BANGKOK: Thailand menyasarkan untuk menarik sekurang-kurangnya 700,000 pengunjung tahun ini melalui pelbagai skim dan inisiatif dalam usahanya untuk memulihkan sektor ekonomi dan pelancongan.
Negara itu juga menyambut ketibaan pengembara lengkap vaksinasi dari negara lain di bawah skim Living in the Blue Zone dan mereka boleh melawat 17 'destinasi sandbox' termasuk Bangkok, Phuket, Krabi serta Phang-Nga tetapi mesti tinggal selama tujuh hari di destinasi tersebut sebelum melancong ke wilayah lain.
Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) berkata dari Januari hingga September tahun ini, Thailand menyambut ketibaan 85,845 pelawat asing melalui pelbagai skim kemasukan, termasuk Phuket Sandbox, Visa Pelancong Khas (STV), Kad Keahlian dan Pelancongan Perubatan.
Phuket Sandbox mencatat sejumlah 60,649 pelawat dari 1 Julai hingga 31 Oktober dengan lima pasaran teratas ialah Amerika Syarikat, Israel, United Kingdom, Jerman dan Perancis.
"Pelbagai skim kemasukan tahun ini dijangka menarik sekurang-kurangnya 700,000 pengunjung ke Thailand," menurut TAT dalam satu kenyataan.
TAT mengunjurkan sektor pelancongan bakal menjana 1.58 trilion baht (100 baht = RM12.45) - 818 bilion baht daripada pelancongan antarabangsa manakala kira-kira 771 bilion baht dihasilkan menerusi pelancongan domestik pada 2022.
"Ramalan itu adalah berdasarkan senario asas dan boleh menghasilkan hasil berbeza bergantung kepada pandemik COVID-19 dan situasi ekonomi global dan tempatan," menurut kenyataan itu.
Pada Isnin, Thailand mengalu-alukan kedatangan pelancong antarabangsa yang lengkap vaksinasi dari 63 negara dan wilayah termasuk Malaysia, Amerika Syarikat, China dan India, mereka tidak perlu menjalani kuarantin yang lama.
Bagi pelawat belum lengkap vaksinasi mereka juga dialu-alukan di bawah skim "Happy Quarantine". Di Di bawah skim ini mereka perlu menjalani kuarantin antara tujuh hingga 14 hari dan membuat ujian RT-PCR sebelum dibenarkan mengunjungi wilayah lain di Thailand.
Sementara itu, TAT turut memperkenalkan kempen pemasaran pelancongan terbaharunya - "Visit Thailand Year 2022" menerusi 'World Travel Market 2021 (WTM 2021)' bermula dari 1 hingga 3 Nov.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 03 2021

Pada Isnin, Thailand mengalu-alukan kedatangan pelancong antarabangsa yang lengkap vaksinasi dari 63 negara dan wilayah termasuk Malaysia. - Pixabay.com-

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Isteri hilang ditemui maut bersama 'kekasih gelap'
Seorang lelaki di Thailand yang mencari isteri hilang dikejutkan dengan penemuan wanita itu yang maut bersama bersama kekasihnya dalam kereta diletakkan di jalan dekat wilayah tengah Chachoengsao.

Upah tinggi faktor rakyat tempatan sanggup jadi tali barut bawa masuk PATI
Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak sebagai tekong darat.

Sindiket penipuan kerja Myanmar: Kementerian Luar bantu 15 rakyat Malaysia di Thailand
Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok kini berhubung rapat dengan pihak berkuasa Thailand bagi mengesahkan identiti rakyat Malaysia yang terlibat.

Keputusan kes dadah penyanyi wanita terkenal Kelantan dan lima yang lain diketahui 6 Mac
Mahkamah Wilayah Narathiwat akan membuat keputusan kes dadah membabitkan penyanyi terkenal Kelantan bersama suami dan empat rakannya pada 6 Mac depan.

TDM tahan 15 pendatang tanpa izin warga Myanmar, Thailand
Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan 15 pendatang asing tanpa izin warga Myanmar dan Thailand dalam dua tangkapan berasingan di daerah Kubang Pasu, semalam dan hari ini.

Thailand ketatkan kawalan sempadan selepas potong bekalan elektrik ke Myanmar
Polis peronda sempadan Thailand dan pasukan tentera telah menguatkan keselamatan di sepanjang sempadan dan semua agensi yang berkaitan.

ACC: BG Pathum United sekat impian Terengganu ke separuh akhir
Kekalahan itu sekali gus melenyapkan impian anak buah Badrul Afzan Razali untuk ke pusingan kalah mati selepas jatuh ke kedudukan keempat.

Rizal Tisin kini bimbing skuad berbasikal trek Thailand
Mohd Rizal berkata beliau diberikan kontrak selama setahun oleh Thaicycling Association.

Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand - Narong Sangprasita
Aktiviti seks yang kelihatan di depan mata di beberapa wilayah Thailand bertentangan dengan undang-undang negara itu.