakan dengan tiga mangsa di dalamnya - seorang ibu, teman lelakinya, dan anak lelaki wanita itu yang dipercayai berusia tidak lebih dari lima tahun. Mereka semua disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Polis berkata mangsa-mangsa berkenaan disasarkan dan ditembak daripada kenderaan lain yang kemudian melarikan diri.
Bagaimanapun, selepas 11 malam pegawai sekali lagi dihantar ke lokasi insiden tembakan di sebuah kelab malam di Blok 3400 24th Street North.
Di kelab malam itu, beberapa mangsa tembakan ditemukan dan seorang lelaki disahkan meninggal dunia di luar di kaki lima manakala dua wanita disahkan mati di dalam kelab malam.
Mangsa keempat, seorang lelaki, meninggal dunia di satu daripada hospital di mana 10 orang yang tiba kemudian dengan kecederaan akibat tembakan itu.
Pihak berkuasa berkata sekurang-kurangnya seorang suspek melepaskan tembakan ke dalam kelab malam dari jalan.
Ketua Polis Birmingham Scott Thurmond memberitahu wartawan semasa sidang akhbar bahawa semua detektifnya telah ditugaskan ke dua kes ini dengan fokus untuk membawa keadilan kepada mangsa.
"Saya mahu anda tahu. Kami akan cari anda dengan sepenuh kekuatan. Dengan setiap unit penguatkuasaan undang-undang yang kami ada, kami akan cari anda," katanya kepada mereka yang bertanggungjawab dalam tembakan itu.
Kepada ahli komuniti, beliau berkata mereka melakukan segala yang termampu untuk membawa keadilan kepada keluarga mangsa dan memulihkan keamanan serta keselamatan kepada komuniti mereka.
"Kami tidak akan berhenti sehingga ia tercapai," katanya.
Pihak berkuasa dan pegawai menyeru orang awam yang mempunyai maklumat mengenai mana-mana insiden tembakan untuk tampil ke hadapan, dengan Datuk Bandar Randall Woodfin menyatakan bahawa mereka tahu ada seseorang yang tahu sesuatu atau melihatnya.
"Tampil ke hadapan," katanya. "Berikan maklumat yang boleh dipercayai supaya kami boleh memberkas penembak ini dari jalanan dan terus melindungi komuniti kami."
Thurmond berkata beliau mahu memastikan bahawa siri keganasan ini bukan secara rawak. Kedua-dua insiden tembakan ini, walaupun tidak berkaitan, disasarkan, katanya, menambah bahawa ini sepatutnya memudahkan maklumat disampaikan kepada polis.
"Kami tahu 100 peratus ada orang yang tahu siapa yang bertanggungjawab dan tahu apa yang berlaku dan kami memerlukan maklumat itu supaya kami boleh membawa keadilan kepada keluarga ini dan memulihkan keselamatan untuk komuniti dan bandar kami," katanya.
Apabila ditanya oleh wartawan jika mereka tahu motif di sebalik mana-mana tembakan itu, Thurmond berkata minatnya pada masa ini hanyalah untuk mencari mereka yang bertanggungjawab.
"Marilah kita fokus kepada penyelesaian kes ini dan mendapatkan keadilan untuk keluarga-keluarga ini," katanya.
Menurut Arkib Keganasan Senjata Api, yang mencatat keganasan senjata di seluruh Amerika Syarikat, terdapat hampir 9,120 pembunuhan tahun ini dan hampir 17,500 orang cedera akibat senjata api.
Terdapat juga lebih daripada 290 insiden tembakan besar-besaran, yang dikategorikan oleh organisasi tidak berpihak sebagai tembakan dengan empat atau lebih mangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 15 2024
Polis berkata mangsa-mangsa berkenaan disasarkan dan ditembak daripada kenderaan lain yang kemudian melarikan diri. - Gambar hiasan
Peluru berpandu dari Yaman berjaya dipintas tentera Zionis
Tentera Israel mendakwa berjaya memintas sebuah peluru berpandu yang dilepaskan dari Yaman pada awal Rabu.
Warga Gaza berharap kerakusan Zionis berakhir
Di sebalik konflik yang berterusan, penduduk Gaza yang beragama Kristian tidak ketinggalan menyertai upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Krismas.
Warga Palestin tidak boleh putus harapan untuk terus hidup
Bercakap semasa sambutan perayaan Krismas, Datuk Bandar Betlehem, Anton Salman berkata, tanpa harapan, sudah pasti sukar untuk meneruskan kehidupan di sebalik kezaliman yang didepani mereka.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Polis rakam keterangan pemandu lori tayar tercabut
Keterangan pemandu berusia 31 tahun itu diambil bagi membantu siasatan kemungkinan wujud kecuaian yang mengakibatkan tayar hadapan lori terbabit tercabut.
Nahas Ayer Keroh: Tujuh masih dirawat, dua ditempatkan di ICU
Tujuh mangsa kemalangan ngeri melibatkan lima kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan rehat dan rawat Ayer Keroh masih dirawat di Hospital Melaka dengan dua daripadanya ditempatkan di unit rawatab rapi (ICU).
Nahas Ayer Keroh: Polis rakam keterangan pemandu lori tayar tercabut
Polis telah merakam keterangan pemandu lori yang terlibat dengan nahas ngeri mengorbankan tujuh individu di kilometer 204 Lebuhraya PLUS arah utara, Melaka, pada Selasa.
AWANI Ringkas: Tarian mencolok mata, penganjur dikompaun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir kembali landa Raub, Lipis
Dua kampung terjejas di Lipis adalah Kampung Beletik dan Kampung Lubuk Kulit, dengan 18 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatkan di dua PPS.
PBB rayu bantuan segera untuk hospital di utara Gaza
Rayuan itu dibuat pada Selasa, membabitkan bekalan makanan dan air yang sangat diperlukan, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA).
Polis tempatkan 40 anggota pastikan kelancaran hukuman sebat
Azli berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu atau kumpulan yang cuba mencetuskan provokasi kepada petugas atau pesalah.
Tiga maut, lelaki lepaskan tembakan di hospital Haiti
Tiga orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera pada Selasa apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan wartawan sebelum sidang akhbar kerajaan pembukaan semula hospital awam.
Tiga renjer cedera dalam insiden tembakan, letupan bom di Narathiwat
Pihak polis menerima laporan mengenai kejadian tembakan melibatkan kira-kira 10 suspek kumpulan bersenjata dengan anggota renjer.
Seorang maut, 9 cedera dalam insiden tembakan di Maryland, AS
Tembakan berlaku di sebuah rumah pengebumian. Polis menemukan sebuah kereta terbalik dan terbakar di lokasi kejadian.
Seorang maut, 16 cedera dalam insiden tembakan di kampus Alabama
Mangsa seorang remaja berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, sementara 12 lagi cedera akibat terkena tembakan.
Serangan pengganas sasar kemudahan Turkish Aerospace Industries di ibu negara Turkiye
Satu serangan pengganas menyasarkan kemudahan Turkish Aerospace Industries (TAI) di ibu negara Turkiye, Ankara, kata seorang pegawai kanan Turkiye pada Rabu.
3 terbunuh dalam kejadian tembakan di Mississippi AS
Tiga orang terbunuh dan lapan yang lain cedera pada Sabtu dalam insiden tembakan semasa acara tunggangan di Holmes County.
Jerman kecam tembakan terhadap pos UNIFIL di Lubnan
Jerman sedang menunggu penjelasan penuh dengan segera dan telah berhubung dengan pihak Israel mengenai isu itu.
Lelaki bersenjata bunuh 6 peronda dalam tembakan rambang di Afrika Selatan - polis
Sekumpulan lapan lelaki bersenjata didakwa melepaskan tembakan ke arah 10 peronda komuniti pada Ahad malam kira-kira 22:45 waktu tempatan.
Enam maut, sembilan cedera ditembak lelaki bersenjata di Tel Aviv
Polis Israel melabelkan insiden itu sebagai serangan pengganas tetapi setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.
Sekurang-kurangnya 4 maut, 30 cedera dalam insiden tembakan di sekolah
Seorang remaja berusia 14 tahun akan didakwa atas tuduhan membunuh dan dibicarakan sebagai orang dewasa.