KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini, mengecam tanggapan "zon selamat" di Gaza sebagai palsu dan mengelirukan.
Beliau meluahkan kebimbangannya terhadap situasi perpindahan berterusan penduduk Palestin di Gaza serta menegaskan pihak berkuasa Israel terus mengeluarkan arahan perpindahan paksa yang dikenali sebagai "perintah pemindahan."
"Ini memaksa penduduk di Rafah untuk lari ke mana-mana sahaja.
"Sejak perang bermula (7 Okt), kebanyakan orang di Gaza telah berpindah beberapa kali: secara purata sekali sebulan dan 'terdesak mencari keselamatan yang tidak pernah mereka temui'."
"Dakwaan 'zon selamat' adalah palsu dan mengelirukan. Tiada tempat yang selamat di Gaza," tulisnya di platform media sosial X, yang dahulunya dikenali sebagai Twitter.
Tambahnya, sesetengah orang tiada pilihan kecuali tinggal di tempat perlindungan UNRWA yang telah dibom.
Sementara itu, menerusi platform X, UNRWA menganggarkan kira-kira 300,000 orang kini melarikan diri dari Rafah kerana perpindahan paksa yang tidak berperikemanusiaan terhadap penduduk Palestin sepanjang minggu lepas.
Israel telah melancarkan serangan tanpa henti ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt 2023, yang mengakibatkan hampir 35,000 penduduk Palestin terkorban.
Tujuh bulan berlalu, peperangan Israel meninggalkan banyak kawasan Gaza musnah, memaksa 85 peratus daripada penduduknya berpindah di dalam wilayah mereka sendiri, di samping sekatan makanan, air bersih dan ubat-ubatan, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Israel telah didakwa melakukan pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Keputusan interim pada Januari lalu mengarahkan Tel Aviv menghentikan tindakan pembunuhan beramai-ramai dan mengambil langkah untuk memastikan bantuan kemanusiaan diberikan kepada orang awam di Gaza.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 12 2024
UNRWA menganggarkan kira-kira 300,000 orang kini melarikan diri dari Rafah kerana perpindahan paksa yang tidak berperikemanusiaan terhadap penduduk Palestin sepanjang minggu lepas. - Gambar fail/Reuters
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bekalan makanan dibenar masuk hanya penuhi 6 peratus keperluan penduduk Gaza - UNRWA
UNRWA mengesahkan bekalan tepung dan makanan yang dibenarkan masuk oleh pendudukan Israel melalui lintasan sempadan hanya memenuhi enam peratus daripada keperluan penduduk.
Israel rompak 100 lori bantuan makanan ke Gaza
Insiden itu dianggap misi pemberian bantuan terburuk sepanjang tempoh 13 bulan perang di wilayah bergolak itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Serangan ke atas agensi PBB cara Israel "hapus" rakyat Palestin daripada sejarah
Serangan ke atas UNRWA adalah sebahagian tindakan 75 tahun Israel untuk menghapuskan rakyat Palestin daripada sejarah.
PM Anwar seru sokongan global untuk UNRWA, tolak usaha Israel melemahkan badan itu
Anwar menyeru masyarakat antarabangsa untuk terus menyokong peranan penting UNRWA di Asia Barat.
Lazzarini seru tindakan antarabangsa tarik balik pengharaman UNRWA
Ketua UNRWA memberi amaran bahawa jutaan rakyat Palestin akan terjerumus ke dalam huru-hara jika PBB tidak campur tangan untuk menghentikan undang-undang Israel yang melarang operasi agensi itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel tamatkan kerjasama dengan UNRWA - Duta
Ketua UNRWA Philippe Lazzarini memberi amaran bahawa langkah itu secara efektif menjejaskan usaha agensi berkenaan untuk menyediakan bantuan kepada pelarian Palestin.
Anwar bawa mandat Dewan Rakyat kecam kekejaman Israel di Arab Saudi minggu depan
Serangan terbuka ke atas wilayah-wilayah di Lubnan dan Iran, termasuk pembunuhan Ismail Haniyeh dan Yahya Sinwar juga akan dibangkitkan di Arab Saudi pada Isnin depan.