Polis New Zealand menggesa pengguna media sosial agar mengelakkan dari berkongsi visual rakaman dalam talian berhubung insiden tembakan di dua masjid Christchurch pada Jumaat.
Tragedi yang berlaku ketika solat Jumaat itu dipercayai turut membabitkan dua warga Malaysia, namun Wisma Putra telah mengesahkan seorang individu yang tercedera berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital tempatan.
"Kami sarankan agar pautan berkaitan kes itu tidak dikongsi. Kami sedang berusaha untuk memadam rakaman," kata polis New Zealand dalam status Twitter.
BACA: Tragedi solat Jumaat: Rakyat Malaysia antara mangsa tembakan masjid di Christchurch
Terdahulu, pihak berkuasa tempatan memetik portal berita CNN melaporkan mereka "menyedari" terdapat beberapa video berkaitan kes itu tersebar, tetapi tidak dapat mengesahkan atau menafikan kesahihan visual yang sedang tular berkenaan.
BACA: Tembakan rambang Christchurch: Dia masuk masjid, tembak jemaah
Portal berita itu turut melaporkan terdapat beberapa video yang mendakwa seorang lelaki bersenjata memasuki masjid dan mula menembak, namun video tersebut masih tidak dapat disahkan.
Dua insiden tembakan berlaku di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood di bandar raya ini pada Jumaat, mengakibatkan sejumlah besar mangsa terbunuh.
Polis belum mengeluarkan kenyataan berhubung skala insiden itu namun menasihatkan orang ramai di tengah Christchurch supaya tidak keluar rumah dan mengelak dari menziarahi mana-mana masjid di kawasan berdekatan.
Afiq Ariffin
Fri Mar 15 2019
Pengguna media sosial diminta untuk berhenti berkongsi visual rakaman dalam talian berkaitan dengan kejadian tembak menembak di dua masjid Christchurch kata Polis New Zealand. - Foto AP Newsroom
KBS akan laksana temu duga Ketua Pengarah baharu MSN - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan dalam proses mencari pengganti Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Abdul Rashid Yaakub yang akan tamat kontrak.
Wanita maut motosikal terbabas: Suami direman bantu siasatan
Pekerja kilang tersebut meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya empat maut, letupan pusat beli-belah di Taiwan
Sekurang-kurangnya empat orang disahkan maut dalam satu insiden letupan di sebuah pusat beli-belah di Taiwan.
Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im
MAIWP berkata, sebanyak RM230.63 juta telah diperuntukkan bagi tahun 2025 untuk meningkatkan modal insan, dengan RM5.8 juta adalah untuk bantuan biasiswa.
Peniaga didakwa tipu isteri Along Cham lebih RM100,000
Nursyafiqah Hermanshah, 27, didakwa menipu Afreena Suhaimi, 33, sehingga mendorong mangsa membayar wang berjumlah RM105,380 kepada tertuduh melalui 26 transaksi ke lima akaun berbeza.
[TERKINI] Harga lantai belian padi diselaras RM1,500 per tan metrik berkuat kuasa Ahad ini
Kerajaan bersetuju menyelaraskan harga belian lantai padi kepada RM1,500 per tan berbanding RM1,300 per tan berkuat kuasa Ahad ini.
Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi
Sebanyak 5,026 laman sesawang perjudian telah disekat, manakala 224,403 kandungan berkaitan perjudian dalam talian di platform media sosial diturunkan sejak tahun 2022 hingga 1 Februari lalu.
AWANI Ringkas: PPR: RM185 juta diperuntuk baik pulih
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM
Kerajaan telah memperuntukkan RM185 juta untuk projek baik pulih 358 Program Perumahan Rakyat (PPR) seluruh negara tahun ini.
4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan
Insiden berlaku sekitar jam 11.30 pagi dan dipercayai berpunca daripada letupan gas membabitkan kerja-kerja perobohan di tingkat 12.
Suspek serangan masjid Christchurch mengaku salah atas semua pertuduhan
Tarrant sebelum ini menafikan semua tuduhan terhadapnya dan bakal berdepan perbicaraan pada Jun nanti.
COVID-19: New Zealand batal majlis memperingati tragedi masjid Christchurch
Perdana Menteri Jacinda Ardern anggap ia keputusan pragmatik, tetapi harus dilakukan demi mengurangkan risiko terhadap rakyatnya.
Serangan Christchurch: Suspek utama serangan mengaku tidak bersalah
Pengganas yang dituduh melakukan kes pembunuhan beramai-ramai dalam serangan di dua masjid di Christchurch mengaku tidak bersalah diatas pertuduhannya pada Jumaat.
Serangan Christchurch: Tindakan terbaharu 'Egg Boy' ini, buat ramai yang 'cair'
Dana tersebut dikumpul menerusi dua kempen crowdfunding di laman web GoFundMe yang ditubuhkan oleh peminat-peminat pemuda berusia 17 tahun itu.
Serangan Christchurch: Penyerang masjid, bunuh 51 jemaah didakwa lakukan keganasan
Pengganas yang dituduh menembak mati 51 jemaah dalam serangan di dua masjid Christchurch telah didakwa dengan tuduhan keganasan, kata polis New Zealand.
Malaysia - New Zealand perkukuh kerjasama menentang aktiviti keganasan
Kerajaan Malaysia dan New Zealand bersepakat untuk mengukuhkan kerjasama dua hala dalam menentang aktiviti keganasan pasca tragedi Christchurch yang mengorbankan 50 individu termasuk warga Malaysia.
Salam, Peace dan senarai terkorban, muka depan The Press jadi perhatian dunia
Akhbar tempatan New Zealand, The Press memaparkan perkataan Bahasa Arab iaitu Salam yang bermaksud aman di muka hadapan pada Jumaat.
New Zealand Berkabung: Semoga Allah lindungi NZ - Imam Gamal
Imam Gamal Fouda berkata, serangan yang mengorbankan 50 nyawa minggu lalu itu adalah hasil daripada retorik anti-Muslim oleh sesetengah ahli politik dan media.
Serangan pengganas Christchurch: New Zealand biaya kos pengebumian RM17,300
Perbadanan Pampasan Kecemasan Tempatan (ACC) salur bantuan kepada mangsa hasil daripada Skim Kerajaan New Zealand.
Tragedi solat Jumaat: Suspek tidak jumpa pintu masuk Masjid Linwood - Saksi
Gagal menemui pintu masuk, suspek melepaskan tembakan dari luar dan menerusi tingkap, menyebabkan tujuh orang maut.