Menjelang satu pesta tradisi makan daging anjing yang bakal berlangsung Sabtu ini di wilayah autonomi Zhuang di China.
Pesta yang dinamakan Festival Daging Anjing itu berlangsung setiap tahun di Bandar Yulin, dengan dianggarkan lebih 10,000 ekor anjing akan disembelih dalam sehari untuk dijadikan makanan.
Juadah paling popular dikatakan adalah hidangan periuk panas daging anjing yang dihidang dengan buah laici dan arak.
Pesta itu diadakan bagi meraikan ketibaan musim panas dalam kalendar Lunar masyarakat Cina.
Dan seperti yang diduga pesta itu menimbulkan banyak perbincangan dikalangan penggemar daging anjing dan aktivis perlindungan haiwan.
Dua gambaran yang berbeza dengan sekumpulan menganggapnya sebagai budaya yang perlu dipelihara manakala sekumpulan lagi menganggapnya, pembunuhan kejam terhadap haiwan itu.
Susulan itu satu gerakan oleh kumpulan selebriti, pelindung haiwan, peguam dan pakar keselamatan makanan telah ditubuhkan bagi menggesa semua pihak memboikot pesta itu dengan mengguna media sosial seperti Sina Weibo versi twitter China.
“Daging anjing tidak diletakkan sebagai makanan yang dikuarantin dan diselia, ini menimbulkan risiko keselamatan kesihatan ketika daging diproses dan dimakan,” kata seorang pengarah veterinar, Liu Lang.
Kata Liu lagi, risiko juga terdedah kepada penyembelih haiwan terbabit. Mereka mudah dijangkiti wabak anjing gila.
Tetapi ramai warga China yang mahu mempertahankan tradisi itu yang bertanya jika tindakan itu dilihat kejam, apa bezanya dengan amalan penyembelihan ternakan seperti babi, lembu dan ayam? --AFP
Agensi
Fri Jun 20 2014

Penyembelih daging anjing mudah terdedah kepada penyakit anjing gila - Gambar AFP

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

UK ada undang-undang membolehkan daging anjing dimakan. Itu mahu diubah!
Meskipun orgnaisasi kebajikan haiwan di negara itu tidak mempunyai bukti mengenainya, mereka juga mahu undang-undang itu diluluskan segera.

10 maut selepas makan daging anjing di Kemboja
Penduduk di daerah itu pernah diberi amaran agar tidak memakan daging haiwan yang telah mati akibat penyakit atau keracunan serta tidak mengambil wain haram.

Tradisi Festival Daging Anjing di China timbulkan kontroversi
Satu pesta tradisi makan daging anjing bakal berlangsung Sabtu ini di wilayah autonomi Zhuang di China.