Ini bertujuan menjadikan kawasan berkenaan sebagai zon bebas senjata.
"Hari ini saya menandatangani dua rang undang-undang yang akan mengurangkan aliran senjata haram di bandar New York dan mengisytiharkan Times Square sebagai zon sensitif.
"Ini adalah keputusan yang sangat signifikan. Kita menerima jutaan pelancong di sini. Ini adalah pusat bandar dan anda tidak mahu sebuah bandar yang mengandungi individu membawa senjata haram," katanya.
Bagaimanapun pengumuman Adam di Times Square hanya dianggap simbolik.
Ketua Hakim New York Khamis lalu, menyekat pelaksanaan sebahagian Akta Senjata, yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 September.
Ini bagi membolehkan kumpulan advokasi, Gun Owners of Amerika untuk meneruskan saman bagi mencabar akta tersebut.
Apa yang berlaku di New York kini bakal jadi model kepada negeri-negeri lain yang turut berdepan isu keganasan senjata.