Imigresen Thailand menahan 14 lelaki pelbagai warganegara di Pattaya baru-baru ini dalam usaha menangani peningkatan pembabitan warga asing dalam jenayah di negara itu.
Ketuanya, Lt Jen Nattathorn Prousoonton berkata mereka yang ditahan terdiri daripada enam warga Russia, empat Uzbekistan dan masing-masing satu Ukraine, Belarus, Maghribi dan Iran.
Namun beliau enggan mendedahkan bila kesemua mereka ditahan tetapi berkata semua suspek didakwa terlibat dengan sindiket mafia dan aktiviti haram yang lain.
"Empat daripada warga Russia yang ditahan itu disyaki terlibat dengan dadah dan aktiviti haram berkaitan kewangan. Terdapat juga notis terhadap mereka oleh Interpol dan pihak berkuasa Russia," katanya kepada media di sini pada Isnin.
Menurut Nattathorn, pihak Imigresen dan agensi lain sering memantau warga asing yang memasuki Thailand bagi memastikan mereka tidak terlibat dengan aktiviti yang mampu menggugat negara itu.
Menurutnya, antara aktiviti yang didakwa dilakukan 14 suspek itu adalah bertindak sebagai agen sindiket pelacuran wanita Eropah Timur di Thailand dan menjadi dalang perkhidmatan sewa kereta haram.
"Mereka juga terlibat dengan dadah, aktiviti haram lain membabitkan perniagaan restoran dan hiburan," katanya.
Menurut Nattathorn, selepas tindakan di Pattaya, Imigresen dan agensi penguatkuasaan lain akan menumpukan perhatian kepada Phuket, satu lagi destinasi popular pelancong dan warga asing.
Dalam pada itu, beliau berkata terdapat 139 pendatang asing tanpa izin Korea Utara yang kini ditahan di Pusat Tahanan Imigresen di Bangkok, daripada 914 tahanan dari 71 negara. -- Bernama
Bernama
Mon Mar 20 2017

Ketua Imigresen Thailand Lt Jen Nattatorn Prousoontorn bercakap kepada pengamal media selepas mengumumkan penangkapan 14 lelaki pelbagai warganegara di Pattaya dalam usaha menangani peningkatan pembabitan warga asing dalam jenayah. - Foto Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.

Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.

Piala ASEAN: Vietnam selangkah rampas semula kejuaraan tundukkan Thailand 2-1
Bintang Vietnam Rafaelson Fernandes sekali lagi muncul wira tuan rumah apabila meledak jaringan berganda masing-masing pada babak kedua perlawanan.

Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.

23 dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat terbakar di Bangkok
Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa.

ATBC: Muhammad Rafiq menang emas, Malaysia sapu bersih pingat perseorangan lelaki
Muhammad Rafiq menebus kekecewaan pada edisi lepas dengan menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Asia.

Kedutaan Malaysia di Bangkok anjur resepsi hari kebangsaan, sambut hubungan dua hala yang erat
Lebih 600 tetamu, termasuk diplomat asing, profesional Malaysia, ahli perniagaan, wakil dewan perniagaan dan Malaysians in Bangkok (MIB) hadir.

Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami "isu tekanan" semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.